15 Julai 2008 maka genaplah 50 pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman. Baginda ditabalkan menjadi Sultan Negeri Kedah Darul Aman pada hari selasa 15 Julai 1958 selepas kemangkatan Almarhum Sultan Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid.
Tuanku Sultan Kedah juga ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Agong Yang Ke-5 pada 21 September 1970 sehingga 20 September 1975. Tuanku Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah juga sebagai seorang Raja berjiwa rakyat, Tuanku Sultan cukup disayangi oleh segenap lapisan masyarakat Negeri Kedah. Baginda juga dikenali sebagai seorang Sultan yang begitu menghargai ulama-ulama sesuai dengan peranan baginda sebagai ketua Agama Islam Negeri Kedah.
Daulat Tuanku!Daulat Tuanku!
0 comments:
Post a Comment