Showing posts with label Adhesion Colic. Show all posts
Showing posts with label Adhesion Colic. Show all posts

Sentiasa Redho dengan Takdir Ilahi

Setiap daripada kita pasti akan diuji den ujian yang berbeza-beza. Allah dah beritahu bahawa kita semua diuji berdasarkan apa yang kita mampu. Dalam hidup ini, Allah akan berikan setiap ujian berdasarkan kapasiti kemampuan kita. 

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al Baqarah 2:286)

Sebagai hambanya kita harus redho dengan setiap ujian yang Allah tentukan. InsyaAllah

Sesiapa yang ditimpa sesuatu musibah perlu diingatkan supaya bersangka baik dengan Allah, memperbanyakkan doa, berikhtiar, bertawakal dan bersabar. Rasulullah SAW mengingatkan kepada kita semua supaya sentiasa bersabar, berusaha mengubati penyakit dan bertawakal selepas segala ikhtiar dilaksanakan.

Nasihat untuk diri sendiri : 
You never know how strong you are, until being strong is the ONLY choice you have

Sebagai hambanya kita harus redho dengan setiap ujian yang Allah tentukan .... InsyaAllah

Pembedahan Adhesiolysis Isteri Tersayang

Isteri kesayangan saya (Norazreen bt Azmi) telah dimasuk ke Dewan Bedah Hospital SUltanah Bahiyah pada 08 Mac 2020 jam 02:13PM. Pembedahan kali ini adalah pembedahan kali ke-9 dalam sejarah hidupnya yang mengambil masa hampir 6 Jam lebih. Isteri saya selamat dibedah dan keluar dari Dewan Bedah pada jam 08.30PM. 

Isteri saya mengalami masalah Cronic Adhesion Colic, iaitu lekatan Organ Dalaman (terutama usus) dengan Kulit Dalaman (Abdominal Wall). Lekatan yang berpunca dari kesan Multiple Surgery sebelum ni (Banyak kali pembedahan sebelum ni). Dimana usus besar kurang berfungsi x dpt bergerak (Berak & kentut susah). 

Pembedahan Adhesiolysis ini Doktor pisahkan lekatan yg terdapat dlm perut.. agar usus dpt berfungsi & kesakitan (Cronic abnominal pain) dapat diselesaikan.. insyaAllah

Mohon Keluarga, Sanak saudara & rakan2 yg mengenali mendokan agar pembedahan berjalan dengan baik dan semoga pembedahan kali ini diberi penawar penyembuhan dari segala penyakit & kesakitan yang dialami selama ini...
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا
Allāhumma rabban nāsi, adzhibil ba'sa. Isyfi. Antas syāfi. Lā syāfiya illā anta syifā'an lā yughādiru saqaman.

Artinya: Tuhanku, Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan karena Kau adalah penyembuh. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak menyisakan rasa nyeri.

Aaminnn


Sejarah pembedahan isteri di bahagian Abdomen :- 
1. Pembedahan Bersalin (Caesarean) 27 Disember 2007
2. Pembedahan Batu Hempedu (Open Cholecystectomy + on table cholangiogram + choledocoscope) pada 23 Disember 2009.
3. Pembedahan Appendic Pecah (Appendicectomy - peritonitis) pada 31 Disember 2009.
4. Pembedahan Adhesion Colic (Laparotomy and adhesion for adhesion colic secondry to multiple surgery) - ketika mengandung 31 minggu pada - Januari 2013
5. Pembedahan Bersalin (Caesarean)+  Adhesiolysis - 10 Mac 2013
6. Laparoscopic Adhesiolysis + Appendicectomy - 17 Sept 2016
7. Laparoscopic Adhesiolysis - 11 Mac 2019
8. Laparoscopic Adhesiolysis convert to Laparatomy and Transverese colon repair - 8 Mac 2020

Pembedahan Adhesion Colic (Isteri)

Pada 17 September 2016 (Sabtu) jam 2.00 petang isteri menjalani pembedahan  di Hospital Sultanah Bahiyah (Laparoscopic Adhesiolysis + Appendicectomy). Pembedahan di Dewan Bedah Hospital Sultanah Bahiyah ini adalah pembedahan kali ke-6 dan hampir 4 Jam 15 minit penantian yang mendebarkan diluar dewan bedah pada kali ini. Pembedahan kali ini dibuat untuk memisahkan lekatan antara usus dan lekatan pada dinding dalaman kulit (annterior abdominal wall) dengan organ dalaman. 

Pembedahan ini juga dimaklumkan oleh pihak doktor adalah pembedahan apendik kali ke-2 (resembling the stump of the appendix). Agak terkejut juga saya kerana pembedahan apendik sebanyak 2 kali pada seorang manusia. Mungkin ketidaksempurnaan pembedahan apendik Pecah (Appendicectomy - peritonitis) pada 31 Disember 2009 yang lalu menyebabkan bahagian tersebut sentiasa sakit hingga ke hari ini. Pada bahagian tersebut juga mengalami bengkak dan berlaku lekatan pada usus dan dinding kulit.
Alhamdulillah, terima kasih buat doktor dan pihak hospital HSB kerana pembedahan tersebut telah membantu mengurangkan kesakitan pada bahagian badan dan isteri saya dapat membuang najis & kentut seperti biasa di mana sebelum ini beliau amat susah untuk membuang najis & kentut, kadang-kadang berlarutan sehingga 2 minggu.

Tetapi selepas pembedahan isteri saya berasa sangat sakit pada bahagian dan mengalami sesak nafas (kesukaran untuk bernafas). Dan sehingga kini selepas 15 hari pembedahan beliau masih sakit dibahagian dada dan sering kali perlukan bantuan oksigen, di mana kadar oksigen (spO2) dalam badan sentiasa berkurangan (spO2 sekitar 78 hingga 88 shj).


Kesakitan Adhesion Colic

Orang yang mengalami adhesion colic ni akan rasa sakit perut (cramp-like pain) disebabkan kelekatan yang berlaku melibatkan saraf. Simptomnya, perut akan rasa kembung disebabkan oleh small bowel obstruction, rasa loya atau muntah, tidak boleh buang air besar akibat usus tersumbat (intestinal obstruction), jika lebih kritikal najis akan terkeluar dari mulut. Dan yang paling serius jika usus pecah (perforation). Ada juga pesakit yang mengalami semua symptom tersebut diatas secara serentak iaitu muntah, kesakitan dan abdomen menjadi kembung berterusan melebihi 12 jam, maka seharusnya membuat pemeriksaan doktor kerana dikhuatiri mengalami usus tersumbat tanpa disedari. Dalam kes ini usus bukan lagi menyempit tetapi tersumbat sepenuhnya, sehinggakan gas dan makanan tidak boleh bergerak langsung. Ini sudah dikira sebagai musibah kecemasan yang perlu dibawa ke hospital segera dan kemungkinan memerlukan pembedahan segera. Jika tidak, usus boleh pecah atau necrosis dan membusuk di dalam abdomen. Ramai yang terpaksa dihantar ke Jabatan Kecemasan kerana kesakitan yang tidak tertanggung. Setelah didiagnosakan sebagai adhesion colic, doktor akan memberikan suntikan penahan sakit yang agak kuat kesannya spt tramadol, morphine atau pethedine.  Untuk mereka yang masih tidak pasti atau masih disyaki sebagai Adhesion Colic , adalah lebih baik untuk melakukan pemeriksaan sehingga kombinasi lengkap ultrasound , ct scan dan juga abdominoscopy ( scop ) untuk membantu mendiagnosis masalah dengan lebih cepat.

 Walaubagaimanapun, punca terjadinya adhesion colic adalah disebabkan oleh faktor kesan / komplikasi akibat pembedahan organ dalaman terdahulu. Semakin banyak pembedahan terdahulu di bahagian Abdomen semakin mudah untuk terjadinya kesakitan Adhesion Colic. Contohnya pembedahan di bahagian Abdomen adalah appendicectomy (buang appendix) ataupun Appendicectomy – Peritonitis (Appendix Pecah), Caesarean (Pembedahan Bersalin)  dan sebagainya.  Masalah yang timbul berlaku apabila tubuh kita memberikan respon yang berlebihan kepada tisu yang luka. Ia adalah proses di luar kawalan. Tiada siapa yang dapat mengawal dan menghalangnya. Sama ada pesakit atau doktor, sama-sama mengharapkan penyembuhan luka berlaku secara natural dan sederhana. Dalam proses penyembuhan (healing proses) yang normal, parut (scar) terbentuk untuk menyambungkan bahagian tisu yang terluka. Parut ini dibentuk dari tisu fibrous. Ia tidak bersifat elastik seperti tisu usus. Maka secara tak langsung ia akan mengganggu fungsi usus itu sendiri. Bahagian yang dipulihkan sebagai parut tidak boleh mengembang ketika makanan bergerak melaluinya. Jika pembentukan parut keterlaluan, ini akan menyebabkan usus itu mengecil atau ‘mencekik’. Ini mengakibatkan makanan dan gas tidak dapat bergerak melalui usus itu. Makanan dan gas yang tidak bergerak akan mengembang dan menyebabkan kesakitan. Abdomen akan menjadi kembung dan menyebabkan muntah dan pesakit tidak boleh kentut lalu menyebabkan usus tersumbat. Pembentukan parut ini juga akan menyebabkan usus akan melekat sesama sendiri. Kedua-dua keadaan ini juga menyebabkan kesakitan melampau yang turut dinamakan sebagai Adhesion Colic.

Selain itu punca terjadinya Adhesion Colic ini juga disebabkan oleh amalan minum pati haruan / gamat. Statistik hasil kajian perubatan ada membuktikan bahawa wanita yang bersalin secara caesarean ni paling berisiko tinggi untuk dapat 'adhesion colic' jika mengamalkan pati haruan atau gamat. 'Adhesion colic' ialah keadaan dimana usus-usus melekat antara satu sama lain akibat daripada pembedahan. Tidak terkecuali bahagian rahim yang melekat dengan organ-organ dalaman. Rahim (uterus) wanita yang mengandung, lalu bersalin (caesarean) lazimnya mengembang membawa kandungan bayi. Selepas bersalin, pastinya rahim itu akan melalui proses penguncupan ke saiz asal dalam tempoh masa semulajadinya sendiri. Dalam proses penguncupan itulah, ramai wanita mengambil pati haruan/gamat di mana yang terlalu awal melangkaui healing proess pada luka akibat dibedah kerana ingin sembuh dalam masa singkat. Banyak terjadi kes-kes admitted ward adalah di kalangan mereka yang asalnya dulu pernah czer tapi ada masalah lain pula untuk di bedah semula seperti dinding rahim dan isi perut melekat antara satu sama lain. Yang paling sedih bila rahim terpaksa dibuang pada usia yang baru 30 tahun sebab rahim rosak teruk. Rosak teruk tu bermaksud organ dalam badan melekat-lekat antara isi dan dinding sampai bersilang-silang. Ada juga yang masih boleh mengandung walaupun dalam keadaan rahim melekat-lekat, tetapi menghadapi komplikasi lain apabila kandungan makin membesar kerana rahim telah hilang sifat elastiknya. Setelah disoal rata-rata mereka mengamalkan minum pati haruan/gamat.

Pengalaman Kisah "Adhesion Colic".
Ini adalah pengalaman pembedahan terdahulu seorang wanita tabah, yang telah melalui pembedahan lebih dari 5 kali pembedahan di bahagian Abdomen. Antara pembedahan tersebut adalah :
1. Pembedahan Bersalin (Caesarean) 27 Disember 2007
2. Pembedahan Batu Hempedu (Open Cholecystectomy + on table cholangiogram + choledocoscope) pada 23 Disember 2009
3. Pembedahan Appendic Pecah (Appendicectomy - peritonitis) pada 31 Disember 2009.
4. Pembedahan Adhesion Colic (Laparotomy and adhesion for adhesion colic secondry to multiple surgery) - ketika mengandung 31 minggu pada - Januari 2013
5. Pembedahan Bersalin (Caesarean) 10 Mac 2013

Disebabkan kesan pembedahan terdahulu ini, Wanita ini sering kali terpaksa menanggung kesakitan disebabkan Adhesion Colic. Wad Kecemasan adalah tempat terpaksa dicari tatkala mengalami kesakitan. Kadang kala terlintas perasaan malu di hati terhadap kakitangan hospital kerana terlalu kerap mengunjungi Wad Kecemasan. Tatkala berada di hospital amat mengharap Doktor, Pembantu Perubatan, Jururawat memahami & mengetahui masalah pesakit secara lebih terperinci. Sehingga kini Pihak Hospital Pakar masih belum memberi keputusan untuk penyelesaian masalah Adhesion Colic.

Amat sedih sekali apabila Doktor Pakar sendiri memberitahu kepada pesakit "Noting much we can do to help you". Pihak Hospital Pakar hanya mencadangkan untuk menguruskan kesakitan  (Pain Managment) Adhesion Colic dengan memberi ubat penahan sakit. Hanya kesabaran, kekuatan dan ketabahan yang diperlukan untuk menanggung kesakitan ini. Mungkin wanita ini adalah antara insan terpilih untuk oleh Allah swt untuk menerima ujian Allah terhadap hambanya. Wanita ini yang dimaksudkan adalah isteri saya sendiri. Saya sentiasa berdoa dan mengharapkan agar isteri saya dapat sembuh dan sihat seperti biasa. InsyaAllah....
Sumber : 
* www.sumarz.com
* Pengalaman Hidup