Debaran Penantian di Luar Dewan Bedah

Bila dimaklumkan oleh Doktor apabila ahli keluarga terdekat perlu menjalani pembedahan, seribu satu perasaan & pelbagai persoalan timbul. Perasaan takut risau mula muncul dalam hati ini.

Hari ni 18 April 2015 Jam 8.45 pagi di Dewan Bedah Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, anakanda kesayangan Ammar Hakim terpaksa menjalani pembedahan. Doktor suspek Apendix Pecah dan pembedahan terpaksa di segerakan.

Perasaan takut, risau, susah hati dan pelbagai persoalan menyelubungi diri setiap kali penantian di luar Dewan Bedah. Tetapi penantian di Dewan Bedah Hospital Sultanah Bahiyah kali ini ditemani isteri tersayang. Persaan takut, risau dan sedih di kongsi bersama. Apatah lagi zaman sekarang kita masing-masing di temani gajet (Telefon Pintar) masing-masing. Perasaan takut & risau kadang kala hilang buat seketika apabila asyik melayani gajet kita. Melalui pelbagai perisian medium komunikasi, kita boleh berkongsi masalah di alam maya. Doa, sokongan & perhatian dari sanak saudara serta rakan sentiasa menemani serta memberi  sokongan moral buat kita.

Penantian di Luar Dewan Bedah di Hospital Sultanah Bahiyah ini adalah kali ke-6. Sebelum ini 5 kali penantian di Dewan Bedah yang sama, menunggu isteri menjalani beberapa pembedahan. Kadang kala menunggu keseorangan luar dewan bedah amat menakutkan seribu satu perasaan & pelbagai persoalan timbul dalam diri.

Sebagai seorang lelaki kita perlu kuat dalam menghadapi segala ujian Allah. Kita perlu yakin & Redo dengan ketentuan Allah. Yakinlah bahawa Allah yang Maha Adil pasti tidak akan menzalimi hamba-Nya. Mugkin apa yang berlaku ada hikmahnya, InsyaAllah. Kita perlu kuat & tabah walaupun kadang kala di satu sudut hati kecil ini berkata " Sometimes, I am really tired to be strong".

Selagi hayat dikandung badan, hidup perlu di teruskan. Setap ujian yang Allah berikan kepada hamba-Nya tidak sama. Setiap ujian beza-beza bagi setiap hamba-Nya. Kita perlu berfikiran positif, mungkin kita antara insan yang terpilih oleh Allah swt untuk menerima ujiannya. 

Kesakitan Adhesion Colic

Orang yang mengalami adhesion colic ni akan rasa sakit perut (cramp-like pain) disebabkan kelekatan yang berlaku melibatkan saraf. Simptomnya, perut akan rasa kembung disebabkan oleh small bowel obstruction, rasa loya atau muntah, tidak boleh buang air besar akibat usus tersumbat (intestinal obstruction), jika lebih kritikal najis akan terkeluar dari mulut. Dan yang paling serius jika usus pecah (perforation). Ada juga pesakit yang mengalami semua symptom tersebut diatas secara serentak iaitu muntah, kesakitan dan abdomen menjadi kembung berterusan melebihi 12 jam, maka seharusnya membuat pemeriksaan doktor kerana dikhuatiri mengalami usus tersumbat tanpa disedari. Dalam kes ini usus bukan lagi menyempit tetapi tersumbat sepenuhnya, sehinggakan gas dan makanan tidak boleh bergerak langsung. Ini sudah dikira sebagai musibah kecemasan yang perlu dibawa ke hospital segera dan kemungkinan memerlukan pembedahan segera. Jika tidak, usus boleh pecah atau necrosis dan membusuk di dalam abdomen. Ramai yang terpaksa dihantar ke Jabatan Kecemasan kerana kesakitan yang tidak tertanggung. Setelah didiagnosakan sebagai adhesion colic, doktor akan memberikan suntikan penahan sakit yang agak kuat kesannya spt tramadol, morphine atau pethedine.  Untuk mereka yang masih tidak pasti atau masih disyaki sebagai Adhesion Colic , adalah lebih baik untuk melakukan pemeriksaan sehingga kombinasi lengkap ultrasound , ct scan dan juga abdominoscopy ( scop ) untuk membantu mendiagnosis masalah dengan lebih cepat.

 Walaubagaimanapun, punca terjadinya adhesion colic adalah disebabkan oleh faktor kesan / komplikasi akibat pembedahan organ dalaman terdahulu. Semakin banyak pembedahan terdahulu di bahagian Abdomen semakin mudah untuk terjadinya kesakitan Adhesion Colic. Contohnya pembedahan di bahagian Abdomen adalah appendicectomy (buang appendix) ataupun Appendicectomy – Peritonitis (Appendix Pecah), Caesarean (Pembedahan Bersalin)  dan sebagainya.  Masalah yang timbul berlaku apabila tubuh kita memberikan respon yang berlebihan kepada tisu yang luka. Ia adalah proses di luar kawalan. Tiada siapa yang dapat mengawal dan menghalangnya. Sama ada pesakit atau doktor, sama-sama mengharapkan penyembuhan luka berlaku secara natural dan sederhana. Dalam proses penyembuhan (healing proses) yang normal, parut (scar) terbentuk untuk menyambungkan bahagian tisu yang terluka. Parut ini dibentuk dari tisu fibrous. Ia tidak bersifat elastik seperti tisu usus. Maka secara tak langsung ia akan mengganggu fungsi usus itu sendiri. Bahagian yang dipulihkan sebagai parut tidak boleh mengembang ketika makanan bergerak melaluinya. Jika pembentukan parut keterlaluan, ini akan menyebabkan usus itu mengecil atau ‘mencekik’. Ini mengakibatkan makanan dan gas tidak dapat bergerak melalui usus itu. Makanan dan gas yang tidak bergerak akan mengembang dan menyebabkan kesakitan. Abdomen akan menjadi kembung dan menyebabkan muntah dan pesakit tidak boleh kentut lalu menyebabkan usus tersumbat. Pembentukan parut ini juga akan menyebabkan usus akan melekat sesama sendiri. Kedua-dua keadaan ini juga menyebabkan kesakitan melampau yang turut dinamakan sebagai Adhesion Colic.

Selain itu punca terjadinya Adhesion Colic ini juga disebabkan oleh amalan minum pati haruan / gamat. Statistik hasil kajian perubatan ada membuktikan bahawa wanita yang bersalin secara caesarean ni paling berisiko tinggi untuk dapat 'adhesion colic' jika mengamalkan pati haruan atau gamat. 'Adhesion colic' ialah keadaan dimana usus-usus melekat antara satu sama lain akibat daripada pembedahan. Tidak terkecuali bahagian rahim yang melekat dengan organ-organ dalaman. Rahim (uterus) wanita yang mengandung, lalu bersalin (caesarean) lazimnya mengembang membawa kandungan bayi. Selepas bersalin, pastinya rahim itu akan melalui proses penguncupan ke saiz asal dalam tempoh masa semulajadinya sendiri. Dalam proses penguncupan itulah, ramai wanita mengambil pati haruan/gamat di mana yang terlalu awal melangkaui healing proess pada luka akibat dibedah kerana ingin sembuh dalam masa singkat. Banyak terjadi kes-kes admitted ward adalah di kalangan mereka yang asalnya dulu pernah czer tapi ada masalah lain pula untuk di bedah semula seperti dinding rahim dan isi perut melekat antara satu sama lain. Yang paling sedih bila rahim terpaksa dibuang pada usia yang baru 30 tahun sebab rahim rosak teruk. Rosak teruk tu bermaksud organ dalam badan melekat-lekat antara isi dan dinding sampai bersilang-silang. Ada juga yang masih boleh mengandung walaupun dalam keadaan rahim melekat-lekat, tetapi menghadapi komplikasi lain apabila kandungan makin membesar kerana rahim telah hilang sifat elastiknya. Setelah disoal rata-rata mereka mengamalkan minum pati haruan/gamat.

Pengalaman Kisah "Adhesion Colic".
Ini adalah pengalaman pembedahan terdahulu seorang wanita tabah, yang telah melalui pembedahan lebih dari 5 kali pembedahan di bahagian Abdomen. Antara pembedahan tersebut adalah :
1. Pembedahan Bersalin (Caesarean) 27 Disember 2007
2. Pembedahan Batu Hempedu (Open Cholecystectomy + on table cholangiogram + choledocoscope) pada 23 Disember 2009
3. Pembedahan Appendic Pecah (Appendicectomy - peritonitis) pada 31 Disember 2009.
4. Pembedahan Adhesion Colic (Laparotomy and adhesion for adhesion colic secondry to multiple surgery) - ketika mengandung 31 minggu pada - Januari 2013
5. Pembedahan Bersalin (Caesarean) 10 Mac 2013

Disebabkan kesan pembedahan terdahulu ini, Wanita ini sering kali terpaksa menanggung kesakitan disebabkan Adhesion Colic. Wad Kecemasan adalah tempat terpaksa dicari tatkala mengalami kesakitan. Kadang kala terlintas perasaan malu di hati terhadap kakitangan hospital kerana terlalu kerap mengunjungi Wad Kecemasan. Tatkala berada di hospital amat mengharap Doktor, Pembantu Perubatan, Jururawat memahami & mengetahui masalah pesakit secara lebih terperinci. Sehingga kini Pihak Hospital Pakar masih belum memberi keputusan untuk penyelesaian masalah Adhesion Colic.

Amat sedih sekali apabila Doktor Pakar sendiri memberitahu kepada pesakit "Noting much we can do to help you". Pihak Hospital Pakar hanya mencadangkan untuk menguruskan kesakitan  (Pain Managment) Adhesion Colic dengan memberi ubat penahan sakit. Hanya kesabaran, kekuatan dan ketabahan yang diperlukan untuk menanggung kesakitan ini. Mungkin wanita ini adalah antara insan terpilih untuk oleh Allah swt untuk menerima ujian Allah terhadap hambanya. Wanita ini yang dimaksudkan adalah isteri saya sendiri. Saya sentiasa berdoa dan mengharapkan agar isteri saya dapat sembuh dan sihat seperti biasa. InsyaAllah....
Sumber : 
* www.sumarz.com
* Pengalaman Hidup