Showing posts with label Tun Mahathir. Show all posts
Showing posts with label Tun Mahathir. Show all posts

Tun Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh

Tarikh bersejarah Khamis 10 Mei, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh selepas 15 tahun meninggalkan pentas politik. Tun M mencipta sejarah negara sebagai Perdana Menteri yang dilantik buat kali kedua mengikut sistem demokrasi dan Perlembagaan Malaysia. Malah, usia Tun M yang mencecah 93 tahun pada tahun ini menjadi perdana menteri tertua dalam sejarah Malaysia dan dunia.

Beliau sebelum ini dikenali ramai sebagai sebagai Perdana Menteri keempat Malaysia yang menjawat jawatan itu selama 22 tahun iaitu bermula tahun 1981 sehingga tahun 2003.

Tun Mahathir, lelaki yang mempunyai aura hebat ini dilahirkan pada 10 Julai 1925 di di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Kejayaan Tun M kembali memimpin negara juga bersejarah apabila beliau sendiri menjadi watak Utama dalam Pakatan Harapan berjaya menggantikan parti yang pernah beliau pimpin selama 22 tahun iaitu Barisan Nasional yang memerintah sejak mencapai kemerdekaan negara pada tahun 1957.

Pengerusi Pakatan Harapan itu mengetuai gabungan parti komponen terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Amanah, Warisan dan DAP membentuk kerajaan selepas menang majoriti 122 daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Sebagai rakyat Malaysia saya sangat berbangga mempunyai Tun M seorang pemimpin yang sangat hebat, menjadi Perdana Menteri Malaysia 2 kali dalam sejarah. Tetapi sebagai ahli UMNO akar umbi sangat sedih apabila Tun Mahathir bersama musuh politik nombor satunya suatu ketika dahulu ketika bersama UMNO iaitu Lim Kit Siang (DAP), berkerjasama dalam Pakatan Harapan dalam menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional yag ditunjangi oleh parti UMNO pada PRU14 ini.

Semoga Tun Mahathir dapat memikul amanah yang dimandatkan dengan penuh tanggungjawab untuk menerajui negara Malaysia yang dicintai. Semoga Tun M diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur.

Mural bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad di Bandaraya Alor Setar



Mural bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi satu tarikan baru di Bandaraya Alor Setar, Kedah. Wajah Tun Dr Mahathir dilukis pada dinding sebuah bangunan di Jalan Pekan Melayu.

Saya juga berkesempatan untuk mengambil gambar mural tersebut apabila ke Alor Setar, dan kebetulan pada hari tersebut, "right time and right place" ada wartawan TV9 sedang membuat laporan berita. Sempat saya di temuramah oleh TV9 seterusnya muncul di kaca Tv untuk berita TV9 jam 12 tengahari pada 9 Jun 2015.

Sebelum ini, diding di laluan ini kosong dan tiada individu yang mahu mengambil gambar di sini. Selepas mural ini di hiasi dengan gambar hasil seni yang menarik, menyebabkan ianya menjadi salah satu tarikan dan tumpuan di Bandaraya Alor Setar, Kedah Darul Aman.


Bagi saya yang menyebabkan mural ini menarikdan lebih tarikan adalah kerana Wajah Tun Dr Mahathir yang agak besar menghiasi dinding ini, selain dari gambar KLCC & Kereta Proton Saga. Tun Dr Mahathir iaitu Seorang Negarawan Ulung, seorang Bekas Perdana Menteri yang berasal dari Negeri Kedah. Saya juga amat tertarik dan tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar mural idola saya Tun Mahathir ini pada 7 jun 2015 yang lalu.




Tun Dr. Mahathir bin Mohamad di Kuala Nerang


Khamis 25 Mei 2013 Masyarakat Padang Terap amat bertuah kerana Seorang Negarawan Ulung iaitu Yang Berbahagia Tun Dr Mahathir bin Mohamad telah hadir ke Pekan Kuala Nerang. Beliau hadir dan berucap di Majlis Bersama Negarawan Ulung anjuran Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Padang Terap di Dataran Putra Kuala Nerang.

Sedang bersalam sambil memberi hadiah buat Tun Dr Mahathir

Selepas selesai majlis, sempat juga saya bersalaman dengan Idola kesayangan dan sempat menghadiahkan sesuatu buat Tun Dr. Mahathir iaitu sehelai Baju Tshirt  "I Love Kuala Nerang"  berwarna hitam bersaiz L. 

Tun Dr Mahathir sedang melihat hadiah yang dihadiahkan oleh rakyat biasa buat pemimpin tersayang

Tun Dr Mahathir tersenyum sambil mengucapkan terima kasih

Hadiah yang tak seberapa tersebut adalah hadiah dari seorang rakyat biasa buat seorang Negarawan Ulung yang terkenal di mata dunia. Terasa amat puas sekali meskipun hadiah Tshirt yang tak seberapa Tun Dr. Mahathir sudi menerimanya. Agak kecewa jua kerana saya tidak sempat meminta tandatangan beliau pada buku "Doktor Umnum : Memoir Tun Dr. Mahathir Mohamad". InsyaAllah semoga Tun Dr. M panjang umur dan berjumpa lagi.


Masih teringat lagi ketika berkhidmat di Kuala Lumpur sekitar hujung 90an, di mana sering kali juga bersalaman dengan Tun Dr M ketika selepas Solat Jumaat di Masjid Negara. Tun Dr. Mahathir ketika itu adalah Perdana Menteri Malaysia yang sering solat di ruang luar bersebelahan kolam di Masjid Negara dan setiap kali selepas Tun Dr M solat jumaat, pastinya saya tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan beliau. Selepas selesai Solat Jumaat Tun Dr. Mahathir terus menyusur keluar dengan sebuah kereta perdana hitam bernombor pendaftaran 2020 (hanya ingat 2020 sahaja, yang depan tak ingat)


Tun Dr. Mahathir adalah Perdana Menteri Malaysia yang dikenali sebagai Bapa Pembangunan yang telah banyak menyumbang jasa buat seluruh rakyat Malaysia khususnya. Terima kasih buat Tun Dr. Mahathir di atas segala jasa dan sumbangan beliau sepanjang beliau berkhidmat sebagai pemimpin negara kita. Terima kasih sekali lagi buat Tun Dr. Mahathir kerana sudi hadir ke Pekan Kuala Nerang. Saya dan warga Padang Terap merasa bertuah di atas kehadiran Tun Dr M.



Doktor Umun : Memoir Tun Dr. Mahathir Mohamad

Buku "A Doctor In The House" versi Bahasa Melayu dilancarkan pada 30 April lalu selepas hampir setahun dua bulan versi bahasa Inggeris dipasarkan. 

Bertajuk "Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad", buku tulisan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, itu boleh didapati di pasaran dengan harga RM59.90. Bagi kawasan Alor Setar Buku ini boleh di beli Popular Books sekitar Alor Setar. Walaupun agak lambat membeli, perasaan tetap teruja ketika membeli buku ini di Popular Books Tesco Mergong Alor Setar dengan potongan harga 20% bagi Ahli Popular Books. 

Memoir setebal 996 muka surat tersebut diterbitkan MPH Group Publishing mengandungi catatan cukup terperinci dan menyeluruh, menyelusuri sejarah hidup Dr Mahathir daripada kecil sehinggalah kepada kejayaannya membangunkan negara.


Tajuk : Doktor Umum : Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad
Penulis : Tun Dr Mahathir Mohamad
Harga : RM59.90

Sinopsis
Barat menyifatkannya sebagai seorang yang keras kepala, perkauman, anti-Yahudi dan angkuh. Negara membangun bagaimanapun, memandang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai juara wawasan dan pemimpin luar biasa yang menyuntik semangat kepada setiap individu Dunia Ketiga untuk berdiri megah. Bahkan pengkritik beliau yang paling lantang pun tidak dapat menafikan bahawa di sebalik semua ini, Tun Dr Mahathir memberikan negara-negara yang terpinggir keberanian dan menunjukkan jalan ke arah masa depan yang penuh harapan.

Sungguhpun demikian, beliau tidak terlepas daripada kontroversi. Selama 22 tahun memimpin negara, beliau digambarkan sebagai seorang diktator dan juga perangsang. Tidak ramai pemimpin yang berjaya mengubah keseluruhan negara daripada ekonomi agraria kepada kuasa perindustrian dalam tempoh singkat selama dua dekad.

Di sini, dengan ketepatan pembedahan, Dr Mahathir menjejaki susur galur sejarah dan menghalusi peranan beliau sendiri dalam membentuk Malaysia moden.


BIODATA PENULIS
Dalam masa 22 tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad mengubah negaranya daripada sebuah negara pertanian yang mundur kepada sebuah kuasa perindustrian dan negara perdagangan ke-17 terbesar di dunia.

Pencapaian yang mengagumkan itu bagaimanapun, membawa bersamanya kontroversi. Wawasan Dr Mahathir yang luar biasa dan cengkaman kuat beliau ke atas pentadbiran melahirkan musuh dan peminat tegar di dalam dan luar Malaysia. Beliau dilabelkan, sama ada secara tipikal atau paradoksikal, sebagai diktator yang zalim dan ditakuti mahupun sebagai pembela yang memberi ilham, berani dan lantang kepada Dunia Ketiga, Muslim sederhana serta golongan tertindas.

Di setiap persimpangan yang dilaluinya, Dr Mahathir menulis semula hukum dan peraturan. Autobiografi ini menjadi jendela bagi mengintai cara luar biasa beliau berfikir dan bagaimana pemikiran beliau dipengaruhi oleh peristiwa-peristiwa besar dalam sejarah Malaysia, daripada Perang Dunia Kedua dan Perjanjian MacMichael kepada kemerdekaan, perindustrian serta pembentukan Malaysia moden, krisis politik dan kewangan pada akhir 1990-an, serta cabaran abad baru.

Buku ini mendedahkan ciri-ciri yang sebelum ini tidak diketahui mengenai seorang insan yang tidak suka menonjolkan diri, tetapi akhirnya menjadi negarawan yang berani. Buku ini menceritakan politik Malaysia moden melalui kaca mata salah seorang daripada pengukirnya yang agung. Ia bukan untuk meminta pengampunan atau percubaan mempertahankan diri, tetapi pengisahan yang tegas, menambat perhatian dan menarik mengenai bagaimana serta mengapa Dr Mahathir mencatat begitu banyak kejayaan dalam masa yang singkat. Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat dari 1981 hingga 2003. Beliau kini menetap di Kuala Lumpur.



A Doctor in The House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad

Buku yang setebal 844 mukasurat ini mengisahkan perjalanan hidup Tun Mahathir sejak usia mudanya sehinggalah beliau bersara daripada menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Pelbagai kisah peribadi, kontroversi, politik dan cerita kehidupan beliau diabadikan di dalam buku ini.