Apabila disebut tentang Data Online ini saya melalui pengalaman saya sendiri ketika mendapatkan GL ketika menguruskan kemasukan isteri di Hospital Sultanah Bahiyah, di mana pihak hospital memaklumkan maklumat online berkaitan keluarga tiada dalam pengkalan data. Pegawai Hospital berkenaan memberitahu saya kebanyakkan guru tidak mempunyai maklumat data yang lengkap, seolah-olah guru-guru tidak mengisi data tersebut. Dengan perasaan yang agak marah, saya menegaskan kepada pegawai berkenaan bahawa kami guru-guru sentiasa mengemaskini data peribadi setiap tahun.
Kebanyakkan Guru menyangkakan Maklumat Data Emis yang dikemaskini setiap tahun itu adalah data yang digunakan secara menyeluruh oleh semua kementerian. Data Emis yang tersebut hanyalah untuk kegunaan online Kementerian Pelajaran Malaysia dan tidak untuk seluruh kementerian. Sebenarnya Data yang diguna pakai secara online bagi tujuan mendapatkan GL di hospital adalah dari Data HRMIS.
Data HRMIS ini perlu diisi sendiri oleh setiap Penjawat Awam. Segala maklumat berkaitan Data Peribadi, Ahli Keluarga, Sejarah Perkhidmatan, Pendidikan dan sebagainya perlu di isi secara lengkap oleh setiap individu. Data Hrmis adalah data online bagi memudah penjawat awam dalam beberapa urusan. Hrmis One ini memudahkan Penjawat Awam untuk mendapatkan GL bagi urusan hospital di mana kita tidak perlu membawa GL dari pihak sekolah/majikan. Penjawat Awam boleh terus mencetak secara online di hospital berkenaan sekiranya Maklumat Diri Anda telah anda kemaskini.

Oleh itu di sini saya kongsikan sedikit maklumat Manual Panduan Mengisi Data HRMIS.
Panduan mengisi Data HRMIS
(Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia)
Sila klik ke http://hrmisone.eghrmis.gov.my. Sila masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan seperti dimaklumkan oleh Pihak Pentadbir/Guru Data @ Majikan Anda.
Selepas Log In, anda perlu menukar Kata Laluan (Kata laluan terdiri dari Abjad dan Nombor, Contohnya ADAM1234).
* Bagi Aplikasi HRMIS sila gunakan Internet Explorer sahaja
Sila klik pada "Pengurusan Rekod Peribadi"
Klik pada "Rekod Peribadi"
Klik pada "Kemaskini Rekod Peribadi"
Klik pada maklumat di atas bagi memasukkan maklumat berkaitan
* Klik pada gambar bagi membesarkan saiz gambar.