Maktab Perguruan Tuanku Bainun

Mula menjejak kaki ke MPTB pada Jun 1995, bagi Opsyen Sains dan Matematik (Ambilan Jun 1995/97). Permulan kepada Kareir Perguruan yang gelar sebagai "Guru Pelatih". Pernah berkhidmat di SK Permatang Pauh sebagai "Guru Praktikum" (Praktikum 1), dan Di SK Penanti (Praktikum 2).
Maktab Perguruan Tuanku Bainun,
14000 Mengkuang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Maktab Perguruan Tuanku Bainun Mengkuang, Bukit Mertajam, yang kini bergelar Institut Perguruan Tuanku Bainun. Maktab ini siap sepenuhnya pada awal tahun 1993 dengan Keluasan kampus ini adalah 66.38 ekar. Kampus maktab ini merupakan kampus yang termoden dan dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan bagi kakitangan dan guru pelatih.
Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun pada 18 April 1994. Perasmian maktab ini merupakan hari bersejarah dan ianya telah dihadiri oleh tokoh-tokoh seperti Tuan Yang Terutama Gabenor Pulau Pinang, YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Menteri Pendidikan, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pengetua Maktab Perguruan dari seluruh Malaysia.
Ambilan pertama seramai 376 orang guru pelatih telah melaporkan diri pada 1 disember 1992. Pengkhususan yang ditawarkan bagi pengambilan pertama ini ialah Pengajian Melayu, Pengajian Inggeris, Pengajian Cina, Pengajian Matematik dan Pengajian Muzik. Kumpulan ini merupakan kumpulan pertama menerima sijil perguruan mereka dan anak sulung serta perintis maktab ini. Pengambilan kedua guru pelatih seramai 459 orang dalam 14 unit telah mendaftar diri di maktab ini pada Julai 1993.
Kursus yang ditawarkan ialah Pengajian Melayu, Pengajian Inggeris, Pengajian Cina, Pengajian Matematik, Pengajian Muzik Pengajian Agama Islam dan Pengajian Tamil & Pengajian Sains dan Matematik.

0 comments: