Skuad B11 SK Padang Terap 2018 adalah pasukan TERBAIK dalam sejarah sukan Bola Sepak SK Padang Terap. Skuad B11 SK Padang Terap mendapat tempat Ketiga Kebangsaan "MAHKOTA FOOTBALL CHAMPIONSHIP" Sekolah-sekolah Kluster Peringkat Kebangsaan 2018 yang diadakan di SK Mahkota Sari, Gerik, Perak. Pencapaian Tempat Ketiga Peringkat Kebangsaan ini adalah pencapaian yang cukup cemerlang dalam sejarah sepanjang berkecimpung dalam sukan bola sepak di sekolah rendah.
Video ini dedikasi khas buat para pemain hebat SKPT & Para Guru serta Jurulatih…. untuk disimpan dalam diari kehidupan sebagai satu kenangan yang terindah dalam sukan bola sepak di alam sekolah rendah.
Para guru & Jurulatih Akademi Bola Sepak SKPT mendoakan agar para pemain berjaya di alam sekolah menengah seterusnya keperingkat yang lebih tinggi suatu hari nanti…InsyaAllah
Anda semua adalah pemain yang hebat dari pasukan terbaik dalam Sejarah Bola Sepak SK Padang Terap....Cikgu amat berbangga atas pencapaian hebat ini
Rekod Pengajaran dan pembelajaran boleh disediakan dalam apajua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa (Surat-Pekeliling-Iktisas-Bil-3_1999).
Video Toturial ini menunjukkan bagaimana untuk membuat QR CODE untuk Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) & DSKP bagi memudahkan urusan para guru di mana pengunaan QR CODE lebih mudah dan menjimatkan.
Projek DIY ini adalah satu pengalaman pertama membuat Porch Kereta untuk 2 buah kenderaan yang bersaiz 20 kaki x 15 kaki serta ketinggian 10 kaki.
Projek DIY seperti ini dapat menjimatkan kos upah sesuatu projek. Di sini saya kongsikan cara-cara dan pengiraan kos untuk membuat Poch untuk 2 buah kenderaan.
Semoga video ini dapat memberi sedikit input buat rakan-rakan yang ingin mencuba Projek DIY sendiri.
Ini adalah kerangka besi untuk tapak tiang porch. Kos menbuat 4 kerangka besi ini hanya menggunakan 3 Batang besi Y10 dan besi ring. Harga besi Y10 sebatang (40 kaki) adalah sekitar RM20 sebatang. Kos keseluruhan untuk membuat satu tiang porch adalah sekitar 60.00 sahaja.
Ini adalah kerangka besi untuk tiang porch. Kos untuk membuat 1 kerangka besi ini hanya menggunakan 1 Batang besi Y10 dan besi ring. Harga besi Y10 sebatang (40 kaki) adalah sekitar RM20. Kos keseluruhan untuk membuat satu kerangka tiang adalah sekitar RM23 sahaja. Kos untuk 4 kerangka tiang adalah RM92.00.
Harga sebatang tiang Roma Pillar adalah RM130 (Harga sekaki RM13). Harga untuk 4 batang Roman Pillar adalah RM520
Google Drive ataupun Pendrive Maya ini jarang sekali kita guna, sedangkan kita memiliki akaun gmail. Dengan adanya Google Drive kita boleh mengakses dokumen kita walau di mana kita berada, asalkan ada capaian internet. Moga panduan toturial ringkas ini dapat memberi input buat rakan-rakan semua untuk mencuba guna Google Drive bagi yang belum pernah guna.
Semoga Hari Raya tahun ni disambut meriah meskipun negara kita dilanda penularan Covid-19. Sentiasa utamakan keselamatan dan sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan
Memandang sesi persekolahan masih belum dibuka kerana PKP masih dilanjutkan. Di sini saya kongsikan sedikit Panduan Ringkas penggunaan Google Form bagi menghasilkan Tugasan Murid kita.
Pertama sekali para guru perlu ada Akaun Gmail. Kalau tidak ada akaun Gmail, anda kena "Sign up" untuk dapatkan Akaun Gmail.
Langkah 1 :
Membuat carian GOOGLE FORM pada Carian Google.
Langkah 2 :
Anda perlu login ke Akaun Gmail anda, dan klik pada "Go to Google Form"
Langkah 3 : Klik pada "Template Gallery"
Langkah 4 :
Pilih templete anda. Dicadangkan pilih template Tema Education
Langkah 5 :
Selepas pilih template yang disukai, anda boleh mula membina soalan anda. Untuk maklumat murid, dicadangkan hanya NAMA, KELAS & SEKOLAH sahaja. 3 Maklumat tersebut boleh guna "Short Answer" (rujuk gambar). 3 Maklumat ini mesti tandakan "Riquired".
Langkah 6 :
Anda boleh mula membina soalan anda. Untuk membuat soalan aneka pilihan sili pilih "Multiple Choice" (rujuk gambar).
Langkah 7 :
Setiap soalan yang dihasilkan mesti kita tandakan Jawapan yang BETUL pada "Answer key". Setiap soalan juga boleh diberi penjelasan (Feedback) sekiranya perlu.
Langkah 8 :
Setelah selesai membuat soalan, ada boleh klik pada PRIEVIEW (rujuk gambar) untuk melihat paparan sebenar Tugasan Anda.
Langkah 9 :
Setelah selesai membuat soalan dan yakin dengan soalan tersebut anda perlu klik pada "SETTING". Anda boleh Tick @ Untick pada petak berkenaan.
Langkah 10 :
Seterusnya klik pada Button "SHARE" untuk Copy "LINK" Tugasan Anda. Link tersebut boleh di kongsi pada Group WhatApps sekolah anda. Sebelum anda Kongsi, disarankan untuk membuat "Priview" dan cuba anda menjawab soalan anda terlebih dahulu.
Langkah 11 :
Untuk melihat Analisa Jawapan murid, anda boleh klik pada "Responses". Anda juga boleh melihat analisa dalam format Google Spreadsheet & boleh dimuat turun dalam format MS Excel.
Selamat mencuba...
Mohon maaf seandai terdapat kekurangan dan kesilapan
- Gaulkan bagi masak, kemudian masukan campuran serbuk kari + sedikit air
- Masukkan daun sup yang dipotong halus tadi
- Gaulkan hingga masak
* Inti murtabak ini boleh dibuat banyak dan disimpan didalam peti ais. saya selalu buat 5 @ 6 daging burger dibulan ramadhan ini, supaya mudah dimasak untuk hari berikutnya.
# Cara masak murtabak
- Pecahkan telur didalam mangkuk
- Campurkan 1 sudu @ 2 sudu Inti Murtabak
- Carpurkan bawang besar yang dipotong dadu dan gaulkan
- Letakkan campuran tersebut diatas kulit popia
- Letakkan kepingan cheese di atas campuran inti murtabak tadi
- Lipat popia bersaiz empat segi
- Panaskan murtabak dengan sedikit minyak
- Dah agak garing sikit boleh angkat untuk dimakan
* Kalau guna 2 daging burger..boleh menghasilkan dalam 5 @ 6 biji murtabak
Bahan-bahan :
Ayam (Popcorn Chicken)
Daging burger Ayam (1 keping @ 2 keping)
Carrot
Bawang besar (Potong dadu)
Tomato
Timun
Kobis
Salad
Kulit popia
Mayonis
Sos Thousand Island
Cara penyediaan :
- Gorengkan Ayam Popcorn dengan minyak
- Daging burger Ayam dipotong halus dan dimasak dengan majerin @ sedikit minyak. Setelah masak angkat potongan burger ayam tersebut.
- Potong kecil bawang besar, tomato, timun, kobis & carot
- Campurkan Daging Ayam yangg telah dimasak di balam mangkuk bersama bahan sayuran yang telah dipotong
- Gaulkan bahan tersebut dengan Sos Thousand Islan & Mayonis
- Balutkan bahan yang digaul tadi bersama Ayam Popcorn & Salad di dalam kulit popia
Angah dapat Straight A dalam SPM 2022/23
-
Antara perkara yang indah sebagai seorang ibubapa adalah apabila anak-anak
menghadiahkan pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan.
Alhamdulillah Syuk...
Download Get Smart Year 4 CD and Audio (MP3)
-
[image: https://1drv.ms/u/s!AvMvjZLXLygOnmWFNSdBiYCE412w?e=dl7k9e]
Please find the *Get Smart Year 4 Audio (MP3) and Materials below.*
*Download Get Sm...
Soalan Sains UPSR 2019 E-Bank Soalan
-
Tawaran istimewa kepada murid-murid tahun 6 terutamanya dan semua murid
sekolah rendah yang berminat mendapatkan latih tubi sains UPSR 2019 ,
Soalan T5, ...
PENYELIAAN P&P GURU SAINS
-
*GURU BESAR*
*SK / SJKC / SJKT*
*Negeri KEDAH*
*PENYELIAAN PdP GURU SAINS*
Unit Sains Rendah , Sektor Pengurusan Akademik , Jabatan Pendidikan Negeri ...
Panduan Menulis Kertas Kerja
-
Sedikit panduan menulis kertas kerja...
1. Tajuk hendaklah jelas dan menggambarkan matlamat/objektif program/projek
Nyatakan secara jelas tujuan kertas ke...
Lagu Kadet Bomba MP3
-
Dah lama saya tak menulis kat blog usang nie, mungkin sudah hampir setahun
kot. Mungkin ramai guru-guru penasihat Kadet Bomba dan Penyelamat yang
masih te...
BUTTON BADGE "Program Galakan UPSR"
-
Pemberian Button Badge ini ibarat seperti memberi pangkat kepada murid
setiap kali selepas ujian sebagai satu motivasi kepada murid. Murid yang
mendapat...
Fingo Tiada Kaitan Dengan Boy Iman
-
*Fingo Tiada Kaitan Dengan Boy Iman*
KUALA LUMPUR – Fingo Sdn. Bhd., (Fingo) operator pasaran e-dagang sosial
menafikan pihaknya telah menjalin kerjasama...
Pusat Tuisyen Mudah Skor (Easy Education Centre)
-
PENDAFTARAN SESI 2019
TELAH BERMULA
*PUSAT TUISYEN MUDAH SKOR*
*(EASY EDUCATION CENTRE)*
Pekan Baru Kuala Nerang
(Atas Kedai Chin Hin Kuala Nerang)
013-4...
Selamat Datang
-
Selamat Datang ke
*UPTOWN HOMESTAY KUALA NERANG*
Pekan Kuala Nerang, 06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman
Tel : 013-5336302, 019-5908565,
www.uptownhomesta...
Latar Belakang Homestay Telaga Kabu, Perlis
-
Homestay Telaga Kabu menawarkan perkhidmatan Homestay yang mempunyai ciri
yang berkonsepkan 'Homestay' yang sebenarnya. Alamilah sendiri keindahan
desa da...
Kehidupan Seorang Hamba
-
Member of Kedahblogger
Name (Owner) * Muhammad Shukri Bin Shafie
Blog Title * Kehidupan Seorang Hamba
Blog Description SIMPLE & NOT ENOUGH GOOD AT ALLS...