Uptown Homestay Kuala Nerang - Bilik selesa seperti ruang Bilik Hotel sebenar

Uptown Homestay Kuala Nerang adalah sebuah Homestay yang terletak di Tengah Pekan Kuala Nerang. Di kelilingi dan amat berdekatan dengan oleh pelbagai kemudahan seperti Kemudahan bank, Kemudahan Kedai makan, Kedai Runcit, Masjid, Pekan Sehari, Stesen Bas dan Sebagainya.

Kamar Humaira - 1 set Katil Queen & Berhawadingin 

Kamar Sofea - 2 Set Katil Queen

Uptown Homestay juga menyediakan Ruang bilik yang selesa seperti Ruang Bilik di Hotel Sebenar. Sekiranya anda berkunjung ke Kuala Nerang untuk pelbagai urusan, pastinya anda tidak merasa kerugian kerana Kemudahan yang ditawarkan serta kedudukan Lokasi di tengah pekan ini amat berbaloi dan memberi kepuasan kepada pelanggan.

Ruang Tamu yang Luas dan Selesa

Kemudahan 1 Set Komputer Berinternet

Uptown Homestay Juga menawarkan Kemudahan 1 Set Komputer Berinternet dan Juga Wifi Percuma 24 jam untuk para pelanggan. Disamping itu Kemudaha Televisyen LED yang mempnyai Pakej Astro Njoi juga disediakan.

Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut :-
2 Hari 1 Malam = RM140
3 Hari 2 Malam = RM260
4 Hari 3 Malam = RM360

Kemudahan Uptown Homestay :-
* Mempunyai 2 Bilik yang luas dan selesa (Kamar Humaira & Kamar Sofea)
* Kamar Humaira - 1 Katil Queen dan Berhawadingin
* Kamar Sofea - 2 Katil Queen dan Berhawadingin
* Ruang Tamu yang Luas dan Selesa
* 1 Bilik Air
* Kemudahan Televisyen berserta Pakej Astro Njoi
* Kemudahan Komputer Berinternet 24 Jam
* Wifi Internet Percuma 24 Jam
* Kemudahan Peti Ais, Sofa & Meja Makan

Kedudukan Lokasi Uptown Homestay :-
* Terletak di Tengah Pekan Kuala Nerang
* 20 Meter dari Agro Bank
* 100 Meter dari 7-Eleven
* 200 Meter dari CIMB Bank
* 130 Meter dari BSN
* 200 Meter dari Stesen Bas & Stesen Teksi Kuala Nerang
* 250 Meter dari Bank Rakyat
* 200 Meter dari Masjid Muadzam Shah, Kuala Nerang
* 200 Meter dari Pejabat POS
* 200 Meter dari KFC
* 30 Meter dari Tabung Haji
* 50 Meter dari Shell Kuala Nerang
* 300 Meter dari Hospital Kuala Nerang
* 30 Meter dari Pekan Nat (Pekan Sehari) - Hari Selasa & Sabtu
* Berdekatan dengan Beberapa Kedai Makan, Kedai Runcit dll
* 2 KM dari Kolej MARA Kuala Nerang & Kolej Komuniti Padang Terap

Untuk Tempahan :- 013-5336302, 019-5908565
Layari : www.uptownhomestay.blogspot.com

Lagu Papa (Paul Anka) - Lirik lagu yang menyentuh perasaan seorang bapa.

Lirik lagu "Papa" oleh Pul Anka ini sangat menyentuh hati khususnya para bapa. Pertama kali saya mendengar sambil menghayati lirik lagu ini, berlinangan juga air mata saya, kerana lagu ini amat menyentuh perasaan khususnya kepada setiap lelaki yang bergelar bapa dan juga seorang anak. 

Lagu ini mengisahkan seorang bapa yang penyayang membesarkan anaknya bersama isteri tersayang. Segala dugaan dan cabaran kehidupan diharungi bersama-sama. Setelah kematian Isteri tersayang 'Bapa' amat sedih dan tidak mampu mengharungi kehidupan tanpa seorang isteri tersayang.....



Lirik Lagu : Papa - Paul Anka

Everyday my papa would work
To try to make ends meet
To see that we would eat
Keep those shoes upon my feet
Every night my papa would take me
And tuck me in my bed
Kiss me on my head
After all the prayers were said
And there were years
Of sadness and of tears
Through it all
Together we were strong
We were strong
Times were rough
But Papa he was tough
Mama stood beside him all along

Growing up with them was easy
The time had flew on by
The years began to fly
They aged and so did I
And I could tell
That mama she wasn't well
Papa knew and deep down so did she
So did she
When she died
Papa broke down and he cried
And all he could say was, "God, why her? Take me!"
Everyday he sat there sleeping in a walking chair
He never went upstais
All Because she wasn't there

Then one day my Papa said,
"Son, I'm proud of how you've grown"
He said, "Go out and make it on your own.
Don't worry. I'm O.K. alone."
He said, "There are things that you must do"
He said, "There's places you must see"
And his eyes were sad as he
As he said goodbye to me

Every time I kiss my children
Papa's words ring true
He said, "Children live through you.
Let them grow! They'll leave you, too"
I remember every word Papa used to say
I kiss my kids and pray
That they'll think of me
Oh how I pray
They will think of me
That way
Someday

MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta


Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 pada tahun ini menampilkan satu keunikan apabila salah satu baris lirik lagu Warisan, 'Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad dipilih menjadi tema sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57. Logo Hari Kemerdekaan untuk tahun ini dipilih daripada 1,586 hasil ciptaan peserta Pertandingan Mereka Cipta Logo Hari Kemerdekaan ke-57.

Semoga pemilihan tema 'Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' ini dapat menyemai serta menyemarakkan rasa cinta yang suci murni abadi kepada negara dalam diri setiap rakyat Malaysia. Ia juga diharap dapat memberikan kesan mendalam dan melahirkan semangat kecintaan terhadap negara di dalam hati setiap rakyat Malaysia. Secara tidak langsung dapat mewujudkan masyarakat yang cintakan negara dan sanggup berkorban demi menjamin keamanan, kemajuan, kesejahteraan dan kemakmuran negara yang kita kecapi selama ini akan berterusan pada jangka masa panjang.

RASIONAL LOGO

Jalur Gemilang yang sedang berkibar megah menjadi inspirasi kepada logo ini. Ia merupakan satu perlambangan kepada negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat.

Angka 57 membawa maksud ulangtahun ke-57 kemerdekaan Malaysia. Sekaligus menjadi lambang kematangan negara dibawah kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecermerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.

Angka 57 yang diberikan sentuhan retro, menjadi refleksi kepada tarikh keramat kemerdekaan negara pada tahun 1957, mencerminkan impian dan harapan serta semangat cintakan negara yang tidak berbelah bagi rakyat terdahulu, semoga menjadi pedoman dan panduan kepada generasi Malaysia hari ini terutama golongan muda.

Kibaran Jalur Gemilang menyelimuti angka 57 turut mencerminkan kemakmuran dan keamanan negara yang telah wujud sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, berupaya dikekalkan sehingga ke saat ini dengan sokongan dan dukungan kuat oleh rakyat berbilang etnik dan kepercayaan yang bergabung menjadi satu masyarakat Malaysia yang unik dan bertoleransi.

Bulan sabit dan bintang berbucu 14 melambangkan kedaulatan negara, menjadi kewajipan setiap pemimpin dan rakyat untuk terus memelihara dan mengekalkannya.

Tema 'Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' diletakkan pada sudut bersesuaian dengan rekabentuk logo bagi menyokong kekuatannya dari segi imbangan, maksud dan nilai estetika.

MAKSUD WARNA LOGO

Warna Merah - Lambang keberanian dan kesetiaan pada negara yang tercinta.

Warna Biru - Lambang penyatuan dan keharmonian antara kaum.

Warna kuning - Lambang kedaulatan negara dibawah naungan Raja Berpelembagaan dan diterajui kepimpinan yang prihatin dengan pencapaian negara serta keperluan rakyat.

Warna putih - Menjadi perlambangan kepada kejujuran, ketelusan dan komitmen serta kerjasama yang erat di antara pemimpin dan rakyat.


Lirik: Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi

Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya

Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu

Chorus
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang

Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Ayuhlah berbakti
Hingga akhirnya

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia kali Ke 57.
Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Sumbangan untuk GAZA


Bulan Ramadhan menyaksikan Ramadhan Berdarah di GAZA. Serangan udara yang bertubi-tubi oleh pihak Israel ke atas Gaza telah mengorbankan ratusan nyawa orang islam. Ribuan lagi mungkin mengalami kecederaan, dan yang pasti yang menjadi mangsa adalah mereka-mereka yang tak berdosa.  Sebagai seorang Islam tugas kita adalah membantu mereka. Kita mungkin tak mampu mengangkat senjata, tapi kita mampu membantu mereka melalui sumbangan serta doa untuk meringankan beban dan kesengsaraan mereka. 

Salurkanlah Derma  Anda ke Aman Palestin, Aqsa Syarif Berhad dan mana-mana NGO yang berdaftar dalam membantu meringankan beban dan kesengsaraan Rakyat Palestin.

Lakukan sesuatu!!!!
Masukkan sumbangan dan derma ke dalam akaun bank :

AMAN PALESTIN BERHAD
Bank Islam 12029010047880
MayBank 562263010787 
Bank Muamalat 12070005133717

Email : amanpalestin@yahoo.com 
amanpalestin.org

AQSA SYARIF BERHAD
Akaun Maybank Islamic : 5515 7500 4299
* Swift code: MBBEMYKL
Akaun Bank Islam : 12 092 01 003490 4

Sila emelkan makluman deposit ke :
projects@aqsasyarif.org.my



Kedah Aman Makmur "Bicycle Fun Ride" 2014 (17 Mei 2014)


Sukacita dimaklumkan bahawa Pemuda UMNO Negeri Kedah dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Kedah, Majlis Belia Negeri Kedah dan Persatuan Berbasikal Negeri Kedah akan menganjurkan program riadah berbasikal yang diberi nama Kedah Aman Makmur "Bicycle Fun Ride".

Program ini akan berlangsung selama 1 hari iaitu pada 17hb Mei 2014. Acara kayuhan ini akan bermula di Bangunan UMNO Bahagian Padang Terap, Daerah Kuala Nerang sehingga ke destinasi penamat di Jeti Carok Batang Padi, Tasek Pedu. 

Penyertaan adalah percuma dan beg cenderahati akan diberikan kepada setiap peserta. Pihak penganjur mensasarkan penyertaan seramai 5000 peserta dari seluruh negeri Kedah bagi memeriahkan lagi acara ini.

Bagi memeriahkan lagi acara ini sesi cabutan bertuah turut diadakan, pihak penganjur juga menyediakan jamuan makan tengahari berkonsepkan Kenduri Jamuan Rakyat kepada semua peserta dan majlis juga turut diserikan lagi dengan kehadiran Menteri Besar Kedah, Y.A.B Dato' Seri Haji Mukhriz Bin Tun Mahathir. 

Bersama-sama ini disertakan borang penyertaan.
(Sila  right click mouse anda & Save Image As)

Borang penyertaan juga boleh diperolehi daripada Pejabat Sekretariat  di alamat : 
No. 184, Tingkat 2, Jalan Shahab 5,
Shahab Perdana, 05350 Alor Setar,
Kedah Darul Aman

atau dimuat turun melalui 

Sila lengkapkan dan email ke
kedahfunride@gmail.com atau faks ke 04-732 9541

Menara Alor Setar, Kedah Darul Aman


Menara Alor Setar merupakan menara telekomunikasi yang ke 19 tertinggi di dunia dan juga yang ke 2 tertinggi di Malaysia. Ketinggiannya 165.5 meter dan pembinaannya melibatkan kos sebanyak RM40 juta. Menara ini merupakan pusat pelancongan utama dan Mercutanda Kebanggaan Negeri Kedah Darul Aman.

Ruang pemerhati di Aras 88 Meter membolehkan pengunjung menikmati panorama Bandaraya Alor Setar. Di ruang ini juga terdapat 5 set teropong automatic, kaunter menjual cenderahati dan ais krim serta kemudahan pertukaran wang.

Menara Alor Star dengan rasminya telah membuka pintu kepada pelawat pada 14 ogos 1997 dan telah di rasmikan oleh Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad,Perdana Menteri Malaysia yang ke 4.


Sempat saya rakamkan beberapa keping gambar dari menara Alor Setar semasa menghadiri majlis Perpisahan Guru Kelab Kebajikan Guru & Staf SK Nami.

Gambar menghala ke Masjid Zahir & Jalan Putra  

 Gambar menghala ke Lebuhraya Darul Aman & Stadium Darul Aman

 Gambar menghala ke Bulatan Teluk Wanjah 


Gambar menghala ke Jalan Tambang Badak & Menara Celcom

Lagu Puisi Kekasih - Ahmad Ramli

Dah lama tak jengok blog, dah berhabuk & bersawang ... jom layan sat lagu puisi ni..
Lagu Puisi Kekasih iaitu puisi Usman Awang ini nyanyian Ahmad Ramli sememangnya amat syahdu. Bahasa puisi yang digunakan sangat indah dan punyai maksud yang amat mendalam.
Masih teringat lagi, lagu ini pernah beliau dendangkan di Dewan Maktab Perguruan Tuanku Bainun sewaktu menuntut di maktab tersebut sekitar tahun 1996.



Kekasih ~ Usman Awang

Akan kupintal buih-buih
menjadi tali
mengikatmu
akan kuanyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan
ranjang tidurmu

akan kutenun awan-gemawan
menjadi selendang
menudungi rambutmu

akan kujahit bayu gunung
menjadi baju
pakaian malammu

akan kupetik bintang timur
menjadi kerongsang
menyinari dadamu

akan kujolok bulan gerhana
menjadi lampu
menyuluhi rindu

akan kurebahkan matari
menjadi laut malammu
menghirup sakar madumu

Kekasih, hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi.

~Usman Awang 1971