Stadium Mini Padang Terap ; Minat dan Tanggungjawab

"Ada seorang lelaki yang membuang dahan pohon yang menghalani jalan, lalu ia berkata, "Demi Allah, aku akan singkirkan dahan ini agar tidak mengganggu dan menyakiti kaum muslimin," maka Allah pun memasukkannya ke syurga," (HR Muslim).

Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih dan segar merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia.

Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, kita boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan. Aktiviti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan meningkatkan tahap kesihatan kita.

Bersama-sama kita menghargai kebersihan & menerapkan budaya mementingkan kebersihan persekitaran dalam diri setiap ahli masyarakat.

Hari ni membuat senaman sambil membersihkan kawasa Mini Stadium Padang Terap. Tanggungjawab yang digalas perlu dilaksanakan dengan sebaiknya, mengikut kemampuan yang ada. InsyaAllah


Sayangi dan hargai kemudahan yang kita ada.