i-City Shah Alam : WaterWorld & Trick Art Museum

Baru-baru ni datang jenjalan di i-City Shah Alam. Kini i-City dah ada Water Pak, Snow Walk, Trick Art Museum dan bermacam lagi. Sekiranya anda datang ke i-City Shah Alam jangan lupa berkunjung ke 'Trick Art Museum". Apa yang menariknya ialah 'Trick Art Museum' ini mempamerkan lukisan-lukisan 3D di dalam muzium yang setinggi 2 tingkat ini. Kadar bayaran masuk ke 'Trick Art Museum' hanya RM5 seorang (Dewasa & kanak-kanak) kecuali Kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah adalah percuma.








Tornado Ride WaterWorld i-City

Panduan mengisi Data HRMIS



Apabila disebut tentang Data Online ini saya melalui pengalaman saya sendiri ketika mendapatkan GL ketika menguruskan kemasukan isteri di Hospital Sultanah Bahiyah, di mana pihak hospital memaklumkan maklumat online berkaitan keluarga tiada dalam pengkalan data. Pegawai Hospital berkenaan memberitahu saya kebanyakkan guru tidak mempunyai maklumat data yang lengkap, seolah-olah guru-guru tidak mengisi data tersebut. Dengan perasaan yang agak marah, saya menegaskan kepada pegawai berkenaan bahawa kami guru-guru sentiasa mengemaskini data peribadi setiap tahun.

Kebanyakkan Guru menyangkakan Maklumat Data Emis yang dikemaskini setiap tahun itu adalah data yang digunakan secara menyeluruh oleh semua kementerian. Data Emis yang tersebut hanyalah untuk kegunaan online Kementerian Pelajaran Malaysia dan tidak untuk seluruh kementerian. Sebenarnya Data yang diguna pakai secara online bagi tujuan mendapatkan GL di hospital adalah dari Data HRMIS.

Data HRMIS ini perlu diisi sendiri oleh setiap Penjawat Awam. Segala maklumat berkaitan Data Peribadi, Ahli Keluarga, Sejarah Perkhidmatan, Pendidikan dan sebagainya perlu di isi secara lengkap oleh setiap individu. Data Hrmis adalah data online bagi memudah penjawat awam dalam beberapa urusan. Hrmis One ini memudahkan Penjawat Awam untuk mendapatkan GL bagi urusan hospital di mana kita tidak perlu membawa GL dari pihak sekolah/majikan. Penjawat Awam boleh terus mencetak secara online di hospital berkenaan sekiranya Maklumat Diri Anda telah anda kemaskini.


Oleh itu di sini saya kongsikan sedikit maklumat Manual Panduan Mengisi Data HRMIS.


Panduan mengisi Data HRMIS
(Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia)


Sila klik ke http://hrmisone.eghrmis.gov.my. Sila masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan seperti dimaklumkan oleh Pihak Pentadbir/Guru Data @ Majikan Anda. 
Selepas Log In, anda perlu menukar Kata Laluan (Kata laluan terdiri dari Abjad dan Nombor, Contohnya ADAM1234).
* Bagi Aplikasi HRMIS sila gunakan Internet Explorer sahaja

Sila klik pada "Pengurusan Rekod Peribadi"

 Klik pada "Rekod Peribadi" 

Klik pada "Kemaskini Rekod Peribadi"


Klik pada maklumat di atas bagi memasukkan maklumat berkaitan

* Klik pada gambar bagi membesarkan saiz gambar.



Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia Ke-55.




Alhamdulillah, hari ini 31 Ogos 2012 kita menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-55. Peristiwa bersejarah yang begitu bermakna bagi kita ini seharusnya disambut dengan penuh kesyukuran dan pengertian untuk kebaikan kita dan generasi mendatang.

Dalam kegembiraan kita menyambut ulangtahun kemerdekaan ini haruslah kita ingat dan sedar bahawa negara kita Malaysia ada maruah dan kedaulatan sebuah negara yang perlu dipertahankan. Menjaga kedaulatan negara bukanlah hanya terletak pada bahu seorang askar, anggota polis atau ahli politik. Tanggungjawab ini harus dipikul oleh setiap insan yang mengaku diri kita rakyat Malaysia.

Marilah kita sama-sama menghayati erti kemerdekaan ini kerana sejarah telah membuktikan yang keharmonian & Kemakmuran hanya dapat dicapai dengan persefahaman dan pengertian akan erti hidup bermasyarakat.


"Janji Ditepati"

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Doktor Umun : Memoir Tun Dr. Mahathir Mohamad

Buku "A Doctor In The House" versi Bahasa Melayu dilancarkan pada 30 April lalu selepas hampir setahun dua bulan versi bahasa Inggeris dipasarkan. 

Bertajuk "Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad", buku tulisan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, itu boleh didapati di pasaran dengan harga RM59.90. Bagi kawasan Alor Setar Buku ini boleh di beli Popular Books sekitar Alor Setar. Walaupun agak lambat membeli, perasaan tetap teruja ketika membeli buku ini di Popular Books Tesco Mergong Alor Setar dengan potongan harga 20% bagi Ahli Popular Books. 

Memoir setebal 996 muka surat tersebut diterbitkan MPH Group Publishing mengandungi catatan cukup terperinci dan menyeluruh, menyelusuri sejarah hidup Dr Mahathir daripada kecil sehinggalah kepada kejayaannya membangunkan negara.


Tajuk : Doktor Umum : Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad
Penulis : Tun Dr Mahathir Mohamad
Harga : RM59.90

Sinopsis
Barat menyifatkannya sebagai seorang yang keras kepala, perkauman, anti-Yahudi dan angkuh. Negara membangun bagaimanapun, memandang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai juara wawasan dan pemimpin luar biasa yang menyuntik semangat kepada setiap individu Dunia Ketiga untuk berdiri megah. Bahkan pengkritik beliau yang paling lantang pun tidak dapat menafikan bahawa di sebalik semua ini, Tun Dr Mahathir memberikan negara-negara yang terpinggir keberanian dan menunjukkan jalan ke arah masa depan yang penuh harapan.

Sungguhpun demikian, beliau tidak terlepas daripada kontroversi. Selama 22 tahun memimpin negara, beliau digambarkan sebagai seorang diktator dan juga perangsang. Tidak ramai pemimpin yang berjaya mengubah keseluruhan negara daripada ekonomi agraria kepada kuasa perindustrian dalam tempoh singkat selama dua dekad.

Di sini, dengan ketepatan pembedahan, Dr Mahathir menjejaki susur galur sejarah dan menghalusi peranan beliau sendiri dalam membentuk Malaysia moden.


BIODATA PENULIS
Dalam masa 22 tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad mengubah negaranya daripada sebuah negara pertanian yang mundur kepada sebuah kuasa perindustrian dan negara perdagangan ke-17 terbesar di dunia.

Pencapaian yang mengagumkan itu bagaimanapun, membawa bersamanya kontroversi. Wawasan Dr Mahathir yang luar biasa dan cengkaman kuat beliau ke atas pentadbiran melahirkan musuh dan peminat tegar di dalam dan luar Malaysia. Beliau dilabelkan, sama ada secara tipikal atau paradoksikal, sebagai diktator yang zalim dan ditakuti mahupun sebagai pembela yang memberi ilham, berani dan lantang kepada Dunia Ketiga, Muslim sederhana serta golongan tertindas.

Di setiap persimpangan yang dilaluinya, Dr Mahathir menulis semula hukum dan peraturan. Autobiografi ini menjadi jendela bagi mengintai cara luar biasa beliau berfikir dan bagaimana pemikiran beliau dipengaruhi oleh peristiwa-peristiwa besar dalam sejarah Malaysia, daripada Perang Dunia Kedua dan Perjanjian MacMichael kepada kemerdekaan, perindustrian serta pembentukan Malaysia moden, krisis politik dan kewangan pada akhir 1990-an, serta cabaran abad baru.

Buku ini mendedahkan ciri-ciri yang sebelum ini tidak diketahui mengenai seorang insan yang tidak suka menonjolkan diri, tetapi akhirnya menjadi negarawan yang berani. Buku ini menceritakan politik Malaysia moden melalui kaca mata salah seorang daripada pengukirnya yang agung. Ia bukan untuk meminta pengampunan atau percubaan mempertahankan diri, tetapi pengisahan yang tegas, menambat perhatian dan menarik mengenai bagaimana serta mengapa Dr Mahathir mencatat begitu banyak kejayaan dalam masa yang singkat. Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat dari 1981 hingga 2003. Beliau kini menetap di Kuala Lumpur.



Pertabalan Yang Dipertuan Agong ke 14 Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah





Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah telah ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Agong yang ke 14 pada 11 April 2012. Istiadat pertabalan yang buat julung kalinya diadakan di Istana Negara baru, Jalan Duta, yang berdiri megah sebagai lambang pemerintahan Raja Berperlembagaan di Malaysia.
Pertabalan kali ini turut melakar sejarah kerana buat pertama kali Sultan yang sama dilantik semula sebagai Ketua Negara sejak sistem giliran memegang jawatan di kalangan sembilan Sultan dan Raja dipraktikkan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.

Tuanku Abdul Halim pertama kali ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 1970 semasa berusia 42 tahun, dan kini empat dekad kemudian, baginda ditabalkan sekali lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84.
Upacara pertabalan ini yang disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut dirakamkan oleh National Geographic Channel dengan kerjasama Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk penerbitan dokumentari bagi siaran di persada antarabangsa.

Dokumentari pertabalan kali ini menumpukan kepada keunikan dan keistimewaan pelantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk kedua kalinya.

Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku