Uptown Homestay Kuala Nerang

Resepi Abah : Udang Goreng Tepung


Menu Udang Goreng Tepung antara hidangan yang menyelerakan serta mudah dan cepat dimasak. Hanya membeli udang kertas di pasar dengan harga sekitar RM15 sekilo dan digaulkan dengan Tepung Goreng Serbaguna. 

BAHAN-BAHAN
Udang Kertas
Tepung Goreng Serbaguna
Minyak Masak

CARA MEMASAK
- Basuh udang bagi bersih, tak perlu membuang kepala.
- Gaulkan dengan Tepung Goreng Serbaguna
- Gorengkan sehingga garing


Tepung Goreng Serbaguna


Pasukan Bola Sepak PSKPPK Padang Terap 2016


Pesta Sukan dan Kebudayaan Pegawai Pelajaran Peringkat Negeri Kedah 2016 (PSKPPK) telah diadakan di Daerah Kota Setar pada 22 - 24 September 2016 lalu. Tahun ini masih berpeluang bermain untuk pasukan Bola Sepak Veteren Padang Terap.

Pada Peringkat kumpulan Pasukan Padang Terap berjaya mengutip 9 mata dan muncul Johan kumpulan setelah menang 3 kali. Pada peringkat separuh akhir, Pasukan Bola Sepak Veteren Padang Terap tewas kepada Baling Sik 3-1 selepas masa tambahan. Agak kecewa dengan kekalahan pada kali ini, walaupun Pasukan Padang Terap berjaya menguasai keseluruhan permainan serta gagal menyudahkan peluang-peluang terhidang. Dah menjadi adat permainan bola sepak, pasukan yang berjaya menjaringkan gol akan menang. Tahniah buat rakan sepasukan yang berjuang habis-habisan hingga tiupan wisel penamat. 



Resepi Abah : Ikan Taucu


BAHAN
Ikan Goreng
Bawang kecik 2biji
Bawang putih 3biji
Halia 2inci
Cili api 3biji
Minyak masak 1 senduk nasi
Taucu Cap Bilal 2 senduk
Air
Asam keping
Cili hijau 4 biji (dibelah 2)
Bawang besar 1biji (potong bulat)




CARA-CARA MEMASAK
1.Tumbuk bawang kecik, bawang putih, halia dan cili api smpai lumat kemudian tumiskan dgn sediki minyak hingga naik bau.

2. Masukkan taucu dan tumis sekejap sahaja, kemudian masukkan air dan tunggu hingga kuah mendidih.

3. Masukkan ikan goreng, asam keping dan tunggu mendidih sekali lagi, kemudian masukkan cili hijau dan bawang besar. Seimbangkan rasa kuah dgn sedikit sahaja garam jika perlu. Siap.

P/s: jgn masukkan garam sebab taucu tu dah masin.. melainkan jika perlu.

Ini pinggan Abahnya bila lauk dah masak...

Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Padang Terap 2016


Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Padang Terap 2016 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih buat Haji Ahmad Kamel bin Abdul Munin (Setiausaha Politik Menteri Pendidikan Malaysia) kerana sudi hadir bagi merasmikan majlis pada tahun ini. Tahniah dan terima kasih juga buat semua guru & staf serta semua pihak atas kerjasama yang baik serta komitmen yang tinggi dalam menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2016 ini.






Pasukan Bola Sepak Kedah Juara TM Piala Malaysia 2016

Kedah menjulang trofi Piala Malaysia 2016 selepas menundukkan Selangor 6-5 menerusi penentuan penalti pada aksi final di Stadium Shah Alam, pada 30 Oktober 2016 (Ahad).

Mohd Rizal Ghazali diangkat sebagai wira skuad Helang Merah itu selepas menjaringkan penalti kemenangan susulan sepakan pemain Selangor, Rizal Fahmi terkena palang.

Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa perlawanan sebenar sekali gus mengheret permainan ke masa tambahan. Namun kedua-dua pasukan masih menemui jalan buntu untuk menambah jaringan sehingga tamat perlawanan di masa tambahan.

Terdahulu, Mohd Rizal juga membawa Kedah mendahului Selangor 1-0 pada separuh masa kedua hasil jaringannya pada minit ke-51. Namun pemain Selangor Ahmad Hazwan Bakri berjaya mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-60.

Ini merupakan kali kelima Kedah berjaya menjulang Piala Malaysia.