Uptown Homestay Kuala Nerang

FBA Explorer Enterprise

Internet kini menjadi satu keperluan yang amat penting kepada golongan generasi baru khususnya. Di mana internet memudahkan segala urusan serta untuk mendapatkan pelbagai maklumat hanya dihujung jari sahaja. Internet juga merupakan satu alat komunikasi global di seluruh dunia. Oleh itu generasi akan datang akan menjadikan internet satu keperluan yang amat penting dalam kehidupan mereka. Sebagai langkah menghadapi masa akan datang FBA Explorer Enterprise menawarkan perkhidmatan internet untuk semua golongan masyarakat. Kemudahan internet yang ditawarkan adalah berkelajuan tinggi , menyediakan ruang tempat yang luas dan selesa, berhawadingin, serta LCD monitor yang lebih besar. Seterusnya bersama-sama membantu pihak kerajaan bagi melahirkan masyarakat yang celik IT. Selain itu terdapat pelbagai perkhidmatan lain seperti Menjual komputer & aksesori, Fax, Print, Scan, Liminating, Binding dan Upah menaip.

Untuk maklumat lanjut sila Layari Blog FBA Explorer Enterprise. http://fbaexplorer.blogspot.com

FBA Explorer Enterprise
No. 1-8, Kompleks Pekan Selasa,
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman.
Tel / Fax : 04-7864341

Selamat Hari Guru

"Guru Pembina Negara Bangsa"

Hari Guru 2009 : Guru Pembina Negara Bangsa

Tema Hari Guru 2009 : "Guru Pembina Negara Bangsa"

Objektif Hari Guru Malaysia

Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.

Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.


IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.


LAGU TEMA HARI GURU 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Download Lagu :

Lagu Guru Malaysia

Lagu Guru Pembina Negara Bangsa


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi