Angah dapat Straight A dalam SPM 2022/23


Antara perkara yang indah sebagai seorang ibubapa adalah apabila anak-anak menghadiahkan pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan. 

Alhamdulillah Syukur kehadrat Allah SWT kerana pada tanggal 8 Jun 2023 keputusan SPM diumumkan di SMK Datuk Syed Ahmad, anakanda Aisyah Humaira telah memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM dengan mendapat 8A (Staright A). Macam tak percaya, agak terkejut dan tak menjangka dia mendapat keputusan Straight A.. Syukur Alhamdulliah. Antara perkara indah & manis dalam hidup apabila melihat anak-anak yang dikasihi mendapat pencapaian cemerlang dalam akademik. Semoga anakanda Aisyah Humaira terus cemerlang di masa depan..InsyaAllah.

Terima kasih buat semua guru-guru yang pernah mengajar Anakanda Aisyah Humaira. Dari Tadika Perdana ABC, SK Kuala Nerang & SMK Datuk Syed Ahmad. Terima kasih juga buat saudara mara dan para sahabat serta pelajar SPM 2022 (rakan-rakan Angah). Harapan setiap ibubapa semoga anakanda terus berjaya menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tingi seterusnya mengejar cita-citanya untuk berjaya di masa depan.

Tahniah dan terima kasih guru-guru SMKDSA & pihak pentadbiran atas pencapain cemerlang SMKDSA dalam SPM 2022/2023.

 

0 comments: