Uptown Homestay Kuala Nerang

Kedah Aman Makmur "Bicycle Fun Ride" 2014 (17 Mei 2014)


Sukacita dimaklumkan bahawa Pemuda UMNO Negeri Kedah dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Kedah, Majlis Belia Negeri Kedah dan Persatuan Berbasikal Negeri Kedah akan menganjurkan program riadah berbasikal yang diberi nama Kedah Aman Makmur "Bicycle Fun Ride".

Program ini akan berlangsung selama 1 hari iaitu pada 17hb Mei 2014. Acara kayuhan ini akan bermula di Bangunan UMNO Bahagian Padang Terap, Daerah Kuala Nerang sehingga ke destinasi penamat di Jeti Carok Batang Padi, Tasek Pedu. 

Penyertaan adalah percuma dan beg cenderahati akan diberikan kepada setiap peserta. Pihak penganjur mensasarkan penyertaan seramai 5000 peserta dari seluruh negeri Kedah bagi memeriahkan lagi acara ini.

Bagi memeriahkan lagi acara ini sesi cabutan bertuah turut diadakan, pihak penganjur juga menyediakan jamuan makan tengahari berkonsepkan Kenduri Jamuan Rakyat kepada semua peserta dan majlis juga turut diserikan lagi dengan kehadiran Menteri Besar Kedah, Y.A.B Dato' Seri Haji Mukhriz Bin Tun Mahathir. 

Bersama-sama ini disertakan borang penyertaan.
(Sila  right click mouse anda & Save Image As)

Borang penyertaan juga boleh diperolehi daripada Pejabat Sekretariat  di alamat : 
No. 184, Tingkat 2, Jalan Shahab 5,
Shahab Perdana, 05350 Alor Setar,
Kedah Darul Aman

atau dimuat turun melalui 

Sila lengkapkan dan email ke
kedahfunride@gmail.com atau faks ke 04-732 9541

0 comments: