This is Kuala Nerang 2020
Selamat Pulang ke Negeri Kedah Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
12 Disimber 2016 bersamaan 12 Rabiul Awwal 1438H, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Tuanku Hajah Haminah berangkat pulang ke Negeri Kedah sempena tamat tempoh lima tahun penggal pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.
Pasukan Bola Sepak Kedah Juara TM Piala Malaysia 2016
Akademi Bola Sepak B12 Padang Terap
(www.akademib12pt.blogspot.my)
Laman Facebook Akademi B12 Padang Terap
www.facebook.com/bolasepaku12
Discover Kedah 2016 - Where It All Began
Kedah Aman Makmur "Bicycle Fun Ride" 2014 (17 Mei 2014)
kedahfunride@gmail.com atau faks ke 04-732 9541
Menara Alor Setar, Kedah Darul Aman
Sempat saya rakamkan beberapa keping gambar dari menara Alor Setar semasa menghadiri majlis Perpisahan Guru Kelab Kebajikan Guru & Staf SK Nami.
Menteri Besar Kedah : Datuk Mukhriz Mahathir
BIODATA RINGKAS
Dato' Paduka Mukhriz bin Mahathir (dilahirkan pada November 1964) ialah anak kelima bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali. Beliau telah pun berkahwin dengan Datin Norjita Zakaria dan dikurniakan empat orang cahaya mata. Antara 2009 dan 2013, beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Selepas Barisan Nasional menguasai Kedah pada pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Kedah ke-11.
Beliau secara berterusan bercakap bagi pihak bapanya mengenai isu perbalahan antara bapanya dan Abdullah Ahmad Badawi. Pada 2006, beliau telah menang majoriti lima undi di dalam pemilihan UMNO Bahagian Kubang Pasu. Beliau mempertahankan bapanya yang telah kalah di dalam pemilihan tersebut dengan mengatakan bahawa terdapat konspirasi yang mahu menjatuhkan bapanya. Beliau mengalami perselisihan faham dengan UMNO selepas beliau memberi komen terhadap ucapan Perdana Menteri bahawa beliau berasa sedikit hampa terhadap Perdana Menteri kerana tidak menawarkan apa-apa perubahan. Walau bagaimanapun, beliau telah memohon maaf di atas ketelanjurannya.
Namun begitu, dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau bertanding untuk kerusi Parlimen Jerlun (P005). Sebelum ini, beliau telah menawarkan diri untuk bertanding kerusi Parlimen Langkawi, tetapi keinginannya telah dibantah oleh 85 daripada 91 cawangan Umno di Langkawi. Tetapi kemudian, banyak pemimpin di Langkawi menyokongnya. Berbeza pula dengan UMNO bahagian Jerlun yang mengalu-alukan beliau untuk bertanding kerusi Parlimen dan mereka berjanji untuk memberi sokongan penuh dalam pilihan raya nanti.
Komuniti Cyber Kuala Nerang

Masjid Zahir مسجد ظاهير

Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah. Bangunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin. Masjid ini dibina pada tahun 1912 atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Tapak masjid ini sebelum pembinaannya adalah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah dari serangan Siam (1821). Rekabentuk masjid ini diilhamkan dari Masjid AZIZI di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Masjid ini dihiasi dengan lima kubah utama sebagai simbol lima Rukun Islam.
Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 15 Oktober 1915 oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat.Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi. Dewan tengahnya (Dewan Sembahyang) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat sebuah kubah. Menara utamanya terletak di bahagian timur laut. Pembinaan masjid ini mengambil masa selama 3 tahun.
Di belakang Masjid Zahir, terdapat Kompleks Bangunan Mahkamah Syariah dan Pusat Pendidikan Asas Kanak-Kanak.Bangunan ini juga terletak berhadapan dengan Balai Nobat dan Istana Pelamin. Masjid ini merupakan antara mercu tanda seni bina negeri Kedah dan antara masjid tercantik di Malaysia.
Pasukan Bola Sepak Kedah Darul Aman
Pasukan Kedah Era awal 90an (1992-1994) ini merupakan pasukan yang berjaya menjuarai Piala Malaysia buat kali ke 2 pada tahun 1993 dan menjadi Naib Juara Piala Malaysia pada tahun 1992. Pasukan kedah pada waktu itu juga berjaya merangkaul kejuaraan Liga Division 2 tahun 1992 & menjuarai Liga Division 1 tahun 1993. Pasukan Kedah pada masa ini dibarisi oleh Radhi Mat Din, Norazam Ishak, Mohd Ramli, K.Ravichandran dan lain-lain serta diperkuatkan lagi oleh 3 orang pemain import yang cukup hebat iaitu Olubunmi Adigun (Nigeria), Peter Nieketien (Nigeria) & Tibor Szaban (Slovakia).Pasukan Kedah mencipta sejarah menjuarai Piala Malaysia buat kali pertama pada tahun 1990 setelah berjaya menewaskan pasukan Singapura (3-1) di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Pasukan Bola Sepak Kedah Era 2007/2008 terus melakar sejarah baru dalam arena bola sepak tempatan di mana berjaya mempertahankan koleksi tiga gelaran iaitu Juara liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia buat musim kedua berturut-turut. Pasukan Kedah pada waktu ini dibarisi oleh ramai pemain muda yang memiliki semangat juang yang tinggi. Antaranya ialah Badrol Bahtiar, Khyril Muhymeen, Thiru, Fauzi (Pak Long), Shafizan, Victor, Sabree Abu dan lain-lain.Pasukan Kedah juga diperkuatkan oleh gandingan mantap 3 orang pemain import yang cukup berpengalaman. Dua permata hitam dari Saint Vincent and the Grenadines iaitu Marlon Alex James & Cornelius Bernard Huggins serta pemain tengah yang licik Nelson San Martin dari Chile.
Kejayaan seperti ini amat ditagih oleh peminat Bola Sepak Kedah pada masa ini. Di harap Pasukan Bola Sepak Kedah dapat menjelma semula Zaman Kegemilangan Bola Sepak Kedah.
Biar Jasa Jadi Kenangan
Yakinkanlah diri sendiriBerjuanglah sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati
Demi sukan mengharung negeri
Biar jasa jadi kenangan
Hijau Kuning lambang kemegahan
Jelapang Padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman
Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah
Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau kuning darahku
Negeri Kedah negeriku
Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah
Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau Kuning darahku
Negeri Kedah negeriku
Negeri Kedah negeriku
Banjir di Daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman ( Nov 2010 )
Di Sekitar pekan Kuala Nerang juga menyebabkan beberapa kawasan Taman Perumahan & Bangunan kedai dinaiki air. Sembilan jalan di Padang Terap juga ditutup kerana ditenggelami air iaitu Jalan Kuala Nerang-Padang Sanai, Jalan Kampung Tanjung-Pokka, Jalan Tualak, Jalan Barokhas-Kuala Nerang, Jalan Semeliang, Jalan Kampung Rambutan, Jalan Kampung Tengah-Kubu, Jalan Kuala Pai dan Jalan Kuala Nerang-Pokok Sena. Jumlah mangsa banjir yang terlibat kali ini melibatkan 3,821 orang.
KEDAH Juara "Double Treble".
Pasukan Bola Sepak Kedah terus melakar sejarah baru dalam arena bola sepak tempatan di mana berjaya mempertahankan koleksi tiga gelaran iaitu Juara liga Super, Piala FA dan Piala Penjaga Gol Terbaik :- Mohd Helmi Eliza Elias (Kedah)
Pemain Pertahanan Terbaik :- Victor Andrag (Kedah)
Pemain Tengah Terbaik:- Mohd Khyril Muhymeen Zambri (Kedah)
Penyerang Terbaik :- Liew Kit Kong (Kuala Muda NAZA)
Pemain Import Terbaik :- Marlon Alex James (Kedah)
Pemain Harapan Terbaik :- Mohd Fadly Baharom (Kedah)
Pemain Paling Bernilai :- Helmi Eliza Elias (Kedah)
Kelab Penyokong Terbaik :- Kelab Penyokong Perak.
Persatuan Bolasepak Terbaik :- Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan.
Jurulatih Terbaik :- Mohd Azraai Khor Abdullah (Kedah)
TAHNIAH kepada Pemain Kedah, Persatuan Bola Sepak Kedah serta seluruh peminat Hijau Kuning yang sentiasa menyokong Pasukan Kedah. Kejayaan ini merupakan satu Hadiah kepada kepada peminat nombor satu iaitu Tuanku Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang menyambut Jubli Emas 50 tahun pemerintahan baginda, dan juga kepada Allahyarham Dato’ Paduka Haji Ahmad Basri serta seluruh Peminat Hijau Kuning yang tidak jemu-jemu memenuhi setiap pelusuk stadium bagi menyokong Pasukan Kedah.
Jubli Emas Pemerintahan Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
15 Julai 2008 maka genaplah 50 pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman. Baginda ditabalkan menjadi Sultan Negeri Kedah Darul Aman pada hari selasa 15 Julai 1958 selepas kemangkatan Almarhum Sultan Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid.
Tuanku Sultan Kedah juga ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Agong Yang Ke-5 pada 21 September 1970 sehingga 20 September 1975. Tuanku Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah juga sebagai seorang Raja berjiwa rakyat, Tuanku Sultan cukup disayangi oleh segenap lapisan masyarakat Negeri Kedah. Baginda juga dikenali sebagai seorang Sultan yang begitu menghargai ulama-ulama sesuai dengan peranan baginda sebagai ketua Agama Islam Negeri Kedah.
Daulat Tuanku!
FA Cup - History
Since its inception in 1990, Selangor has had the distinction of lifting the Cup on four occasions. For the 2007/08 season, 30 teams will vie for the Cup. All teams from the Super League and the Premier League, in addition to the four teams from the FAM Cup.
Past Champions
2008 Kedah - Selangor 3-2
2007 Kedah - Perlis 0-0 (4-2 penalties)
2006 Pahang - Perlis 0-0(4-2 penalties)
2005 Selangor - Perak 4-2
2004 Perak - Terengganu 3-0
2003 Negeri Sembilan - Perlis 2-1
2002 Penang - Perak 1-0
2001 Selangor - Sarawak 1-0
2000 Terengganu - Penang FA 1-1(4-3 penalties)
1999 Kuala Lumpur - Terengganu 0-0(5-3 penalties)
1998 Johor - Sabah 1-0
1997 Selangor - Penang 1-0
1996 Kedah - Sarawak 1-0
1995 Sabah - Pahang 3-1
1994 Kuala Lumpur - Sabah 3-1
1993 Kuala Lumpur - Sabah 2-1
1992 Sarawak - Kuala Lumpur 2-1
1991 Selangor - Perak 1-0
1990 PerakSelangor4-2
Best performing teams
1. Selangor (4)
2. Kuala Lumpur (3)
3. Kedah (3)
4. Perak (2)
5. Sabah (1)
6. Sarawak (1)
7. Terengganu (1)
8. Penang (1)
9. Pahang (1)
10. Johor (1)
11. Negeri Sembilan (1)
Sumber : FAM (www.fam.org.my)
LIRIK LAGU KERAMAT PASUKAN BOLA SEPAK KEDAH
Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati
Demi sukan mengharung negeri
Biar jasa jadi kenangan
Hijau Kuning lambang kemegahan
Jelapang Padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman
Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah
Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau kuning darahku
Negeri Kedah negeriku
Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah
Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau Kuning darahku
Negeri Kedah negeriku
Negeri Kedah negeriku
Download Lagu
KEDAH Juara Piala FA 2008

TAHNIAH kepada Pasukan Bola sepak NEGERI KEDAH DARUL AMAN kerana berjaya mempertahankan kejuaraan Piala FA apabila menewaskan Selangor 3-2 pada perlawanan akhir penuh dramatik di Stadium Shah Alam malam tadi untuk muncul pasukan pertama mempertahankan kejuaraan sejak Kuala Lumpur pada 1993 dan 1994. TAHNIAH Juga kepada seluruh peminat HIJAU KUNING yang sentiasa menyokong Pasukan KEDAH.KEDAH JUARA
Tahniah kepada pasukan bola sepak Negeri Kedah Darul Aman di atas kejayaan merangkul kejuaraan bola sepak Piala Malaysia musim 2006/2007. Keunggulan Kedah mejuarai Piala Malaysia merupakan kejayaan ketiga musim ini sesudah bergelar juara Liga Super dan juara Piala FA, kini kemarau 14 tahun ditamatkan.Tahniah juga kepada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan seluruh peminat Hijau Kuning dalam membantu memartabatkan Negeri Kedah sebagai sebuah negeri yang gemilang.























