PSKPPK 2017 : Bola Sepak Veteran Padang Terap

Tahun 2017 berkesempatan untuk bermain Bola Sepak Veteran dalam Pesta Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Kedah 2017. Alhamdulillah Pasukan Bola Sepak Veteran Padang Terap berjaya mendapat tempat ketiga setelah tewas kepada Kota Setar di peringkat separuh akhir.



Pasukan Bola Sepak SKPT (KN Kiara) berjaya mendapat tempat ketiga di kejohanan bola sepak terbuka bawah 10 tahun


Sepanjang menjadi jurulatih & pengurusan bola sepak dalam dunia pendidikan, pencapapain pada kali ini amat membanggakan dan mengembirakan. Pasukan KN KIARA (SK Padang Terap) telah berjaya mendapat tempat Ketiga Kejohanan Bola Sepak  Bawah 10 Piala YDP PIBG SK Sultan Ahmad Tajuddin. Kejohanan berlansung di SK Sultan Ahmad Tajudin, Jitra Kedah pada Sabtu 23 September 2017 lalu.

Kejohanan Bola Sepak ini adalah Kejohanan Sulong yang disertai oleh Pasukan B10 SKPT dan merupakan pendedahan pertama kepada pemain untuk bermain di luar. Syukur Alhamdulillah Pasukan Bola Sepak SKPT (KN KIARA) mampu bersaing dan berjaya menewaskan beberapa pasukan dan kelab handalan B10 yang jauh lebih berpengalaman, termasuk pasukan-pasukan Akademi Tunas (AT) dari Perlis, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Tahniah kepada pemain dan barisan jurulatih, serta terima kasih kepada Paksu Norman & KN Kiara atas sumbangan yang diberikan serta terima kasih juga buat para guru dan waris yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama yang baik.
 
Bergambar bersama Pasukan AT Kinta Jr (A) sebelum perlawanan suku akhir

KEPUTUSAN PERLAWANAN

Peringkat Kumpulan D
KN KIARA 1 - 1 Fighters B (AT Kangar)
KN KIARA 1 - 0 SKD Wan Kemara
KN KIARA 2 - 1 Kenari Kids Jitra B
* Muncul Johan Kumpulan D (7 Mata)

Pusingan Ke-2
KN KIARA 1 - 0 Kancil FC (B)

Suku Akhir
KN KIARA 0 - 0 Akademi Tunas Kinta Jr (A)
Menang Penalti 3 - 1

Separuh Akhir
KN KIARA 0 - 1 Junior Mutiara FC

Senarai Pasukan yang bertanding pada kejohanan ini -:
1. Akmal Rizal Jr A 
2. Akmal Rizal Jr B 
3. NJFC A 
4. NJFC B  
5. Kancil FC A 
6. Kancil FC B 
7. Kota Setar Junior A 
8. Kota Setar Junior B 
9. Akademi Tunas Kinta Utara A 
10. Akademi Tunas Kinta Utara B 
11. The Fighters A (AT Perlis)
12. The Fighters B  (AT Perlis)
13. Kenari Kids Jitra A 
14. Kenari Kids Jitra B 
15. SK Felda Teloi Timur 
16. Puteri Jaya Kids Soccer 
17. Iskandar FC 
18. Iskandar Muda 
19. KN KIARA
20. SK Dato Wan Kemara
21. Junior Mutiara FC
22. Kangar Alpha
23. Kangar Beta
24. Kola Kid FC
25. SK Jitra 3 
26. Bergema FC
27. TLJ FC




Syukur Alhamdulillah.... Rumah Idaman milik sendiri berjaya disiapkan.

Syukur Alhamdulillah...Rumah idaman milik sendiri siap jua akhirnya meskipun banyak rintangan dan dugaan dalam menyiapkan rumah ini. Selepas mendapat bantuan dari Kontraktor JZAL Creative Builder, rumah yang diidamkan ini dapat disiapkan menjadi sebuah rumah, dimana sebelum ini kontraktor penipu (Manor Homes & Autumn Meadow Sdn Bhd) membuat rumah seperti kandang kambing.
Rumah dibina di atas tanah lot sendiri di Taman Saujana Kuala Nerang, keluasan rumah hampir 2000 kaki persegi, dan keluasan tanah lot ini lebih 7800 kaki persegi yang dibeli sekitar tahun 2011 dengan harga RM10 sekaki. Rumah idaman ini mula diduduki seminggu sebelum puasa 1438H (Pertengahan Jun 2017). Rumah mempunyai 5 bilik tidur, 4 bilik Air, 1 ruang tamu dan 1 ruangan dapur. 



Sukan Sea Kali Ke-29 Kuala Lumpur 2017



Tahniah buat kontijen Sukan Sea Malaysia kerana berjaya muncul Johan Keseluruhan Sukan Sea Kali Ke-29 Kuala Lumpur 2017, serta berjaya menganjur Kejohanan Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 dengan baik dan cemerlang... Malaysia Boleh!



Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah Mangkat

Merafak Sembah Takziah

Semoga roh Paduka Almarhum KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim yang dikasihi oleh kita dan sekalian rakyat ditempatkan dikalangan pemerintah (ulil amri) yang adil serta orang-orang yang beriman dan beramal soleh... Amin


Resepi Abah : Char Kuey Teow

Char kuey teow antara menu yang sangat digemari oleh anak-anak dan seisi keluarga saya. Hari ni saya kongsikan menu ringkas nak masak Char Kuey Teow.

Bahan-bahan Char Kuey Teow:-
Kuey Teow
Udang (dalam 100 gram / 10 ekor)
Cili Kering Kisar (Kisar bersama bawang besar + bawang putih)
Kicap
Sos tiram
Sos Ikan (Cap Sotong)
Taugeh
Garam
Minyak Masak (3 sudu)


Cara Memasak Char Kuey Teow versi ringkas saya :-
- Masukkan 3 sudu minyak masak dan panaskan
- Masukkan Udang, gorengkan sekejap sahaja sehingga hampir masak.
- Setelah udang hampir masak, masukkan Cili Kisar dalam 4 sudu, Kicap secukup rasa, sedikit Sos Tiram dan 2 sudu Sos Ikan cap sotong..... tumiskan bahan-bahan bersama udang tadi.
- Masukkan kuey teow (biasanya saya masak sebungkus koew teow tu di masak dua kali, kalu 1 bungkus kuali terlalu penuh)
- Masukkan garam secukup rasa.
- Setelah koey teow dimasukkan, gaulkan dan masukkan secawan kicap cair (kicap + air panas) untuk menjadikan char kuey teow kita basah dan berkuah.
- Kemudian masukkan telur 2 biji (untuk 1/3 bungkus kuey teow).
   * Tip : Sebelum masukkan telur, cuba tolakkan kuey teow ke tepi kuali, biarkan telur pecah dalam kuah kicap sahaja. Kalau dipecahkan pada telur akan menyebabkan kuey teow melekat-lekat. Selepas tu baru kacaukan kuah kuey teow sekali.
- Masukan taugeh dan SIAP untuk di makan.

Selamat mencuba resipi ringkas Char Kuey Teow versi "Resepi Abah"... 

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua muslimin muslimat..
Maaf Zahir Batin

Manor Homes & Autumn Meadow Sdn Bhd - Kontraktor penipu & Tidak Amanah.

Kontraktor syarikat Manor Homes & Autumn Meadow Sdn Bhd adalah syarikat anak beranak yang mencari rezeki secara haram dengan menipu para pelanggan yang berurusan untuk membina rumah.

Berhati-hati dengan 3 beranak ini

Pembinaan rumah melalui pinjaman Kerajaan, dan mereka telah membuat tuntutan kepada pihak kerajaan 45% (RM112,500.00) dan pendahuluan wang tunai melalui Pinjaman Peribadi sebanyak RM94,000.00 yang dipinjamkan dahulu untuk membantu memudahkan & melancarkan pembinaan rumah. Selepas mendapat wang RM206,500.00 terus menghentikan dan meninggalkan projek pembinaan lebih setahun terbengkalai. 

Rumah yang ditinggalkan selepas mendapat bayaran RM206,000.00. Terbengkalai lebih setahun.