Muat turun percuma Kalender berwarna-warni 2016. Kalender 2016 ini direka grafik oleh NBA Explorer Supplier. Bagi pihak yang ingin menggunakan Kalender 2016 untuk kepentingan tertentu serta bermurah hati untuk memberi kredit kepada syarikat NBA Explorer Supplier sila klik ke www.printing2u.blogspot.my
Discover Kedah 2016 - Where It All Began
Kedah Darul Aman (Abode of Peace) is one of the oldest civilizations in Southeast Asia. Centuries before Borobudur and Angkor Wat… and long before Malacca, Kedah’s Bujang Valley was a thriving trading capital in this part of the world. Before Malaysia became known as ‘Truly Asia’, Kedah was already a destination that was ‘Truly Asia’.
Blessed with unique natural beauty – from mountains, rivers, jungles, paddy fields to islands of ancient myths and legends – there’s so much waiting to be discovered. Aside from nature, Kedah is also home to talented and accomplished people who have contributed to Malaysia’s growth in the areas of arts, literature, music, religion, business, politics and more. Our first and fourth Prime Ministers are also from Kedah.
Fondly known as the “Rice Bowl of Malaysia”, Kedah’s rice plains produce more than half of Malaysia’s homegrown rice supply. It has also seen rapid growth in the high-technology industry to further support the economy of the state.
Rich in history, natural beauty and tradition, it’s time the world fell in love with Kedah – Where it All Began.
Hari Kebangsaan 2015 - #sehatisejiwa
#sehatisejiwa dipilih sebagai tema bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun 2015 ini. Tema #sehatisejiwa dipilih kerana ia mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini.
Mulai tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun. "Ia dilihat sebagai prinsip kesamarataan antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak kerana penggabungan Malaysia yang sebenarnya pada 16 September, dan 31 Ogos hanya melibatkan Semenanjung sahaja.
Ride to Hatyai, Thailand
Pada 30 dan 31 Julai 2015, Ride Jalan-jalan cari makan di Hatyai Thailand. Langkah pertama sekali, tukarkan RM kepada Bath. RM300 = 2700 Bath (RM1 = 8.85 Bath).
Layan Gajah-gajah di Chang Puak Camp, Hatyai
Ride bersama Bro Fauzi Z1000
Sempat singgah minum di Floating Market
Bermacam-macam jenis makanan di Floating market.
Sempat bergambar di Cable Car View Point
Mural bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad di Bandaraya Alor Setar
Mural bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi satu tarikan baru di Bandaraya Alor Setar, Kedah. Wajah Tun Dr Mahathir dilukis pada dinding sebuah bangunan di Jalan Pekan Melayu.
Saya juga berkesempatan untuk mengambil gambar mural tersebut apabila ke Alor Setar, dan kebetulan pada hari tersebut, "right time and right place" ada wartawan TV9 sedang membuat laporan berita. Sempat saya di temuramah oleh TV9 seterusnya muncul di kaca Tv untuk berita TV9 jam 12 tengahari pada 9 Jun 2015.
Sebelum ini, diding di laluan ini kosong dan tiada individu yang mahu mengambil gambar di sini. Selepas mural ini di hiasi dengan gambar hasil seni yang menarik, menyebabkan ianya menjadi salah satu tarikan dan tumpuan di Bandaraya Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Saya juga berkesempatan untuk mengambil gambar mural tersebut apabila ke Alor Setar, dan kebetulan pada hari tersebut, "right time and right place" ada wartawan TV9 sedang membuat laporan berita. Sempat saya di temuramah oleh TV9 seterusnya muncul di kaca Tv untuk berita TV9 jam 12 tengahari pada 9 Jun 2015.
Sebelum ini, diding di laluan ini kosong dan tiada individu yang mahu mengambil gambar di sini. Selepas mural ini di hiasi dengan gambar hasil seni yang menarik, menyebabkan ianya menjadi salah satu tarikan dan tumpuan di Bandaraya Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Bagi saya yang menyebabkan mural ini menarikdan lebih tarikan adalah kerana Wajah Tun Dr Mahathir yang agak besar menghiasi dinding ini, selain dari gambar KLCC & Kereta Proton Saga. Tun Dr Mahathir iaitu Seorang Negarawan Ulung, seorang Bekas Perdana Menteri yang berasal dari Negeri Kedah. Saya juga amat tertarik dan tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar mural idola saya Tun Mahathir ini pada 7 jun 2015 yang lalu.
Salam Israk Mikraj & Selamat Hari Guru 2015
Salam Israk Mikraj
27 Rejab 1436H (16 Mei 2015)
Selamat Hari Guru
"Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak"
(16 Mei 2015 bersamaan 27 Rejab 2015)
(16 Mei 2015 bersamaan 27 Rejab 2015)
Debaran Penantian di Luar Dewan Bedah
Bila dimaklumkan oleh Doktor apabila ahli keluarga terdekat perlu menjalani pembedahan, seribu satu perasaan & pelbagai persoalan timbul. Perasaan takut risau mula muncul dalam hati ini.
Hari ni 18 April 2015 Jam 8.45 pagi di Dewan Bedah Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, anakanda kesayangan Ammar Hakim terpaksa menjalani pembedahan. Doktor suspek Apendix Pecah dan pembedahan terpaksa di segerakan.
Perasaan takut, risau, susah hati dan pelbagai persoalan menyelubungi diri setiap kali penantian di luar Dewan Bedah. Tetapi penantian di Dewan Bedah Hospital Sultanah Bahiyah kali ini ditemani isteri tersayang. Persaan takut, risau dan sedih di kongsi bersama. Apatah lagi zaman sekarang kita masing-masing di temani gajet (Telefon Pintar) masing-masing. Perasaan takut & risau kadang kala hilang buat seketika apabila asyik melayani gajet kita. Melalui pelbagai perisian medium komunikasi, kita boleh berkongsi masalah di alam maya. Doa, sokongan & perhatian dari sanak saudara serta rakan sentiasa menemani serta memberi sokongan moral buat kita.
Penantian di Luar Dewan Bedah di Hospital Sultanah Bahiyah ini adalah kali ke-6. Sebelum ini 5 kali penantian di Dewan Bedah yang sama, menunggu isteri menjalani beberapa pembedahan. Kadang kala menunggu keseorangan luar dewan bedah amat menakutkan seribu satu perasaan & pelbagai persoalan timbul dalam diri.
Sebagai seorang lelaki kita perlu kuat dalam menghadapi segala ujian Allah. Kita perlu yakin & Redo dengan ketentuan Allah. Yakinlah bahawa Allah yang Maha Adil pasti tidak akan menzalimi hamba-Nya. Mugkin apa yang berlaku ada hikmahnya, InsyaAllah. Kita perlu kuat & tabah walaupun kadang kala di satu sudut hati kecil ini berkata " Sometimes, I am really tired to be strong".
Selagi hayat dikandung badan, hidup perlu di teruskan. Setap ujian yang Allah berikan kepada hamba-Nya tidak sama. Setiap ujian beza-beza bagi setiap hamba-Nya. Kita perlu berfikiran positif, mungkin kita antara insan yang terpilih oleh Allah swt untuk menerima ujiannya.
Kesakitan Adhesion Colic
Orang yang mengalami adhesion colic ni akan rasa sakit perut (cramp-like pain) disebabkan kelekatan yang berlaku melibatkan saraf. Simptomnya, perut akan rasa kembung disebabkan oleh small bowel obstruction, rasa loya atau muntah, tidak boleh buang air besar akibat usus tersumbat (intestinal obstruction), jika lebih kritikal najis akan terkeluar dari mulut. Dan yang paling serius jika usus pecah (perforation). Ada juga pesakit yang mengalami semua symptom tersebut diatas secara serentak iaitu muntah, kesakitan dan abdomen menjadi kembung berterusan melebihi 12 jam, maka seharusnya membuat pemeriksaan doktor kerana dikhuatiri mengalami usus tersumbat tanpa disedari. Dalam kes ini usus bukan lagi menyempit tetapi tersumbat sepenuhnya, sehinggakan gas dan makanan tidak boleh bergerak langsung. Ini sudah dikira sebagai musibah kecemasan yang perlu dibawa ke hospital segera dan kemungkinan memerlukan pembedahan segera. Jika tidak, usus boleh pecah atau necrosis dan membusuk di dalam abdomen. Ramai yang terpaksa dihantar ke Jabatan Kecemasan kerana kesakitan yang tidak tertanggung. Setelah didiagnosakan sebagai adhesion colic, doktor akan memberikan suntikan penahan sakit yang agak kuat kesannya spt tramadol, morphine atau pethedine. Untuk mereka yang masih tidak pasti atau masih disyaki sebagai Adhesion Colic , adalah lebih baik untuk melakukan pemeriksaan sehingga kombinasi lengkap ultrasound , ct scan dan juga abdominoscopy ( scop ) untuk membantu mendiagnosis masalah dengan lebih cepat.
Walaubagaimanapun, punca terjadinya adhesion colic adalah disebabkan oleh faktor kesan / komplikasi akibat pembedahan organ dalaman terdahulu. Semakin banyak pembedahan terdahulu di bahagian Abdomen semakin mudah untuk terjadinya kesakitan Adhesion Colic. Contohnya pembedahan di bahagian Abdomen adalah appendicectomy (buang appendix) ataupun Appendicectomy – Peritonitis (Appendix Pecah), Caesarean (Pembedahan Bersalin) dan sebagainya. Masalah yang timbul berlaku apabila tubuh kita memberikan respon yang berlebihan kepada tisu yang luka. Ia adalah proses di luar kawalan. Tiada siapa yang dapat mengawal dan menghalangnya. Sama ada pesakit atau doktor, sama-sama mengharapkan penyembuhan luka berlaku secara natural dan sederhana. Dalam proses penyembuhan (healing proses) yang normal, parut (scar) terbentuk untuk menyambungkan bahagian tisu yang terluka. Parut ini dibentuk dari tisu fibrous. Ia tidak bersifat elastik seperti tisu usus. Maka secara tak langsung ia akan mengganggu fungsi usus itu sendiri. Bahagian yang dipulihkan sebagai parut tidak boleh mengembang ketika makanan bergerak melaluinya. Jika pembentukan parut keterlaluan, ini akan menyebabkan usus itu mengecil atau ‘mencekik’. Ini mengakibatkan makanan dan gas tidak dapat bergerak melalui usus itu. Makanan dan gas yang tidak bergerak akan mengembang dan menyebabkan kesakitan. Abdomen akan menjadi kembung dan menyebabkan muntah dan pesakit tidak boleh kentut lalu menyebabkan usus tersumbat. Pembentukan parut ini juga akan menyebabkan usus akan melekat sesama sendiri. Kedua-dua keadaan ini juga menyebabkan kesakitan melampau yang turut dinamakan sebagai Adhesion Colic.
Selain itu punca terjadinya Adhesion Colic ini juga disebabkan oleh amalan minum pati haruan / gamat. Statistik hasil kajian perubatan ada membuktikan bahawa wanita yang bersalin secara caesarean ni paling berisiko tinggi untuk dapat 'adhesion colic' jika mengamalkan pati haruan atau gamat. 'Adhesion colic' ialah keadaan dimana usus-usus melekat antara satu sama lain akibat daripada pembedahan. Tidak terkecuali bahagian rahim yang melekat dengan organ-organ dalaman. Rahim (uterus) wanita yang mengandung, lalu bersalin (caesarean) lazimnya mengembang membawa kandungan bayi. Selepas bersalin, pastinya rahim itu akan melalui proses penguncupan ke saiz asal dalam tempoh masa semulajadinya sendiri. Dalam proses penguncupan itulah, ramai wanita mengambil pati haruan/gamat di mana yang terlalu awal melangkaui healing proess pada luka akibat dibedah kerana ingin sembuh dalam masa singkat. Banyak terjadi kes-kes admitted ward adalah di kalangan mereka yang asalnya dulu pernah czer tapi ada masalah lain pula untuk di bedah semula seperti dinding rahim dan isi perut melekat antara satu sama lain. Yang paling sedih bila rahim terpaksa dibuang pada usia yang baru 30 tahun sebab rahim rosak teruk. Rosak teruk tu bermaksud organ dalam badan melekat-lekat antara isi dan dinding sampai bersilang-silang. Ada juga yang masih boleh mengandung walaupun dalam keadaan rahim melekat-lekat, tetapi menghadapi komplikasi lain apabila kandungan makin membesar kerana rahim telah hilang sifat elastiknya. Setelah disoal rata-rata mereka mengamalkan minum pati haruan/gamat.
Pengalaman Kisah "Adhesion Colic".
Ini adalah pengalaman pembedahan terdahulu seorang wanita tabah, yang telah melalui pembedahan lebih dari 5 kali pembedahan di bahagian Abdomen. Antara pembedahan tersebut adalah :
1. Pembedahan Bersalin (Caesarean) 27 Disember 2007
2. Pembedahan Batu Hempedu (Open Cholecystectomy + on table cholangiogram + choledocoscope) pada 23 Disember 2009
3. Pembedahan Appendic Pecah (Appendicectomy - peritonitis) pada 31 Disember 2009.
4. Pembedahan Adhesion Colic (Laparotomy and adhesion for adhesion colic secondry to multiple surgery) - ketika mengandung 31 minggu pada - Januari 2013
5. Pembedahan Bersalin (Caesarean) 10 Mac 2013
Ini adalah pengalaman pembedahan terdahulu seorang wanita tabah, yang telah melalui pembedahan lebih dari 5 kali pembedahan di bahagian Abdomen. Antara pembedahan tersebut adalah :
1. Pembedahan Bersalin (Caesarean) 27 Disember 2007
2. Pembedahan Batu Hempedu (Open Cholecystectomy + on table cholangiogram + choledocoscope) pada 23 Disember 2009
3. Pembedahan Appendic Pecah (Appendicectomy - peritonitis) pada 31 Disember 2009.
4. Pembedahan Adhesion Colic (Laparotomy and adhesion for adhesion colic secondry to multiple surgery) - ketika mengandung 31 minggu pada - Januari 2013
5. Pembedahan Bersalin (Caesarean) 10 Mac 2013
Disebabkan kesan pembedahan terdahulu ini, Wanita ini sering kali terpaksa menanggung kesakitan disebabkan Adhesion Colic. Wad Kecemasan adalah tempat terpaksa dicari tatkala mengalami kesakitan. Kadang kala terlintas perasaan malu di hati terhadap kakitangan hospital kerana terlalu kerap mengunjungi Wad Kecemasan. Tatkala berada di hospital amat mengharap Doktor, Pembantu Perubatan, Jururawat memahami & mengetahui masalah pesakit secara lebih terperinci. Sehingga kini Pihak Hospital Pakar masih belum memberi keputusan untuk penyelesaian masalah Adhesion Colic.
Amat sedih sekali apabila Doktor Pakar sendiri memberitahu kepada pesakit "Noting much we can do to help you". Pihak Hospital Pakar hanya mencadangkan untuk menguruskan kesakitan (Pain Managment) Adhesion Colic dengan memberi ubat penahan sakit. Hanya kesabaran, kekuatan dan ketabahan yang diperlukan untuk menanggung kesakitan ini. Mungkin wanita ini adalah antara insan terpilih untuk oleh Allah swt untuk menerima ujian Allah terhadap hambanya. Wanita ini yang dimaksudkan adalah isteri saya sendiri. Saya sentiasa berdoa dan mengharapkan agar isteri saya dapat sembuh dan sihat seperti biasa. InsyaAllah....
Sumber :
* www.sumarz.com
* Pengalaman Hidup
Life Begins at 40
Tarikh 25 Mac 2015 adalah tarikh genapnya umur 40 tahun. Usia kian meningkat dan kini tergolong dalam kumpulan orang-orang veteren. Ada ungkapan dalam bahasa Inggeris yang menyatakan bahawa “life begins at 40”. Yang membawa maksud life begins to be better in one’s middle age. Benarkah demikian? Dalam ajaran Islam sememangnya ada ungkapan usia 40 tahun ini. Ramai tidak sedar dalam Al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini . Dalam surah al-Ahqaf ayat 15 Allah SWT berfirman :
حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)
Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.
Pada ayat yang lain, firman Allah;
أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ
Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)
Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.
Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.
Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.
Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:
“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.
Mengapa umur 40 tahun begitu penting.
Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )
Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.
Marilah kita menggunakan umur kita yg semakin berkurangan ini untuk memdekatkan diri kpd Allah SWT. Maut boleh datang pada bila-bila masa. Apabila sampai kematian kita, ribuan penyesalan tidak akan berguna lagi.
Semuga Allah mengurniakan taufik dan hidayah kpd kita untuk beramal yang terbaik.
Rumah Penginapan Persekutuan - Penginapan Murah bagi Kakitangan Kerajaan
Sebenarnya bagi kakitangan kerajaan terdapat satu keistimewaan apabila kita bercuti kita akan mendapat satu keistimewaan iaitu kadar penginapan yang murah. Rasanya tidak ramai yang tahu akan keistimewaan ini dan tidak tahu bagaimana hendak membuat tempahan. Kadar penginapan yang murah itu adalah serendah RM 25 untuk bilik standard. Harga ini memang amat berbaloi sekali. Bagi penginapan sebuah apartment 3 bilik pula kadar penginapan termurah adalah serendah RM 50.00. Namun begitu kadar penginapan ini berbeza antara sesuatu tempat dan juga jenis penginapan.
Rumah Peranginan Persekutuan ini diuruskan oleh Seksyen Pengurusan Rumah Peranginan, Bahagian Pengurusan Hartanah, JPM. Untuk memohon Rumah Penginapan ini kita perlu membuat tempahan & pembayaran secara online di Laman Web Rumah Peranginan Persekutuan (http://peranginan.bph.gov.my/)
Rumah Peranginan Persekutuan Port Dickson
Rumah Peranginan Persekutuan Morib
Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser
Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands
Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Langkawi - Federal Villa
Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir
Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pinang
RUMAH PENGINAPAN PERSEKUTUAN (RP) PULA TERLETAK DI 8 LOKASI IAITU :
Rumah Penginapan Tanjung Tuan
Rumah Penginapan Cameron Highlands
Rumah Penginapan Bukit Fraser (The Lodge)
Rumah Penginapan Labuan
Rumah Penginapan Singapura
Rumah Penginapan London (York House)
Rumah Penginapan London (Hyde Park Gate)
Rumah Penginapan London (Transit House)
RUMAH TRANSIT 1 LOKASI IAITU :
Rumah Transit Putrajaya
KKKA, Jln Duta, Kuala Lumpur
KKKA, Jln U-Than, Kuala Lumpur
KKKA, KIK Tnjng Kupang, Johor
Transit RP Labuan
Rumah peranginan dan penginapan ini seperti goreng pisang panas, menjadi rebutan dan sentiasa penuh dan kita perlu menempah lebih awal dari tarikh percutian yang dirancang.
Selamat bercuti sambil melancong bersama keluarga....
Posted by
Faisal59
at
15 March 2015
9:01 PM
1 comments
Labels:
Malaysiaku Gemilang,
Pendidikan,
Rumah Peranginan Persekutuan
Subscribe to:
Posts (Atom)