Uptown Homestay Kuala Nerang

Pencapaian UPSR 2009 SK Nami

Tahun 2009 seramai 48 calon menduduki Peperiksaan UPSR. Peratus Keseluruhan UPSR Sekolah Kebangsaan Nami tahun 2009 ialah 47.9%, iaitu meningkat sebanyak 0.4% berbanding tahun 2008 iaitu 47.5%. Seramai 2 orang murid mendapat 5A, manakala mata Pelajaran Sains memperolehi peratus kelulusan yang paling tinggi iaitu 89.6%.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh muslimin dan muslimat semua. Semoga berbahagian di hari lebaran bersama keluarga tersayang.

Alumni SMDSA - SPM 1992 / STPM 1994

Blog Alumni SMDSA SPM 1992 / STPM 1994 diwujudkan bertujuan untuk menyambung & merapatkan semula hubungan persahabatan yang telah lama terputus hampir 16 tahun khususnya dikalangan bekas bekas pelajar SPM tahun 1992 & bekas pelajar STPM (Pra U) tahun 1994. Oleh itu rakan bekas pelajar Sekolah Menengah Dato' Syed Ahmad, Kuala Nerang, Kedah, yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 1992 & Bekas pelajar STPM Tahun 1994 dijemput untuk menyertai dan mendaftar sebagai Ahli Alumni SMDSA SPM 1992 / STPM 1994. Selain itu para guru yang pernah mengajar di SMDSA sekitar tahun 1988 - 1994 juga dialu-alukan untuk menyertai Blog Alumni ini. Sila klik ke url di bawah bagi mendaftarkan diri anda.

Telaga Kabu Homestay - The Real Homestay in Perlis




Telaga Kabu Homestay menawarkan perkhidmatan Homestay yang mempunyai ciri & berkonsepkan 'Homestay' yang sebenarnya. Alamilah sendiri keindahan Desa di Telaga Kabu Homestay.

Homestay berhawadingin dan selesa.


Kemudahan disediakan :

Peralatan elektrik, Peralatan memasak & set BBQ, perabot lengkap.

Keistimewaan:
Kolam ikan air tawar, ternakan ayam kampung, kebun pisang & betik serta ulam-ulaman.

Menarik : Trek berbasikal & aktiviti memancing di sawah & sungai berdekatan.

Lokasi :
10 km ke Kangar, 1 km ke Tasik Melati, 4 km ke MRSM & IKM, 20 km ke Padang Besar, 25 km ke Gua Kelam, 8 km ke UITM dll.

Pekej lain :
-Bahan Mentah seperti beras, gula dan bahan-bahan memasak disediakan percuma.
-Ayam kampung (boleh ditempah)
- Ikan Keli (boleh ditempah)

ALAMILAH SENDIRI KEINDAHAN DESA DI HOMESTAY TELAGA KABU.


Contact : Ramzi : 013-4097003

Untuk maklumat lanjut sila klik ke
http://telagakabu.blogspot.com

Usain Bolt 9.58 World Record

video

Download Rancangan Tahunan

Bahasa Melayu
*
Bahasa Melayu KIA2M
* Bahasa Melayu Tahun 1

* Bahasa Melayu Tahun 2
* Bahasa Melayu Tahun 3
* Bahasa Melayu Tahun 4
* Bahasa Melayu Tahun 5
* Bahasa Melayu Tahun 6

Science
* Science Year 1
* Science Year 2
* Science Year 4
* Science Year 5
* Science Year 6

Mathematics
* Mathematics Year 1
* Mathematics Year 2
* Mathematics Year 3
* Mathematics Year 4

* Mathematics Year 5
* Mathematics Year 6

English
* English Year 1
* English Year 2
* English Year 3
* English Year 4
* English Year 5
* English Year 6

Pendidikan Islam & JQaF
* Pendidikan Islam Tahun 1
* Pendidikan Islam Tahun 2
* Pendidikan Islam Tahun 3
* Pendidikan Islam Tahun 4
* Pendidikan Islam Tahun 5
* Pendidikan Islam Tahun 6
* Bahasa Arab Tahun 1
* JQaF Tahun 2
* JQaF Tahun 3

Pendidikan Jasmani
* Pendidikan Jasmani & Kesihatan Tahun 1
* Pendidikan Jasmani & Kesihatan Tahun 2
* Pendidikan Jasmani & Kesihatan Tahun 3
* Pendidikan Jasmani & Kesihatan Tahun 4
* Pendidikan Jasmani & Kesihatan Tahun 5
* Pendidikan Jasmani & Kesihatan Tahun 6

Pendidikan Moral
* Pendidikan Moral Tahun 1
* Pendidikan Moral Tahun 2
* Pendidikan Moral Tahun 3
* Pendidikan Moral Tahun 4
* Pendidikan Moral Tahun 5
* Pendidikan Moral Tahun 6

Kemahiran Hidup
* Kemahiran Hidup Tahun 4
* Kemahiran Hidup Tahun 5
* Kemahiran Hidup Tahun 6

Kajian Tempatan
* Kajian Tempatan Tahun 4
* Kajian Tempatan Tahun 5
* Kajian Tempatan Tahun 6

Download Bahan Power Point Sains UPSR

Kursus Komputer Iges2u

KURSUS KOMPUTER IGES2U
PROMOSI HANYA RM100 @
RM150.00 (Termasuk sijil penyertaan dari UPM)

20 jam harga biasa RM350, tetapi kini hanya RM100 sahaja.

DAFTAR SEGERA DI :-

PUSAT PEMBELAJARAN IGES2U
FBA Explorer Enterprise
No. 1-8, Kompleks Pekan Selasa, 06300 Kuala Nerang, Kedah.
ATAU
Daftar secara online klik di sini DAFTAR

Download Borang Pendaftaran klik di sini.

Setiap Individu yang telah mendaftar secara automatik beliau juga dilantik menjadi Promoter. Terdapat 4 jenis Insentif ditawarkan kepada setiap Promoter. Berpeluang menjana pendapatan sampingan sekiranya berminat untuk menjadi promoter IGES2U secara sambilan atau sepenuh masa.

Potret MPTB Dalam Kenangan

Blog Alumni MPTB 1995/97

Blog Alumni MPTB 9597 "Menggamit Kenangan Lalu" diwujudkan bertujuan untuk menyambung & merapatkan semula hubungan persahabatan yang telah lama terputus khususnya dikalangan bekas Guru Pelatih Maktab Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang ambilan 1995/1997. Oleh itu rakan perguruan dari MPTB 1995/97 khususnya dialu-alukan bagi memeriahkan blog ini. Sila klik url di bawah.

FBA Explorer Enterprise

Internet kini menjadi satu keperluan yang amat penting kepada golongan generasi baru khususnya. Di mana internet memudahkan segala urusan serta untuk mendapatkan pelbagai maklumat hanya dihujung jari sahaja. Internet juga merupakan satu alat komunikasi global di seluruh dunia. Oleh itu generasi akan datang akan menjadikan internet satu keperluan yang amat penting dalam kehidupan mereka. Sebagai langkah menghadapi masa akan datang FBA Explorer Enterprise menawarkan perkhidmatan internet untuk semua golongan masyarakat. Kemudahan internet yang ditawarkan adalah berkelajuan tinggi , menyediakan ruang tempat yang luas dan selesa, berhawadingin, serta LCD monitor yang lebih besar. Seterusnya bersama-sama membantu pihak kerajaan bagi melahirkan masyarakat yang celik IT. Selain itu terdapat pelbagai perkhidmatan lain seperti Menjual komputer & aksesori, Fax, Print, Scan, Liminating, Binding dan Upah menaip.

Untuk maklumat lanjut sila Layari Blog FBA Explorer Enterprise. http://fbaexplorer.blogspot.com

FBA Explorer Enterprise
No. 1-8, Kompleks Pekan Selasa,
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman.
Tel / Fax : 04-7864341

Selamat Hari Guru

"Guru Pembina Negara Bangsa"

Hari Guru 2009 : Guru Pembina Negara Bangsa

Tema Hari Guru 2009 : "Guru Pembina Negara Bangsa"

Objektif Hari Guru Malaysia

Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.

Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.


IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.


LAGU TEMA HARI GURU 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Download Lagu :

Lagu Guru Malaysia

Lagu Guru Pembina Negara Bangsa


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Kenangan MPTB 95/97


Sebahagian dari rakan seperjuangan MPTB 95/97, yang kini hanya tinggal kenangan.

PSKPP Hulu Selangor 2008

Dari kiri : Pian Maurinho (manager), Khairil, ....... , Rashid, Fauzi (kapitan), Zainudin, Judin, Md Nor, Aziz, Ustaz Wan, Eddy.
Dari kiri (Barisan depan) : Lan, Nizam, Halim, Nazimi, Rahman, Wan, Malek, aku la tu...

Hampir 7 tahun menyertai Team Bola Sepak PSKPP Hulu Selangor. PSKPP Tahun 2008 adalah penyertaan yang terakhir bersama rakan seperjuangan di Hulu Selangor. Semoga Pasukan Bola Sepak PSKPP Hulu Selangor terus maju.

"Biar bola lepas, tapi orang jangan lepas"

Sekolah Kebangsaan Nami


Sekolah Kebangsaan Nami, Wakil Pos Naka, 06350 Naka, Kedah Darul Aman. Sebuah sekolah di bawah Pejabat Pelajaran Daerah Padang Terap yang mempunyai bilangan murid tahun 2009 seramai 311 orang murid dan 28 orang guru. Mula berkhidmat di SK Nami pada 1 Januari 2009.