Diari Kehidupan

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG TERAP
06300 KUALA NERANG, KEDAH DARUL AMAN
www.skptkedah.blogspot.my

Sekolah Kebangsaan Padang Terap adalah sekolah yang keempat dalam kareir perkhidmatan sebagai seorang guru. Mula bertugas di SK Padang Terap sebagai Penonolong Kanan Ko-kurikulum pada 22 Mac 2016. SK Padang Terap mempunyai murid seramai 526 orang dan bilangan guru seramai 48 orang dan 7 orang staf.



SEKOLAH KEBANGSAAN NAMI
06350 NAKA, KEDAH DARUL AMAN 
www.sknamikedah.blogspot.my

Setelah beberapa kali permohonan pertukaran ke Kedah, akhirnya diluluskan untuk balik menabur bakti di daerah tempat asal. Sekolah Kebangsaan Nami adalah sebuah sekolah yang terpencil terletak hujung dalam Daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman. Jarak dari Pekan Kuala Nerang ke SK Nami lebih kurang 38KM. Mula berkhidmat di SK Nami pada 3 Januari 2009 hingga 21 Mac 2016. Hampir 7 tahun 3 bulan berkhidmat di SK Nami. 

Sepanjang di SK Nami pernah diberi tanggungjawab sebagai Guru Penyelaras ICT, Setiausaha Peperiksaan dan Guru Sains tahun 6.

 

Bersama Skuad Bola Sepak Vetren PSKPP Padang Terap


OPEN UNIVERSITY MALAYSIA


Konvokesyen ini yang dibuka secara rasminya oleh Canselor OUM iaitu Y.Bhg. Tun Jeanne Abdullah telah bermula pada 19 Jun hingga 22 Jun 2010. Konvo ini telah dijalankan di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur. Lebih dari 5,800 graduan telah menerima masing-masing.

Berjalan di atas pentas menerima segulung ijazah sambil disaksikan oleh keluarga tersayang adalah saat yang paling indah dan istimewa bagi seseorang yang bergelar siswa. Alhamdulillah, akhirnya berajaya juga menamatkan pengajian di Open University Malaysia dalam bidang Sarjana Muda Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik) Dengan Kepujian.

 


SEKOLAH KEBANGSAAAN KAMPUNG KUANTAN
44300 BATANG KALI, SELANGOR  DARUL EHSAN
www.skkgkuantan.blogspot.my


Mula berkhidmat di SK Kg Kuantan pada 16.06.2001 hingga 31 Disember 2008 selama hampir 7 tahun setengah. Sepanjang di SKKK pernah diberi tanggungjawab sebagai Setiausahan Sukan, Setiausaha Koku, Guru Data, Penyelaras Makmal Komputer, Bendahari PIBG, Ketua Panitia Sains & Guru Sains Tahun 6.

Terima Kasih kepada rakan guru & PIBG SKKK kerana di SKKK seperti sebuah keluarga yang amat rapat. Jasa dan kenangan rakan guru takkan dilupakan. Terima Kasih kepada rakan guru & PIBG SKKK kerana bersusah payah untuk mendadakan jamuan perpisahan dan ianya merupakan satu penghormatan yang amat besar buat saya.

Skuad Bola Sepak Senior PSKPP Hulu Selangor


SEKOLAH KEBANGSAAN BRICKFIELD (1)
JALAN SULTAN ABDUL SAMAD, KUALA LUMPUR.

Tanggal 3 Ogos 1998 bermulanya karier perguruan sebagai Guru Terlatih di SK Brickfields (1). Berkhidmat hampir 3 tahun di SK Brickfield (1) pernah memegang tanggungjawab sebagai Setiausaha Ko-kurikulum, Naib Setiausaha PIBG dan Ketua Panitia Sains.


 Antara rakan seperjuangan di SK Brickfields 1 ialah Mohd. Zamri, Izani, Azmi (wak), Kamarul, Nazri (karim), Wan Zuhaimi, Puvaneswaren, Hayati, Prema, Suhaimi, Allahyarham Fauzi, En. Razlan (GB), Puan Manjit (GPK 1), En Yong (GPK HEM), Ustaz (GPK Ku-ko).


MAKTAB PERGURUAN TUANKU BAINUN
MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
www.alumnimptb9597.blogspot.my

Mula menjejak kaki ke MPTB pada Jun 1995, bagi Kursus Perguruan Asas Pengajian Sains dan Matematik (Ambilan Jun 1995/97). Permulan kepada Kareir Perguruan yang gelar sebagai "Guru Pelatih". Pernah berkhidmat di SK Permatang Pauh sebagai "Guru Praktikum" (Praktikum 1), dan Di SK Penanti (Praktikum 2).

Sepanjang menimba ilmu di MPTB pernah diberi amanah sebagai Ahli Majlis Guru Pelatih (AMGP), sebagai Pengerusi Biro Peralatan & Kelengkapan PGP dan sebagai Ketua Kelas PSR Pengajian Sains & Matematik. Pernah mewakili MPTB dalam permainan Bola Sepak dan pernah menganggotai Askar Wataniah dan PBSM dalam gerak kerja kokurikulum.

Kelas PSR Pengajian Sains dan Matematik seramai 29 Orang antara kelas pengajian yang ditawarkan di MPTB.  Kelas Sains & Matematik hanya ada 3 orang penuntut lelaki dan selebihnya penuntut perempuan.

Kenangan di MPTB adalah antara kenangan yang paling terindah dalam diari kehidupan ini. Di sinilah mula mengenal erti sebuah kehidupan, persahabatan dan pengorbanan. Sebahagian gambar kenangan batch Julai 1995/Dis 1997 di muatnaik di Youtube.  Video MPTB 95/97 di Youtube klik ke  https://www.youtube.com/watch?v=nA-hnQkJXSE


 Persatuan Guru Pelatih MPTB (PGP)

Kelas PSR Pengajian Sains & Matematik (Ambilan Julai 1995)

Biro Peralatan dan Kelengkapan PGP MPTB 


SEKOLAH MENENGAH DATO' SYED AHMAD
06300 KUALA NERANG, KEDAH DARUL AMAN


Mendapat pendidikan menengah di SMK Dato Syed Ahmad dari tahun 1988 hingga 1994 (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 - Pra U). Pernah tinggal di Asrama Putera SMDSA semasa tingkatan 3 hingga Tingkatan 5. 

Sepanjang di SMDSA pernah diberi amanah sebagai Pengawas Sekolah dan pernah mewakili Sekolah dan Daerah Padang Terap dalam permainan Bola Sepak & Bola Baling.

Sebahagian dari gambar kenangan di SMDSA di Youtube https://www.youtube.com/watch?v=xIElyLig0G4

 SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BELUKAR
Mendapat pendidikan awal di SKKB pada tahun 1982 - 1987. Sepanjang 6 tahun menimba ilmu di SKKB pernah diberi Amanah sebagai Ketua Pengawas Sekolah, Ketua Darjah dan mewakili Sekolah dalam permainan Bola Sepak.


RUMAHKU SYURGAKU
Tempat dibesarkan, Rumah Kampung Sireh