Uptown Homestay Kuala Nerang

Menara Alor Setar, Kedah Darul Aman


Menara Alor Setar merupakan menara telekomunikasi yang ke 19 tertinggi di dunia dan juga yang ke 2 tertinggi di Malaysia. Ketinggiannya 165.5 meter dan pembinaannya melibatkan kos sebanyak RM40 juta. Menara ini merupakan pusat pelancongan utama dan Mercutanda Kebanggaan Negeri Kedah Darul Aman.

Ruang pemerhati di Aras 88 Meter membolehkan pengunjung menikmati panorama Bandaraya Alor Setar. Di ruang ini juga terdapat 5 set teropong automatic, kaunter menjual cenderahati dan ais krim serta kemudahan pertukaran wang.

Menara Alor Star dengan rasminya telah membuka pintu kepada pelawat pada 14 ogos 1997 dan telah di rasmikan oleh Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad,Perdana Menteri Malaysia yang ke 4.


Sempat saya rakamkan beberapa keping gambar dari menara Alor Setar semasa menghadiri majlis Perpisahan Guru Kelab Kebajikan Guru & Staf SK Nami.

Gambar menghala ke Masjid Zahir & Jalan Putra  

 Gambar menghala ke Lebuhraya Darul Aman & Stadium Darul Aman

 Gambar menghala ke Bulatan Teluk Wanjah 


Gambar menghala ke Jalan Tambang Badak & Menara Celcom

0 comments: