Uptown Homestay Kuala Nerang

Pembedahan Adhesion Colic (Isteri)

Pada 17 September 2016 (Sabtu) jam 2.00 petang isteri menjalani pembedahan  di Hospital Sultanah Bahiyah (Laparoscopic Adhesiolysis + Appendicectomy). Pembedahan di Dewan Bedah Hospital Sultanah Bahiyah ini adalah pembedahan kali ke-6 dan hampir 4 Jam 15 minit penantian yang mendebarkan diluar dewan bedah pada kali ini. Pembedahan kali ini dibuat untuk memisahkan lekatan antara usus dan lekatan pada dinding dalaman kulit (annterior abdominal wall) dengan organ dalaman. 

Pembedahan ini juga dimaklumkan oleh pihak doktor adalah pembedahan apendik kali ke-2 (resembling the stump of the appendix). Agak terkejut juga saya kerana pembedahan apendik sebanyak 2 kali pada seorang manusia. Mungkin ketidaksempurnaan pembedahan apendik Pecah (Appendicectomy - peritonitis) pada 31 Disember 2009 yang lalu menyebabkan bahagian tersebut sentiasa sakit hingga ke hari ini. Pada bahagian tersebut juga mengalami bengkak dan berlaku lekatan pada usus dan dinding kulit.
Alhamdulillah, terima kasih buat doktor dan pihak hospital HSB kerana pembedahan tersebut telah membantu mengurangkan kesakitan pada bahagian badan dan isteri saya dapat membuang najis & kentut seperti biasa di mana sebelum ini beliau amat susah untuk membuang najis & kentut, kadang-kadang berlarutan sehingga 2 minggu.

Tetapi selepas pembedahan isteri saya berasa sangat sakit pada bahagian dan mengalami sesak nafas (kesukaran untuk bernafas). Dan sehingga kini selepas 15 hari pembedahan beliau masih sakit dibahagian dada dan sering kali perlukan bantuan oksigen, di mana kadar oksigen (spO2) dalam badan sentiasa berkurangan (spO2 sekitar 78 hingga 88 shj).


0 comments: