KN Kiara Football Club

KN Kiara Football Club (No pendaftaran : C-KDH-08606) adalah sebuah badan sukan yang berdaftar di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia (eROSA). Penubuhan KN Kiara Footbal Club hasil perbincangan saya dan Pak Su Norman dan selaku Setiausaha pada peringkat penubuhan saya menguruskan segala pendaftaran melaui laman Web eROSA.
Alhamdulillah setelah hampir 3 tahun penubuhan KN Kiara Football Club, kini kami cuba melangkah setapak ke hadapan dalam usaha memartabatkan sukan bola sepak khususnya di Daerah Padang Terap. Mulai 1 Disember 2020 KN Kiara Football Club telah diberi kepercayaan untuk menguruskan MINI STADIUM KUALA NERANG oleh Pihak Majlis Daerah Padang Terap (MDPT). Dengan adanya Mini Stadium ini maka pihak KN Kiara Footbal Club akan berusaha bersama-sama dengan rakan jurulatih yang berpengalaman serta sokongan banyak pihak dalam mewujudkan satu ekosistem pembangunan bola sepak yang lebih sistemetik dan menyeluruh di Daerah Padang Terap. 

Program TUNAS BINTANG PADANG TERAP 2021 telah dirangka untuk dilaksanakan pada tahun 2021 bagi melahirkan pemain-pemain berbakat bawah 12 tahun yang berkualiti dan konsisten untuk diketengahkan keperingkat yang lebih tinggi.

Perlaksanaan TUNAS BINTANG PADANG TERAP 2021 ini memerlukan kerjasama dan sokongan dari banyak pihak. Pihak Kelab telah berbincang dengan semua pihak iaitu Ahli Parlimen Padang Terap, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, Majlis Sukan Daerah Padang Terap, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Padang Terap, Persatuan Bola Sepak Daerah Padang Terap dan Pejabat ADUN Kuala Nerang dalam usaha merealisasikan program ini.

Program ini bakal menghimpunkan pemain-pemain berbakat dari seluruh pelusuk Daerah Padang Terap yang berumur dari 9 - 12 tahun, seterusnya akan diberi latihan secara berpusat 3 kali seminggu di Mini stadium Ffira Mikah Kuala Nerang. InshaAllah.

1 comments:

mynormas said...

Tahniah. Utk tips penjagaan padang, boleh di dapati di www.mynormas.com.