Salam Maal Hijrah 1438H / 2016


Salam Maah Hijrah 1438. Mohon jutaan ampun dan maaf atas segala salah dan silap sepanjang 1437H. Yang Baik dari ALLAH dan yang buruk kelemahan diri ku. Semuga ALLAH bantu untuk tahun 1438H yang lebih berganda manafaat pada seluruh alam.


Resepi Abah : Sup Ayam


Anak-anak selalu suka makan lauk berkuah. Sup Ayam antara menu yang digemari oleh anak-anak. Selalunya anak-anak saya tidak suka sangat terlalu banyak bahan di dalam sup. Resepi Sup Ayam ini adalah resepi ringkas dan pantas.

Bahan-bahan Sup Ayam
- 6 Ketul Ayam
- Halia (saiz 2 inci)
- Sup bunjut
- Kentang 2 Biji
- Kiub Ayam (1 ketul)
- Cili Api 6 biji
- Tomato 2 biji
- Daun sup

Cara Memasak
- Rebus ayam, halia, sedikit garam
- Masukan Sup Bunjut tunģgu sampai hampir mendidih dan masukkan ubi kentang.
- Masukkan 1 ketul kiub ayam tunggu smpai kentang masak
- Masukan 6@7 biji cili api yang ditumbuk sikit
- Masukkan tomato, taburkan sedikit daun sup dan siap.....   

Untuk lebih banyak bahan, anda boleh masukkan batang saderi dan carot .
  
                

Resepi Abah : Sup Belut


Kadang-kadang bila berkelapangan masa dan bila isteri tidak sihat Abah mestilah masuk dapur. Bila abah masuk dapur sekurang-kurangnya dapat menjimatkan perbelanjaan harian. Hari ini saya berkongsi menu ringkas sup belut ala thai.

Bahan-Bahan yang diperlukan.
Belut 2 ekor (saiz sederhana) - 400 gram, bawang putih, bawang besar, halia, minyak masak, cili api, air lemon @ limau nipis, kiub ayam, perencah meggi cukup rasa, batang saderi, tomato, daun ketumbar, daun sup dan garam.


Untuk memudahkan masak, saya kelaskan bahan kepada 3 kumpulan :-

Bahan A
Bawang putih 2 biji
Bawang besar 1 biji
Halia 2 inci
(Tumbuk lumat)
Cili Api 5 biji (Tumbuk bagi pecah shj)


Bahan B
Minyak masak 2 sudu
Air secukupnya
Air lemon botol 1 sudu @ 1/2 biji limau nipis
Kiub ayam
Belut
Perencah Meggi cukup rasa

Bahan C
Batang saderi
Tomato
Daun ketumbar
Daun Sup
Garam


Cara-cara masak
1- Masukkan minyak masak 2 sudu dan tumis bahan A sampai naik bau. 
2- Masukkan air, sedikit air lemon, kiub ayam, belut dan tunggu smpai air mendidih..
3- Last sekali masuk bahan-bahan C, satu persatu dan perasakan dengan sedikit garam dan siap..



Pembedahan Adhesion Colic (Isteri)

Pada 17 September 2016 (Sabtu) jam 2.00 petang isteri menjalani pembedahan  di Hospital Sultanah Bahiyah (Laparoscopic Adhesiolysis + Appendicectomy). Pembedahan di Dewan Bedah Hospital Sultanah Bahiyah ini adalah pembedahan kali ke-6 dan hampir 4 Jam 15 minit penantian yang mendebarkan diluar dewan bedah pada kali ini. Pembedahan kali ini dibuat untuk memisahkan lekatan antara usus dan lekatan pada dinding dalaman kulit (annterior abdominal wall) dengan organ dalaman. 

Pembedahan ini juga dimaklumkan oleh pihak doktor adalah pembedahan apendik kali ke-2 (resembling the stump of the appendix). Agak terkejut juga saya kerana pembedahan apendik sebanyak 2 kali pada seorang manusia. Mungkin ketidaksempurnaan pembedahan apendik Pecah (Appendicectomy - peritonitis) pada 31 Disember 2009 yang lalu menyebabkan bahagian tersebut sentiasa sakit hingga ke hari ini. Pada bahagian tersebut juga mengalami bengkak dan berlaku lekatan pada usus dan dinding kulit.
Alhamdulillah, terima kasih buat doktor dan pihak hospital HSB kerana pembedahan tersebut telah membantu mengurangkan kesakitan pada bahagian badan dan isteri saya dapat membuang najis & kentut seperti biasa di mana sebelum ini beliau amat susah untuk membuang najis & kentut, kadang-kadang berlarutan sehingga 2 minggu.

Tetapi selepas pembedahan isteri saya berasa sangat sakit pada bahagian dan mengalami sesak nafas (kesukaran untuk bernafas). Dan sehingga kini selepas 15 hari pembedahan beliau masih sakit dibahagian dada dan sering kali perlukan bantuan oksigen, di mana kadar oksigen (spO2) dalam badan sentiasa berkurangan (spO2 sekitar 78 hingga 88 shj).