Video Pendek NIN DIA PADANG TERAP muncul Naib Johan Negeri Kedah 2021

Video Pendek berjudul NIN DIA PADANG TERAP (SK Padang Terap) ini telah muncul NAIB JOHAN PERTANDINGAN VIDEO PENDEK KREATIF “MaiReka” 2021 Peringkat Negeri Kedah.

Video Pendek NIN DIA PADANG TERAP memaparkan keunikan yang terdapat di Negeri Kedah, iaitu di Daerah Padang Terap. Keindahan di Tasik Pedu merupakan salah satu keunikan yang terdapat di Daerah Padang Terap. Selain itu di Padang Terap tedapat pelbagai jenis makan yang menarik dan salah satunya adalah Menu Nasi Butter Lamb Shank yang terdapat di De Jard Kitchen Kuala Nerang.

Video ini dihasilkan oleh SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG TERAP untuk PERTANDINGAN VIDEO PENDEK KREATIF “MaiReka” 2021. Pertandingan Video Pendek Kreatif ini dianjurkan oleh Kedah Digital Centre sempena dengan Program #Mydigitalmaker Virtual Fair “MaiReka” Peringkat Negeri Kedah 2021.
Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah PERTANDINGAN VIDEO PENDEK KREATIF #MYDIGITALMAKER VIRTUAL FAIR NEGERI KEDAH 2021. Perasmian penutup & penyampaian hadiah disempurnakan oleh YB Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor (Menteri Besar Kedah).


#Mydigitalmaker
#UniknyaNegeriku
#PadangTerapDalamDoaku
#SkPadangTerap

Drama Pendek "Jangan Tapau Cita-citaku" muncul NAIB JOHAN Peringkat Negeri Kedah

Alhamdulillah.. Video "Jangan Tapau Cita-citaku" dicalonkan mewakili Kedah untuk ke peringkat Kebangsaan. Video kali ini lebih menyeluruh.. bertindak sebagi Penulis Skrip, Juru Kamera, Suntingan Video, Pengarah & Pelakon Tambahan.

Video berjudul "Jangan Tapau Cita-citaku" telah muncul NAIB JOHAN peringkat Negeri Kedah dan dicalonkan untuk mewakili Kedah ke peringkat kebangsaan. Video Pendek ini bertemakan Kempen Pengambilan Air Kosong Dalam Kalangan Murid Sekolah.

Video pendek berdurasi 3 minit ini mengisahkan tiga orang anak muda Hajid, Danish & Azriei yang sangat berminat dalam sukan bola sepak dan bercita-cita tinggi  untuk menjadi seorang bintang bola sepak suatu hari nanti. Mereka sering menjalani latihan bola sepak bersama-sama dan sentiasa mengamalkan pengambilan air kosong, Azriel tetapi tidak mengamalkan gaya hidup sihat, di mana dia amat gemar minuman bergas setiap kali sesi latihan bola sepak.

Lakonan :
Muhammad Hajid bin Khairi (Hajid)
Azriel Zafran bin Aziyusnizam (Azriel)
Muhammad Danish Iqram bin Shahril (Danish)
En Mohamed Faisal bin Abdullah (Coach)

Skrip, Suntingan & Arahan oleh : Mohamed Faisal bin Abdullah

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG TERAP
#murahmudahsihat

Tok Guru Pak Teh Mad telah kembali ke rahmatullah 15 Sept 2021

إنا لله وإنا إليه راجعون اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه

Berita duka dari bumi Padang Terap, Kedah Darul Aman.
Salah seorang pasak bumi Kedah telah kembali Kerahmatullah.
Tuan Guru Dato' Hj Ahmad (Pak Teh Mad) Kuala Nerang Kedah.Malaysia.

Pengasas Pondok Ahmadiah Negeri Kedah.
Meninggal Jam 12.57am 15/09/2021 -8 Safar 1443. 

Hilanglah permata yg paling berharga bagi kami penduduk Padang Tetap, Kedah. Semoga Allah SWT mengampuni dosa dosanya Dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.


SKPT Johan Olahraga MSSD Padang Terap 2020

Kenangan manis 2020... SKPT mencipta sejarah menjuari Kejohanan Olahraga MSSD Padang Terap 2020. Kejohanan olahraga MSSD 2020 diadakan pada 9 - 11 Februari 2020 lalu bertempat di Stadium Darulaman. Kontijen Olahraga SKPT berjaya mengumpul 6 Pingat Emat, 4 Pingat Perak & 2 Pingat Gangsa. 

Program pembangunan yang dijalankan secara sederhana dalam tempoh 3 tahun akhirnya berjaya membuahkan hasil. Tahniah buat semua rakan guru yang terlibat dalam Kontijen Olahraga SKPT 2020 serta para Jurulatih Akademi Bola Sepak SKPT. Hampir kesemua atlit lelaki adalah dari program Akademi Bola Sepak SKPT yang mula latih pada tahun 2018.


Sentiasa Redho dengan Takdir Ilahi

Setiap daripada kita pasti akan diuji den ujian yang berbeza-beza. Allah dah beritahu bahawa kita semua diuji berdasarkan apa yang kita mampu. Dalam hidup ini, Allah akan berikan setiap ujian berdasarkan kapasiti kemampuan kita. 

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al Baqarah 2:286)

Sebagai hambanya kita harus redho dengan setiap ujian yang Allah tentukan. InsyaAllah

Sesiapa yang ditimpa sesuatu musibah perlu diingatkan supaya bersangka baik dengan Allah, memperbanyakkan doa, berikhtiar, bertawakal dan bersabar. Rasulullah SAW mengingatkan kepada kita semua supaya sentiasa bersabar, berusaha mengubati penyakit dan bertawakal selepas segala ikhtiar dilaksanakan.

Nasihat untuk diri sendiri : 
You never know how strong you are, until being strong is the ONLY choice you have

Sebagai hambanya kita harus redho dengan setiap ujian yang Allah tentukan .... InsyaAllah