Showing posts with label Bola Sepak. Show all posts
Showing posts with label Bola Sepak. Show all posts
Pasukan B11 SKPT 2018 adalah Pasukan Terbaik Dalam Sejarah Bola Sepak SKPT
Skuad B11 SK Padang Terap 2018 adalah pasukan TERBAIK dalam sejarah sukan Bola Sepak SK Padang Terap. Skuad B11 SK Padang Terap mendapat tempat Ketiga Kebangsaan "MAHKOTA FOOTBALL CHAMPIONSHIP" Sekolah-sekolah Kluster Peringkat Kebangsaan 2018 yang diadakan di SK Mahkota Sari, Gerik, Perak. Pencapaian Tempat Ketiga Peringkat Kebangsaan ini adalah pencapaian yang cukup cemerlang dalam sejarah sepanjang berkecimpung dalam sukan bola sepak di sekolah rendah.
Video ini dedikasi khas buat para pemain hebat SKPT & Para Guru serta Jurulatih…. untuk disimpan dalam diari kehidupan sebagai satu kenangan yang terindah dalam sukan bola sepak di alam sekolah rendah.
Para guru & Jurulatih Akademi Bola Sepak SKPT mendoakan agar para pemain berjaya di alam sekolah menengah seterusnya keperingkat yang lebih tinggi suatu hari nanti…InsyaAllah
Anda semua adalah pemain yang hebat dari pasukan terbaik dalam Sejarah Bola Sepak SK Padang Terap....Cikgu amat berbangga atas pencapaian hebat ini
Toturial Cara Pendaftaran Badan Sukan Secara Online
Posted by
Mohamed Faisal Abdullah
at
23 June 2020
4:57 PM
0
comments
Labels:
Badan Sukan,
Bola Sepak
Kepuasan seorang Jurulatih Sukan
Syukur Alhamdulillah.. Tahun 2019 memberi beberapa kejayaan Cemerlang untuk Bidang Kokurikulum SK Padang Terap. Rasa kepuasan yang tak terhingga sebagai salah seorang yang bertanggungjawab dalam bidang sukan dan sebagai seorang Jurulatih kerana setiap kejayaan adalah hasil penglibatan kita sendiri dalam merangka dan melaksana sendiri program pembangunan ini yang dibantu oleh beberapa Guru & Jurulatih lain yang sentiasa memberi komitmen yang tinggi.
Program pembangunan yang dilaksanakan ini memberi kesan yang baik dalam melahirkan murid yang berdaya saing dan mempunyai semangat juang yang tinggi dalam bidang sukan. Program Akademi bola sepak yang mula di adakan pada Ogos 2017 lalu banyak menghimpun pemain berbakat dan pelari-pelari yang pantas untuk dilatih secara berterusan sebagai persedian menghadapi beberapa kejohanan MSSD Padang Terap.
Kejayaan Cemerlang dimulai dengan Pencapain Cemerlang mendapat Tempat KETIGA KEBANGSAAN di Kejohanan Bola Sepak B11 Sekolah Kluster Peringakat Kebangsaan di SK Mahkota Sari, Grik Perah pada tahun 2018.
Pada Kejohanan Olahraga MSSD Padang Terap. Kontijen Olahraga SKPT Berjaya muncul NAIB JOHAN KESELURUAN dengan mengumpul 5 Emas, 1 Perak & 3 Ganggsa.
Skuad Bola Baling Lelaki SKPT juga telah muncul JOHAN Bola Baling MSSD Padang Terap 2019, di mana semua pemain bola baling adalah pelatih-pelatih dalam Program Akademi Bola Sepak SKPT.
Alhamdulillah pada 18 April 2019, bertempat di Bumi SK Padang Terap, Pasukan Bola Sepek B12 berjaya dinobatkan sebagai JOHAN BOLA SEPAK B12 MSSD Padang Terap buat kali pertama dalam sejarah bola sepak SKPT. Kejayaan Johan Bola Sepak b12 MSSD ini telah mencapai Sasaran yang ditetapkan setelah 3 tahun melaksanakan program ini.
Terima Kasih kepada Semua Pihak yang membantu dan menyokong setiap program pembangunan sukan yang diwujudkan di SK Padang Terap
Pasukan Bola Sepak B12 SKPT mencatat Sejarah Muncul Johan MSSD Padang Terap buat kali pertama dalam Sejarah Bola Sepak SKPT.
Alhamdulillah….. dengan Izin Allah SWT…. SKUAD B12 SK PADANG TERAP muncul JOHAN BOLA SEPAK B12 MSSD PADANG TERAP 2019 pada 18 April 2019 di Bumi SK Padang Terap.
TAHNIAH & TERIMA KASIH buat Pemain SKPT yang mempamerkan semangat juang yang Cukup Tinggi dalam mencapai sebuah kejayaan yang di idamkan.
TAHNIAH & TERIMA KASIH buat Coach Mohd Fairus & Manager Mohamad Shahir dan juga Cikgu Ahmad Ruslan Abdul Rahim
Sekalung penghargaan dan Terima Kasih tak terhingga buat Guru Besar & Rakan Pentadbir, Rakan Guru & Staf serta murid SKPT, Para Ibu Bapa dan Waris atas doa dan sokongan untuk kejayaan 2019
Terima kasih buat Paksu Norman Hassan Ludin antara pengasas Akademi Bola Sepak SKPT & KN Kiara Football Club. Program pembangunan Akademi Bola Sepak SKPT yang dimulai pada Ogos 2017 membuahkan hasil mencapai sasaran untuk JOHAN MSSD B12 2019 dan Juga Penubuhan Kelab Bolasepak KN KIara (Februari 2018) sebagai sebuah badan sukan yang sah dalam membantu Program pembangunan Bola Sepak B12 di peringkat akar umbi dalam Aspek sumbangan Dana Kewangan, Kejurulatihan & Kemudahan Peralatan.
Terima Kasih buat semua Jurulatih yang banyak membantu melatih pemain SKPT. Coach Din My Team, Coach Along (Wan Muhd Hafiz), Coach Mohd Zanbri Nizam, Coach Abdul Hakim, Coach Ammar, Coach Eizas
Skuad Bola Sepak B11 SKPT mendapat tempat Ketiga Mahkota Football Championship Peringkat Kebangsaan 2018.
Skuad B11 SK Padang Terap mendapat tempat Ketiga MAHKOTA FOOTBALL CHAMPIONSHIP Sekolah-sekolah Kluster Peringkat Kebangsaan 2018 yang diadakan di SK Mahkota Sari, Gerik, Perak. Pencapaian Tempat Ketiga Peringkat Kebangsaan ini adalah pencapaian yang cukup cemerlang dalam sejarah sepanjang berkecimpung dalam sukan bola sepak di sekolah rendah.
Kejohanan berlangsung pada 7 - 9 Oktober 2018 ini disertai oleh 15 buah sekolah dari Seluruh Malaysia. Antara sekolah-sekolah yang bertanding ialah :-
Kejohanan berlangsung pada 7 - 9 Oktober 2018 ini disertai oleh 15 buah sekolah dari Seluruh Malaysia. Antara sekolah-sekolah yang bertanding ialah :-
1. SK Mahkota Sari (Perak)
2. SK Jalan Pegoh (Perak)
3. SK Slim River (Perak)
4. SK Seri Kinta (Perak)
5. SK Taman Uda (Kedah)
6. SK Padang Terap (Kedah)
7. SK Bandar Puteri Jaya (Kedah)
8. SK Sena (Perlis)
9. SK Paya (Perlis)
10. SK Seri Tunjong (Perlis)
11. SK Sungai Dua (P. Pinang)
12. SK Bukit Rahman Putera (Selangor)
13. SK Seri Selangor (Selangor)
14. SK Sabak Uni (Johor)
15. SK Sultan Ismail 1 (Kelantan)
SK Padang Terap berjaya mengungguli kumpulan dengan 2 kemenangan dan 1 seri diperingkat kumpulan. Dengan mengumpul 7 mata SKPT layak ke peringkat suku akhir menentang SK Bukit Rahman Putera (Selangor) dan berjaya menundukkan SK Bukut Rahman Putera dengan jaringan 1-0.
Di peringkat Separuh akhir SKPT bertemu SK Bandar Puteri Jaya (kedah). SKPT ketinggalan 1-0 pada babak pertama dan cuba bangkit pada babak kedua dengan memberi tekanan dan asakan kepada pasukan SKBPJ namun gagal mendapatkan gol yang dicari-cari. Penentuan tempat ketiga SKPT menang dengan dengan SK Sabak Uni, Johor (3-0 menang percuma).
Keputusan semua perlawanan SKPT :
Peringkat Kumpulan :
SKPT 4 - 2 SK Seri Selangor (Selangor)
SKPT 2 - 1 SK Jalan Pegoh (Perak)
SKPT 1 - 1 SK Mahkota Sari (Perak)
Johan Group A : Mengumpul 7 Mata
Suku Akhir :
SKPT 1 - 0 SK Bukit Rahman Putra (Selangor)
Separuh Akhir :
SKPT 0 - 1 SK Bandar Puteri Jaya (Kedah)
Penentuan 3/4 :
SKPT 3 - 0 SK Sabak Uni (Johor)
(Menang percuma)
Tahniah buat semua pemain Skuad B11 SK Padang Terap dan terima kasih buat semua jurulatih yang sentiasa mencurahkan ilmu kepada para pemain. Terima kasih juga buat Paksu Norman, Presiden KN Kiara Football Club atas sokongan dan sumbangan kepada Skuad B11 SKPT.
Dan terima kasih buat semua guru-guru dan PIBG serta para waris yang sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaan skud B11 SKPT.
Pencapai tempat KETIGA peringkat kebangsaan ini adalah antara pencapaian terbaik sepanjang penubuhan Akademi Bola Sepak SKPT.
KELAB BOLASEPAK KN KIARA (KN KIARA FOOTBALL CLUB)
Kelab Bolasepak KN Kiara (KN Kiara Football Club) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Sukan secara rasmi dibawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Pendaftaran badan sukan ini dibuat secara Online di laman Web ROSA (Sistem Pendaftaran Maklumat Badan Sukan) https://rosa.kbs.gov.my.
Pendaftaran Kelab Bolasepak KN Kiara ini atas inisiatif dan hasil perbincangan bersama En Norman bin Hasan Ludin selaku pengerusi, bagi tujuan pembangunan bola sepak diperingkat akar umbi di Daerah Padang Terap khususnya. Bertindak sebagi Setiausaha Kelab, saya bertanggungjawab atas semua urusan pendaftaran Kelab Bolasepak KN Kiara, di mana permohonan pendaftaran secara online harus menyediakan pelbagai dokumen-dokumen berkaitan seperti Perlembagaan Kelab, Minit Menyuarat Penaja, Maklumat Jawatankuasa Penaja, surat-surat dan sebagainya.
Kelab Bolasepak KN Kiara diluluskan pada 12 FEBRUARI 2018, bernombor pendaftaran 9289/2018. Buat sementara Kelab Bolasepak KN Kiara ini berpengkalan di Sekolah Kebangsaan Padang Terap, Kedah.
Dengan tertubuhya Kelab Bolasepak KN Kiara ini, pihak kelab akan berusaha untuk membentuk pengurusan kelab yang terbaik bagi meralisasikan halatuju dalam misi kelab dalam mewujudkan satu ekosistem pembangunan bola sepak yang sistematik dan menyeluruh ke arah meningkatkan kuantiti dan kualiti pemain dalam memartabatkan sukan bola sepak di Daerah Padang Terap Khususnya. Pihak kelab akan berusaha mencari Dana dari semua pihak untuk menggerakkan persatuan dan mengadakan pelbagai aktiviti pembangunan bola sepak.
KELAB BOLASEPAK KN KIARA
(KN KIARA FOOTBALL CLUB)
No. Pendaftaran : 9289/2018
Alamat : Sekolah Kebangsaan Padang Terap,
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
Email : knkiarafc@gmail.com Web : knkiarafc.blogspot.my
Telefon :
019-5944575 - Pengerusi
013-5336302 - Setiausaha
Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 Tahun Piala Menteri Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan 2017
Alhamdulillah...selesai satu kejohanan yang cukup memenatkan... tapi memberi satu kepuasan yang tak terhingga. Selaku setiausaha kejohanan 3 minggu dok pulun, akhirnya berjaya dilaksanakan meskipun terdapat sedikit kelemahan. Pertama kali menganjurkan dan melaksanan kejohanan yang besar seperti ini dan kejohanan ini adalah satu pengalaman yang cukup berharga dalam kerjaya perguruan.
Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 Tahun Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2017 Peringkat Kebangsaan berjaya dilaksanakan pada Hari Ahad 26 November 2017 bertempat di Sekolah Kebangsaan Padang Terap. Sebanyak 26 buah pasukan dari Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis menyertai kejohanan sulong bawah 10 tahun ini. Kejohanan ini dikelolakan oleh Akademi Bola Sepak SK Padang Terap, Pejabat Parlimen Padang Terap dan Akedemi B12 Padang Terap.
Pasukan The Fighter dari AT Perlis muncul Johan setelah menundukan pasukan Kenari Kid Langkawi KV melalui penentuan penalti setelah kedua pasukan terikat 0-0 selepas masa permainan tamat. Tahniah dan terima kasih buat semua pasukan yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Bola Sepak B10 Piala Menteri Pendidikan 2017 ini.
Tahniah juga buat jurulatih, pemain dan pengurusan pasukan Akademi Bola Sepak SK Padang Terap (KN Kiara Junior A & KN Kiara Junior B) yang berjaya layak ke peringkat suku akhir.
Terima kasih tak terhingga buat semua Jawatankuasa Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 Tahun Piala Menteri Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2017 yang bertungkus lumus dalam menjayakan kejohanan ini.
Sekalung penghargaan kepada YB Dato' Seri Haji Mahdzir bin Khalid (Menteri Pendidikan Malaysia), yang hadih untuk perasmian penutup dan penyampaian hadiah. Turut hadir YB Dato Hj Badrol Hisham (ADUN K.Nerang merangkap Naib Presiden KFA), Coach Lagenda Kedah Dato' Ahmad Shafiee, Pegawai Daerah Padang Terap, En. Lazit bin Ahmad Ketua Unit Sukan JPN Kedah & En. Abdul Rahman Timbalan PPD Padang Terap serta pegawai-pegawai PPD yang bersama-sama hadir memeriahkan program.
Pihak pengelola sangat menghargai semua pihak yang membantu menyumbang dalam menjayakan kejohanan ini, antaranya Pejabat Parlimen Padang Terap, KN Kiara Enterprise, Atan Barokhas, NBA Explorer Supplier & Caltex Kuala Nerang dan Ganding Jaya Enterprise.
Tabik Spring saya kepada YB Dato' Seri Haji Mahdzir bin Khalid Menteri Pendidikan Malaysia yang sanggup meredah hujan dan padang yang becak berselut untuk menyaksikan perlawanan Akhir Bola Sepak Bawah 10 Tahun Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2017.
Alhamdulillah, rahmat hujan turun sepanjang hari, Selepas YB Dato' Seri melalui dan melihat sendiri keadaan padang yang becak berselut serta dipenuhi takungan air, beliau meluluskan peruntukan RM50,000 bagi membaik pulih padang agar dapat digunakan untuk pelbagai aktiviti sukan diperingkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
Pasukan Bola Sepak SKPT (KN Kiara) berjaya mendapat tempat ketiga di kejohanan bola sepak terbuka bawah 10 tahun
Sepanjang menjadi jurulatih & pengurusan bola sepak dalam dunia pendidikan, pencapapain pada kali ini amat membanggakan dan mengembirakan. Pasukan KN KIARA (SK Padang Terap) telah berjaya mendapat tempat Ketiga Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 Piala YDP PIBG SK Sultan Ahmad Tajuddin. Kejohanan berlansung di SK Sultan Ahmad Tajudin, Jitra Kedah pada Sabtu 23 September 2017 lalu.
Kejohanan Bola Sepak ini adalah Kejohanan Sulong yang disertai oleh Pasukan B10 SKPT dan merupakan pendedahan pertama kepada pemain untuk bermain di luar. Syukur Alhamdulillah Pasukan Bola Sepak SKPT (KN KIARA) mampu bersaing dan berjaya menewaskan beberapa pasukan dan kelab handalan B10 yang jauh lebih berpengalaman, termasuk pasukan-pasukan Akademi Tunas (AT) dari Perlis, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.
Tahniah kepada pemain dan barisan jurulatih, serta terima kasih kepada Paksu Norman & KN Kiara atas sumbangan yang diberikan serta terima kasih juga buat para guru dan waris yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama yang baik.
Bergambar bersama Pasukan AT Kinta Jr (A) sebelum perlawanan suku akhir
KEPUTUSAN PERLAWANAN
Peringkat Kumpulan D
KN KIARA 1 - 1 Fighters B (AT Kangar)
KN KIARA 1 - 0 SKD Wan Kemara
KN KIARA 2 - 1 Kenari Kids Jitra B
* Muncul Johan Kumpulan D (7 Mata)
Pusingan Ke-2
KN KIARA 1 - 0 Kancil FC (B)
Suku Akhir
KN KIARA 0 - 0 Akademi Tunas Kinta Jr (A)
Menang Penalti 3 - 1
Separuh Akhir
KN KIARA 0 - 1 Junior Mutiara FC
Senarai Pasukan yang bertanding pada kejohanan ini -:
1. Akmal Rizal Jr A
2. Akmal Rizal Jr B
3. NJFC A
4. NJFC B
5. Kancil FC A
6. Kancil FC B
7. Kota Setar Junior A
8. Kota Setar Junior B
9. Akademi Tunas Kinta Utara A
10. Akademi Tunas Kinta Utara B
11. The Fighters A (AT Perlis)
12. The Fighters B (AT Perlis)
13. Kenari Kids Jitra A
14. Kenari Kids Jitra B
15. SK Felda Teloi Timur
16. Puteri Jaya Kids Soccer
17. Iskandar FC
18. Iskandar Muda
19. KN KIARA
20. SK Dato Wan Kemara
21. Junior Mutiara FC
22. Kangar Alpha
23. Kangar Beta
24. Kola Kid FC
25. SK Jitra 3
26. Bergema FC
27. TLJ FC
Subscribe to:
Posts (Atom)






























