Resepi Ayam Goreng ala KFC

Bahan A (Bahan Kisar) :
Bawang putih
Bawang merah
- Selepas kisar gaulkan dengan ayam yang telah dicuci

Bahan B (Gaulkan sekali) :
Lada Hitam
Serbuk lada sulah
Serbuk jintan putih
Serbuk jintan manis
Serbuk pati ayam
Gula 
Garam
- Gaulkan semua bahan di atas dan perap dalam 1 jam

Bahan C (Bahan adunan tepung) :
Tepung gandum 2 kg
Tepung beras 3 cawan
Tepung jagung 3 cawan
Baking powder (1 sudu makan)
Serbuk kunyit
Serbuk cili
Serbuk pati ayam
Garam
Gula
- Campur semua bahan diatas, gaulkan bagi sebati.

Langkah-langkah :
- Ambil ayam yang telah diperap tadi gaul dan salutkan dengan tepung.
- Selepas gaul rendamkan ayam yang disalut dengan air buat seketika.
- Ambil ayam yang direndam tadi gaul dan salutkan dengan tepung buat kali kedua.
- Gorengkan ayam dalam minyak (Ayam bagi tenggelam dalam minyak semasa goreng)
- Siap masak boleh dihidangkan, selamat menjamu selera.


0 comments: