Uptown Homestay Kuala Nerang

Keratan Akhbar Metro

Sek. Keb. Kg. Kuantan

(Gambar Guru-guru & Staff Sekolah tahun 2004)

Duduk dari kanan :
Wan Narihan, Norbaini, Abdullah Ismail, Sakrani (GPK kO-ku), En Abu Bakar (GB), Noraini (HEM), Rofishah, Hariani & Kamsiah.
Berdiri belakang kanan :
Zakiah, Rodiah, Zaleha, Norlela, Mohamed Faisal, Ustaz Nurisham, Razak, Ajmaain, Abdullah, Amir, Haji Ismail & Ahmad Bohari, serta rahiman (berkursus).


Mula berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan pada 16 Jun 2001 sehingga sekarang.

Iklan : Proton Advertisement...

video

Oleh itu, pakailah tali pinggang keledar untuk keselamatan semua pihak, walaupun anda 'Hantu dijalanraya'......

SK Brickfields (1), Kuala Lumpur.

Sekolah Kebangsaan Brickfield (1), Jalan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Tanggal 3 Ogos 1998 bermulanya karier perguruan sebagai Guru Terlatih di SK Brickfields (1). Berkhidmat hampir 3 tahun di SK Brickfield (1) pernah memegang tanggungjawab sebagai Guru kelas, Setiausaha Ko-kurikulum, Naib Setiausaha PIBG, Ketua Panitia Sains.
Antara rakan seperjuangan di SK Brickfields 1 ialah Mohd. Zamri, Izani, Azmi (wak), Kamarul, Nazri (karim), Wan Zuhaimi, Puvaneswaren, Hayati, Prema, Suhaimi, Allahyarham Fauzi, En. Razlan (GB), Puan Manjit (GPK 1), En Yong (GPK HEM), Ustaz (GPK Ku-ko).
Pada 16 Jun 2001, permohonan pertukaran diluluskan ke Selangor di Sekolah Kebangsaan Kg. Kuantan, Hulu Selangor.


Biro Peralatan & Kelengkapan PGP 96/97

(Ahli Jawatan Kuasa Biro Peralatan PGP 96/97)

Duduk kanan :
Anuar Osman, Sobri Rejab, Azhari (N.Pengerusi), Mohamed Faisal (Pengerusi), Masri Mat Som, Ahmad Embong.
Barisan Belakang :
Ita & Nazariah (Yang lain dah terlupa nama...)


Persatuan Guru Pelatih 96/97

Antara rakan-rakan Ahli Majlis Guru Pelatih ialah Ahmad Sharafi (YDP) Fuad (NYDP), Munirah (SU), Sakinah (N.Su), Khairul Imran (B.Penerbitan), Husaini & Che Wan (B.Sukan), Anuar & Hasnurliza (B.Pengankutan), Fauzi (B.Kebajikan), Mohamed Faisal & Azhari (B.Perlatan), Zamri (B.Ekonomi), Azamudim (Biro Asrama), Rosli (Biro Luar Asrama), Khairul Nizam (khuajaq), Saiful, Nik Ali Hanafiah, dan lain-lain..... (Sebahagian rakan AMGP saya kurang ingat nama dan jawatan).


Opsyen Sains & Matematik MPTB 95/97

Duduk dari Kanan :
Vijayamalar, ....., Tillay Yadi, Fauziah, Sapawi, Abdul Razak, Mohamed Faisal, Rahizan, Chris & ........
Barisan Tengah kanan :
Nafishah, Wahida, Nasnurliza, Juliana, ........., Salina, Hayati Syahid, Mashitah, Mazlina & Hafizah
Barisan Belakang kanan :
Chua, Zarina, Hayati, Atariah, Maznah, Noraini, Hasnah & .....
(Minta maaf ada beberapa rakan kurang ingat nama)


Pengajian Sains & Matematik Ambilan 95/97 adalah antara beberapa kelas yang hampir pupus kaum lelakinya. Hanya 3 orang lelaki melayu terakhir dan 26 orang perempuan.



Maktab Perguruan Tuanku Bainun

Mula menjejak kaki ke MPTB pada Jun 1995, bagi Opsyen Sains dan Matematik (Ambilan Jun 1995/97). Permulan kepada Kareir Perguruan yang gelar sebagai "Guru Pelatih". Pernah berkhidmat di SK Permatang Pauh sebagai "Guru Praktikum" (Praktikum 1), dan Di SK Penanti (Praktikum 2).
Maktab Perguruan Tuanku Bainun,
14000 Mengkuang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Maktab Perguruan Tuanku Bainun Mengkuang, Bukit Mertajam, yang kini bergelar Institut Perguruan Tuanku Bainun. Maktab ini siap sepenuhnya pada awal tahun 1993 dengan Keluasan kampus ini adalah 66.38 ekar. Kampus maktab ini merupakan kampus yang termoden dan dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan bagi kakitangan dan guru pelatih.
Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun pada 18 April 1994. Perasmian maktab ini merupakan hari bersejarah dan ianya telah dihadiri oleh tokoh-tokoh seperti Tuan Yang Terutama Gabenor Pulau Pinang, YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Menteri Pendidikan, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pengetua Maktab Perguruan dari seluruh Malaysia.
Ambilan pertama seramai 376 orang guru pelatih telah melaporkan diri pada 1 disember 1992. Pengkhususan yang ditawarkan bagi pengambilan pertama ini ialah Pengajian Melayu, Pengajian Inggeris, Pengajian Cina, Pengajian Matematik dan Pengajian Muzik. Kumpulan ini merupakan kumpulan pertama menerima sijil perguruan mereka dan anak sulung serta perintis maktab ini. Pengambilan kedua guru pelatih seramai 459 orang dalam 14 unit telah mendaftar diri di maktab ini pada Julai 1993.
Kursus yang ditawarkan ialah Pengajian Melayu, Pengajian Inggeris, Pengajian Cina, Pengajian Matematik, Pengajian Muzik Pengajian Agama Islam dan Pengajian Tamil & Pengajian Sains dan Matematik.

HARI GURU

Pengenalan
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Objektif Hari Guru Malaysia
- Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
- Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
- Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
- Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
- Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
- Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Logo Hari Guru
Putih - Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak - Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning- Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah - Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru- Menunjukkan perpaduan muhibah.

Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segalalapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan bukudidapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajarandan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku,ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangantentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkanmurid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulummengikut prinsip-prinsip Ruku Negara. Dari bawah didapati satu garisanbulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadisebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.

Ikrar Hari Guru
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbaktiKepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Tema Hari Guru
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
kepada seluruh muslimin dan muslimat.
Semoga berbahagia disamping keluarga tersayang.

Daripada;
Mohamed Faisal bin Abdullah

KEDAH JUARA


Tahniah kepada pasukan bola sepak Negeri Kedah Darul Aman di atas kejayaan merangkul kejuaraan bola sepak Piala Malaysia musim 2006/2007. Keunggulan Kedah mejuarai Piala Malaysia merupakan kejayaan ketiga musim ini sesudah bergelar juara Liga Super dan juara Piala FA, kini kemarau 14 tahun ditamatkan.
Tahniah juga kepada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan seluruh peminat Hijau Kuning dalam membantu memartabatkan Negeri Kedah sebagai sebuah negeri yang gemilang.

Kisah dan Teladan : Berkat di sebalik membaca Bismillah.

"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."

MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 50 tahun. Sebagai rakyat Malaysia Merdeka kita harus bersyukur dan berbangga kerana dilahirkan di bumi Malaysia. Oleh itu sebagai rakyat Malaysia yang Merdeka kita seharusnya menghayati erti sebuah kemerdekaan. Seperti yang dikatakan oleh sebuah iklan Petronas "Adakah apa yang kita bina hari ini mampu membawa kita ke hadapan...?" Sesungguhnya perjuangan itu belum selesai.......

Panduan Imam Al- Ghazali

Beberapa panduan Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh
1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..
5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.
6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.

Mohamed Faisal bin Haji Abdullah

NAMA : Mohamed Faisal bin Haji Abdullah
ASAL : Kg. Sireh, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.
ALAMAT : Taman Jati, 06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.
OPSYEN : KPA - Pengajian Sains dan Matematik
KELULUSAN :
Kursus Perguruan Asas - Pengajian Sains & Matematik
Maktab Perguruan Tuanku Bainun (1995 - 1997).
Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian
Open University Malaysia (2005-2009)
EMAIL : faisal_jai@yahoo.com, kasturi59@ymail.com
BLOG : http://faisal59.blogspot.com, http://science018.blogspot.com

SEJARAH PERKHIDMATAN :-

Sekolah Kebangsaan Brickfields (1),
Jalan Sultan Abdul Samad
Kuala Lumpur.
(03.08.1998 hingga 15.06.2001)

Sekolah Kebangsaan Kg. Kuantan
44300 Batang Kali, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan
(16.06.2001 hingga 31.12.2008)

Sekolah Kebangsaan Nami
06350 Naka, Kedah Darul Aman.
(01.01.2009 hingga kini)

ISRA' DAN MIKRAJ

“MAHA suci Allah yang telah menjalankan hambaNYA ( Nabi Muhammad saw ) pada suatu malam hari, dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsha, yang telah Kami berkati sekelilingnya, kerana hendak Kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha mendengar lagi Maha melihat” ( maksud ayat 1, surah al-Isra’).
Allah swt. telah mengisrakkan Nabi Muhammad saw. dari Masjid Haram di Makkah ke Masjid Al-Aqsa di Palestin yang sangat jauh itu. Pada zaman dahulu, adalah menjadi perkara biasa orang berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat atau pun menunggang kuda, keldai, unta dan sebagainya.
Sekiranya mengikut jalan biasa, perjalanan dari Makkah ke Palestin mengambil masa lebih kurang 40 hari. Ia merupakan satu perjalanan yang jauh tetapi dengan kekuasaan Allah swt. perjalanan yang jauh itu dapat dilakukan dalam masa yang singkat yakni beberapa jam sahaja. Bagi mereka, perjalanan yang jauh itu jika dilakukan dalam tempoh beberapa jam sahaja merupakan satu perkara yang sangat mustahil dan tidak dapat diterima oleh akal mereka.
Bagi mereka, kenderaan seperti kuda, keldai, dan unta yang mereka tunggangi setiap hari tidak mungkin dapat melakukannya. Pada zaman yang serba maju sekarang, perkara tersebut bukanlah pula menjadi satu perkara yang pelik kerana sudah ada kenderaan laju seperti keretapi laju, jet, dan kapal terbang.
Sebab itulah, mereka yang tidak beriman seperti Abu Jahal dan pengikut-pengikutnya menggunakan peristiwa tersebut untuk menjatuhkan Rasulullah saw. dengan menuduh Rasulullah saw. sebagai pendusta .
Namun demikian, mereka yang beriman dapat menerima kerana peristiwa tersebut merupakan salah satu daripada kekuasaan Allah swt yang telah pernah diberikannya kepada nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu. Contohnya nabi Isa a.s. yang dilahirkan tidak mempunyai ayah malah beliau dapat berkata-kata semasa bayi, dapat pula menyembuhkan orang sakit, dapat menghidupkan orang yang telah mati, dan sebagainya.
Begitu juga dengan nabi Musa a.s. dengan tongkat yang Allah swt. berikan kuasa telah menjelma menjadi ular yang besar sehingga menelan semua ular ahli sihir raja Firaun. Malah, nabi Musa dapat membelah lautan untuk pengikutnya menyelamatkan diri daripada bala tentera Firaun. Banyak lagi tanda-tanda kekuasaan dari Allah swt yang telah diberikan kepada para rasul yang disebut sebagai mukjizat, dan kepada hambaNYA yang soleh yang dikenali sebagai karamah.
Dalam perjalanan Israk dan Mikraj itu, nabi Muhammad saw. telah ditunjukkan berbagai contoh teladan yang berguna untuk umat manusia.Antaranya, telah ditunjukkan seorang tua yang tidak henti-henti menambahkan beban yang sedang dipikulnya walaupun dia sudah tidak mampu untuk membawanya. Kisah ini merujuk kepada seseorang yang memegang terlalu banyak pekerjaan yang menjadi tanggungjawabnya tetapi tidak ada satu pun yang ditunaikannya dengan baik. Sepatutnya seseorang itu hanya menerima tugas yang dia sanggup menyelesaikannya dengan baik sahaja, bukannya bersifat tamak atau ingin menunjuk-nunjuk untuk menjadi lebih popular.
Rasulullah saw. juga ditunjukkan seorang lelaki yang suka makan makanan yang telah tercemar, berbau busuk, sedangkan di sampingnya terdapat makanan yang bersih dan baik. Peristiwa ini digambarkan kepada seseorang lelaki yang suka berzina, isterinya sendiri tidak dipedulikannya malah menjadi kesukaannya untuk melanggani pelacur, sehingga akhirnya dia mengidap pelbagai penyakit seperti AIDS, siflis, dan pelbagai penyakit kelamin lagi sehingga menghancurkan institusi kekeluargaan.
Hasil daripada peristiwa Israk dan Mikraj yang terbesar sekali ialah menerima tugas dan perintah dari Allah swt. untuk menunaikan ibadah Solat. Ibadah-ibadah yang lain seperti puasa, berzakat, menunaikan haji dan sebagainya disampaikan melalui wahyu yang diturunkan Allah swt. Sebaliknya, ibadah solat diterima langsung daripada Allah swt. Ini menunjukkan keistimewaan solat. Tidak ada alasan untuk kita meninggalkan solat. Jika kita sakit tidak mampu untuk berdiri maka dibolehkan duduk. Jika tidak dapat duduk maka diberi lagi kelonggaran secara berbaring, malah jika baring pun menghadapi masalah maka dibenarkan untuk melakukan dengan isyarat sahaja. Daripada aspek lain, jika air tidak ada maka dibolehkan berwuduk dengan bertayammum sahaja. Pendek kata, ibadah solat hendaklah ditunaikan walau dalam keadaan apa sekali pun dan di mana pun kita berada, kecuali timbul sesuatu halangan yang memang ditakdirkan oleh Allah swt. seperti tidak siuman, pengsan, tidak sedarkan diri, gila dan seumpamanya.
Dinyatakan bahawa sebelum menunaikan solat hendaklah kita membersihkan diri daripada najis dan mengambil air sembahyang, membersihkan tempat bersujud, dan mendirikan solat sepenuh hati dengan memberikan tumpuan seluruh jiwa dan raga kita hanya kepada Allah swt. Insyaallah, dengan amalan bersolat akan mendidik diri kita menjadi bersih, berdisiplin, dan menyihatkan rohani dan jasmani kita.
Ustaz Syed Hasan Alatas
Disusun semula oleh: Al-Azharii Al-Siddiq Hj. Kamuri, BTN, JPM
http://www.shiar-islam.com
Dimuatnaik pada: Isnin 22 Rajab 1428 (6 Ogos 2007)

Fadhilat Sya’aban

Selamat datang wahai Sya’aban. Antara fadhilat-fadhilat Sya’aban ialah Allah mengampunkan dosa hamba-hambanya yang menghidupkan bulan ini dengan amalan-amalan berpuasa tilawatil Quran, berzikir serta bermunajat didalam Qiamullail, namum begitu Allah tidak mengampunkan dosa enam jenis manusia dalam bulan ini iaitu;-
1. Orang yang kekal sebagai peminum arak
2. Orang yang derhaka kepada kedua ibubapanya
3. Orang yang kekal dalam keadaan berzina
4. Orang yang banyak berkelahi dan suka memulakan perkelahian
5. Orang yang melakukan jualan secara menipu
6. Orang suka melagakan orang lain supaya berkelahi.
Al-Hadis

Petikan dari; BERITA MINGGU Ahad 29 Julai 2007

Bloggers tak kebal : PM

Pengendali laman blog kena tindakan jika sentuh isu sensitif.

Kuantan: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi amaran kepada pengendali laman blog supaya tidak menulis sesuka hati terutama perkara sensitif menyentuh soal Yang di-Pertuan Agong dan Agama Islam.Perdana Menteri menegaskan pengendali laman blog juga tertakluk kepada undang-undang dan perlu bersedia menghadapi tindakan tegas jika tulisan mereka mempunyai unsur tidak baik dan tidak bertanggungjawab.
”Cakap pasal Bloggers ni, ia bukan satu kebebasan untuk buat apa mereka suka atau menyatakan mereka kebal daripada undang-undang, hanya kerana mereka didaftarkan diluar negara. Ini tidak bermakna mereka ada hak cakap apa saja”.
”Undang-undang untuk semua. Tanggungjawab kewartawanan adalah ke atas semua. Sebagai orang yang mengeluar dan membuat berita seperti rasuah juga, tiada siapa yang boleh menyatakan dia dikecualikan, kerana ada undang-undang yang boleh dikenakan ke atas perbuatan itu”.
"Jangan Sampai mencemarkan Yang di-Pertuan Agong dan Agama Islam, ini adalah perkara yang tidak boleh dianggap sebagai mudah atau sesuatu yang memberi kebebasan dan bercakap ikut suka saja,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media di Hotel Hyatt Regency di sini semalam ............. (untuk sambungan seterusnya, sila baca Berita Minggu Ahad 29 Julai 2007)."
Sebagai warga pendidik dan para pelajar kita seharusnya menggunakan Bloggers ini untuk tujuan yang baik supaya dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Harap Petikan berita di atas dapat dijadikan pengajaran berguna kepada semua". faisal_jai@yahoo.com

Syarah dari kitab Matan Arbain

“Sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu terdapat seketul daging. Jika baik ia maka baiklah seluruhnya, jika jahat ia maka jahatlah seluruh anggotanya. Tidak lain dan tidak bukan itulah hati”.

Petikan dari Kitab Al-Hikam

Petikan dari Kitab Al-Hikam,
karangan Ibnu Athoillah As Sakandari


" Ibadah yang kita lakukan merupakan rezeki dari Allah, bertambahnya ibadah menunjukkan kita dekat dengan Allah, berkurang dan lemahnya ibadah menunjukkan Allah mula menjauhkan kita dariNya dengan membiarkan kita sibuk dengan urusan yang tidak berkaitan dengannya"