KN Kiara Football Club

KN Kiara Football Club (No pendaftaran : C-KDH-08606) adalah sebuah badan sukan yang berdaftar di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia (eROSA). Penubuhan KN Kiara Footbal Club hasil perbincangan saya dan Pak Su Norman dan selaku Setiausaha pada peringkat penubuhan saya menguruskan segala pendaftaran melaui laman Web eROSA.
Alhamdulillah setelah hampir 3 tahun penubuhan KN Kiara Football Club, kini kami cuba melangkah setapak ke hadapan dalam usaha memartabatkan sukan bola sepak khususnya di Daerah Padang Terap. Mulai 1 Disember 2020 KN Kiara Football Club telah diberi kepercayaan untuk menguruskan MINI STADIUM KUALA NERANG oleh Pihak Majlis Daerah Padang Terap (MDPT). Dengan adanya Mini Stadium ini maka pihak KN Kiara Footbal Club akan berusaha bersama-sama dengan rakan jurulatih yang berpengalaman serta sokongan banyak pihak dalam mewujudkan satu ekosistem pembangunan bola sepak yang lebih sistemetik dan menyeluruh di Daerah Padang Terap. 

Program TUNAS BINTANG PADANG TERAP 2021 telah dirangka untuk dilaksanakan pada tahun 2021 bagi melahirkan pemain-pemain berbakat bawah 12 tahun yang berkualiti dan konsisten untuk diketengahkan keperingkat yang lebih tinggi.

Perlaksanaan TUNAS BINTANG PADANG TERAP 2021 ini memerlukan kerjasama dan sokongan dari banyak pihak. Pihak Kelab telah berbincang dengan semua pihak iaitu Ahli Parlimen Padang Terap, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, Majlis Sukan Daerah Padang Terap, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Padang Terap, Persatuan Bola Sepak Daerah Padang Terap dan Pejabat ADUN Kuala Nerang dalam usaha merealisasikan program ini.

Program ini bakal menghimpunkan pemain-pemain berbakat dari seluruh pelusuk Daerah Padang Terap yang berumur dari 9 - 12 tahun, seterusnya akan diberi latihan secara berpusat 3 kali seminggu di Mini stadium Ffira Mikah Kuala Nerang. InshaAllah.

Video Kreatif PPDa BADRAN BADAR (Johan Peringkat Negeri Kedah 2020)


Alhamdulillah .... Video Pendek PPDa BADRAN BADAR telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Video Kreatif Peringkat Negeri Kedah 2020. 

Satu pengalaman atas kejayaan ini di mana saya sendiri terlibat sebagai pengarah & video editing untuk Drama BADRAN BADAR ini.

Tahniah buat para pelakon & crew produksi Drama BADRAN BADAR 
Tahniah buat Ast. Director & Make Artis : Puan Norlida bt Ibrahim
Terima kasih sokongan para Guru & Staf SK Padang Terap
Terima kasih sokongan para Waris & PIBG

Resepi Abah : SUP BELUT ALA THAI

Prinsip hidup : Jangan sentiasa menyusahkan orang lain dalam setiap urusan kehidupan kita

 

Dalam kehidupan kita ini, kadang-kadang kita tidak mampu untuk membantu memudahkan urusan orang lain...... Oleh itu, janganlah kita sentiasa menyusahkan orang lain dalam setiap urusan kehidupan kita.


faisal59.blogspot.com
#Prinsiphidup

DOA SOLAT DHUHA

Design Fail Rekod Pengajaran dan Pembelajaran 2021

DESIGN UNTUK FAIL REKOD PENGAJARAN & PEMBELAJARAN 2021 
Format : JPEG
Ukuran Saiz : A4

Anda boleh masukan LOGO & NAMA SEKOLAH masing-masing pada design tersebut
Anda juga boleh masukan apa-apa MAKLUMAT TAMBAHAN pada Design tersebut

Harga Design JPEG dalam RM20 - RM30

Boleh WhatApps untuk Maklumat Lanjut :-

Boleh hubungi : 013-5336302 (Faisal)


Resepi Abah : SPAGHETI CITARASA MELAYU

Bahan-bahan Spagheti Citarasa Melayu :-
-Cili Kering yang dikisar
-Sos Spageti Kimball Cendawan
-Cendawan Butang (dalam tin) - dipotong kecil
-4 keping Daging Burger
-Bawang Besar dipotong dadu
-Spagheti (Angel Hair)
-Sedikit Garam & Serbuk perasa

Langkah-langkah :-
-4 keping Daging Burger dipotong Dadu dan dimasak terlebih dahulu dengan sedikit minyak shj (mcm goreng burger)

-Masukan minyak & tumiskan Cili Kering yang dikisar (sehinga naik minyak)
-Masukkan Sos Spagheti Kimball (Cendawan) & Kacau hingga sebati
-Masukan Daging Burger (yang telah dimasak tadi)
-Masukan Cendawan Butang yang telah dipotong kecil
-Masukan Bawang Besar (dipotong dadu)
-Masukan Garam secukup rasa & serbuk perasa

-Spagheti direbus dalam air mendidih hingga masak... selalunya saya menggunakan Spagheti Angel Hair, kerana ianya lebih halus.



Berapa Harga Simen Readymix untuk Projek DIY


LANTAI PORCH KERETA
Keluasan Lantai = 24 kaki x 18 kaki
Ketebalan Lantai = 3 Inci

Untuk Projek DIY.. adakah berbaloi @ Mahal?

KERJA-KERJA MERATAKAN SIMEN
Kerja-kerja meratakan simen dibantu oleh 3 orang rakan guru yang berpengalaman... Cikgu Zuraidi, Zahari Zain & Yusri Yaacob



Covid-19 Super Spreader : Kita tidak tahu SIAPA & DI MANA??

We don't know WHO
We don't know WHERE
 

Menggunakan QR Code untuk Catat Suhu Badan Murid SKPT

Pasukan B11 SKPT 2018 adalah Pasukan Terbaik Dalam Sejarah Bola Sepak SKPT



Skuad B11 SK Padang Terap 2018 adalah pasukan TERBAIK dalam sejarah sukan Bola Sepak SK Padang Terap. Skuad B11 SK Padang Terap mendapat tempat Ketiga Kebangsaan "MAHKOTA FOOTBALL CHAMPIONSHIP" Sekolah-sekolah Kluster Peringkat Kebangsaan 2018 yang diadakan di SK Mahkota Sari, Gerik, Perak. Pencapaian Tempat Ketiga Peringkat Kebangsaan ini adalah pencapaian yang cukup cemerlang dalam sejarah sepanjang berkecimpung dalam sukan bola sepak di sekolah rendah.

Video ini dedikasi khas buat para pemain hebat SKPT & Para Guru serta Jurulatih…. untuk disimpan dalam diari kehidupan sebagai satu kenangan yang terindah dalam sukan bola sepak di alam sekolah rendah.

Para guru & Jurulatih Akademi Bola Sepak SKPT mendoakan agar para pemain berjaya di alam sekolah menengah seterusnya keperingkat yang lebih tinggi suatu hari nanti…InsyaAllah

Anda semua adalah pemain yang hebat dari pasukan terbaik dalam Sejarah Bola Sepak SK Padang Terap....Cikgu amat berbangga atas pencapaian hebat ini

Toturial Cara Pendaftaran Badan Sukan Secara Online

This is Kuala Nerang 2020

Toturial Cara Membuat QR CODE untuk RPT & DSKP



Rekod Pengajaran dan pembelajaran boleh disediakan dalam apajua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa (Surat-Pekeliling-Iktisas-Bil-3_1999).

Video Toturial ini menunjukkan bagaimana untuk membuat QR CODE untuk Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) & DSKP bagi memudahkan urusan para guru di mana pengunaan QR CODE lebih mudah dan menjimatkan.

Projek DIY Porch Kereta PKPB 2020



Projek DIY ini adalah satu pengalaman pertama membuat Porch Kereta untuk 2 buah kenderaan yang bersaiz 20 kaki x 15 kaki serta ketinggian 10 kaki.

Projek DIY seperti ini dapat menjimatkan kos upah sesuatu projek. Di sini saya kongsikan cara-cara dan pengiraan kos untuk membuat Poch untuk 2 buah kenderaan.

Semoga video ini dapat memberi sedikit input buat rakan-rakan yang ingin mencuba Projek DIY sendiri.

Ini adalah kerangka besi untuk tapak tiang porch. Kos menbuat 4 kerangka besi ini hanya menggunakan  3 Batang besi Y10 dan besi ring. Harga besi Y10 sebatang (40 kaki) adalah sekitar RM20 sebatang. Kos keseluruhan untuk membuat satu tiang porch adalah sekitar 60.00 sahaja.

Ini adalah kerangka besi untuk tiang porch. Kos untuk membuat 1 kerangka besi ini hanya menggunakan 1 Batang besi Y10 dan besi ring. Harga besi Y10 sebatang (40 kaki) adalah sekitar RM20. Kos keseluruhan untuk membuat satu kerangka tiang adalah sekitar RM23 sahaja. Kos untuk 4 kerangka tiang adalah RM92.00.

Harga sebatang tiang Roma Pillar adalah RM130 (Harga sekaki RM13). Harga untuk 4 batang Roman Pillar adalah RM520

Harga untuk lain-lain kos :-
1. Pasir kasar 4 ela RM200 (1 ela = RM50)
2. Batu 1 ela RM50
3. Simen 7 bag RM119 (1 Bag RM17)
4. Dawai RM7

Toturial Ringkas Pengunaan Google Drive



Google Drive ataupun Pendrive Maya ini jarang sekali kita guna, sedangkan kita memiliki akaun gmail. Dengan adanya Google Drive kita boleh mengakses dokumen kita walau di mana kita berada, asalkan ada capaian internet. Moga panduan toturial ringkas ini dapat memberi input buat rakan-rakan semua untuk mencuba guna Google Drive bagi yang belum pernah guna.

Salam Aidilfitri 1441H

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Semoga Hari Raya tahun ni disambut meriah meskipun negara kita dilanda penularan Covid-19. Sentiasa utamakan keselamatan dan sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan

Panduan ringkas penggunaan Google Form bagi menghasilkan Tugasan Murid

Memandang sesi persekolahan masih belum dibuka kerana PKP masih dilanjutkan. Di sini saya kongsikan sedikit Panduan Ringkas penggunaan Google Form bagi menghasilkan Tugasan Murid kita.
Pertama sekali para guru perlu ada Akaun Gmail. Kalau tidak ada akaun Gmail, anda kena "Sign up" untuk dapatkan Akaun Gmail.

Langkah 1 : 
Membuat carian GOOGLE FORM pada Carian Google.

Langkah 2 : 
Anda perlu login ke Akaun Gmail anda, dan klik pada "Go to Google Form"

Langkah 3 : Klik pada "Template Gallery"

Langkah 4 : 
Pilih templete anda. Dicadangkan pilih template Tema Education

Langkah 5 : 
Selepas pilih template yang disukai, anda boleh mula membina soalan anda. Untuk maklumat murid, dicadangkan hanya NAMA, KELAS & SEKOLAH sahaja. 3 Maklumat tersebut boleh guna "Short Answer" (rujuk gambar). 3 Maklumat ini mesti tandakan "Riquired".

Langkah 6 : 
Anda boleh mula membina soalan anda. Untuk membuat soalan aneka pilihan sili pilih "Multiple Choice" (rujuk gambar).

Langkah 7 : 
Setiap soalan yang dihasilkan mesti kita tandakan Jawapan yang BETUL pada "Answer key". Setiap soalan juga boleh diberi penjelasan (Feedback) sekiranya perlu.
Langkah 8 : 
Setelah selesai membuat soalan, ada boleh klik pada PRIEVIEW (rujuk gambar) untuk melihat paparan sebenar Tugasan Anda. 

Langkah 9 : 
Setelah selesai membuat soalan dan yakin dengan soalan tersebut anda perlu klik pada "SETTING". Anda boleh Tick @ Untick pada petak berkenaan.

Langkah 10 : 
Seterusnya klik pada Button "SHARE" untuk Copy "LINK" Tugasan Anda. Link tersebut boleh di kongsi pada Group WhatApps sekolah anda. Sebelum anda Kongsi, disarankan untuk membuat "Priview" dan cuba anda menjawab soalan anda terlebih dahulu.
Langkah 11 : 
Untuk melihat Analisa Jawapan murid, anda boleh klik pada "Responses". Anda juga boleh melihat analisa dalam format Google Spreadsheet & boleh dimuat turun dalam format MS Excel.

Selamat mencuba... 
Mohon maaf seandai terdapat kekurangan dan kesilapan

Resepi Abah : Tortipia Ayam (Tortilla + Popia)

Kuih ini saya namakan sebagai Tortipia Ayam (Tortilla + Popia)

Bahan-bahan :-
Daging burger Ayam (2@3 keping)
Sausage (@ batang)
Carrot
Bawang besar (Potong dadu)
Tomato
Timun
Kobis
Salad
Kulit popia
Mayonis
Sos Thousand Island
Cara penyediaan :
- Daging burger Ayam & Sausage dipotong halus dan dimasak dengan majerin / sedikit minyak. Setelah masak angkat bahan goreng tersebut.
- Potong kecil bawang besar, tomato, timun, kobis & carot
- Campurkan Burger Ayam yang telah dimasak bersama bahan yang telah dipotong di dalam mangkuk.
- Gaulkan bahan tersebut dengan Sos Thousand Islan & Mayonis
- Gulungkan bahan yang digaul tadi bersama salad didalam kulit popia (Gulung seperti kuih popia)
- Siap untuk dimakan.

Resepi Abah : Murtabak cheese kulit popia

Bahan-bahan :-
Burger Ayam @ Daging - 2 keping (Potong halus)
Bawang putih (dlm 2 ulas)
1 biji Bawang besar (potong dadu)
Daun sup (potong halus)
Serbuk kari (+ sedikit serbuk jintan putih + jintan manis)
Telur ayam
Kulit popia
Cheese

Cara memasak :-
Inti murtabak yang telah dimasak. Boleh disimpan di dalam peti ais untuk hari seterusnya

# Cara masak inti murtabak
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang pitih & bawang besar
- Masukkan potongan burger Ayam @ daging (ataupun campur Ayam & daging pun sedap)
- Gaulkan bagi masak, kemudian masukan campuran serbuk kari + sedikit air
- Masukkan daun sup yang dipotong halus tadi
- Gaulkan hingga masak

* Inti murtabak ini boleh dibuat banyak dan disimpan didalam peti ais. saya selalu buat 5 @ 6 daging burger dibulan ramadhan ini, supaya mudah dimasak untuk hari berikutnya.

# Cara masak murtabak
- Pecahkan telur didalam mangkuk
- Campurkan 1 sudu @ 2 sudu Inti Murtabak 
- Carpurkan bawang besar yang dipotong dadu dan gaulkan
- Letakkan campuran tersebut diatas kulit popia
- Letakkan kepingan cheese di atas campuran inti murtabak tadi
- Lipat popia bersaiz empat segi
- Panaskan murtabak dengan sedikit minyak
- Dah agak garing sikit boleh angkat untuk dimakan

* Kalau guna 2 daging burger..boleh menghasilkan dalam 5 @ 6 biji murtabak

Resepi Abah : Tortilla ayam kulit popia

Bahan-bahan :
Ayam (Popcorn Chicken)
Daging burger Ayam (1 keping @ 2 keping)
Carrot
Bawang besar (Potong dadu)
Tomato
Timun
Kobis
Salad
Kulit popia
Mayonis
Sos Thousand Island
Cara penyediaan :
- Gorengkan Ayam Popcorn dengan minyak
- Daging burger Ayam dipotong halus dan dimasak dengan majerin @ sedikit minyak. Setelah masak angkat potongan burger ayam tersebut.
- Potong kecil bawang besar, tomato, timun, kobis & carot
- Campurkan Daging Ayam yangg telah dimasak di balam mangkuk bersama bahan sayuran yang telah dipotong
- Gaulkan bahan tersebut dengan Sos Thousand Islan & Mayonis
- Balutkan bahan yang digaul tadi bersama Ayam Popcorn & Salad di dalam kulit popia



Projek "Upgrade Double Storey Store " Belakang Rumah

Musim PKP kita duduk dirumah sambil kemas kini stor belakang rumah. Dua hari (4 & 5 Apr 2020) menghabiskan masa untuk upgrade "Double Storey Store". 
Stor yang mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan. Projek dijalankan di masa lapang waktu cuti sekolah... 95% kerja-kerja membina stor adalah hasil tangan sendiri.