Showing posts with label Yang Dipertuang Agong. Show all posts
Showing posts with label Yang Dipertuang Agong. Show all posts

Pertabalan Yang Dipertuan Agong ke 14 Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah





Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah telah ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Agong yang ke 14 pada 11 April 2012. Istiadat pertabalan yang buat julung kalinya diadakan di Istana Negara baru, Jalan Duta, yang berdiri megah sebagai lambang pemerintahan Raja Berperlembagaan di Malaysia.
Pertabalan kali ini turut melakar sejarah kerana buat pertama kali Sultan yang sama dilantik semula sebagai Ketua Negara sejak sistem giliran memegang jawatan di kalangan sembilan Sultan dan Raja dipraktikkan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.

Tuanku Abdul Halim pertama kali ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 1970 semasa berusia 42 tahun, dan kini empat dekad kemudian, baginda ditabalkan sekali lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84.
Upacara pertabalan ini yang disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut dirakamkan oleh National Geographic Channel dengan kerjasama Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk penerbitan dokumentari bagi siaran di persada antarabangsa.

Dokumentari pertabalan kali ini menumpukan kepada keunikan dan keistimewaan pelantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk kedua kalinya.

Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku

Yang Di Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam telah diisytihar oleh Majlis Raja-raja sebagai Yang Dipertuan Agong yang baru. Ini bermakna baginda adalah sultan pertama diisytihar sebagai Yang Dipertuan Agong buat kali yang kedua sekaligus sebagai Yang Dipertuan Agong yang ke-14. Sebagai Rakyat Kedah kami amat berbangga atas pengistiharan ini dan sembah tahniah buat Tuanku Sultan.

Walaupun Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim sudah berumur 83 tahun, tapi Tuanku masih sihat lagi. Kalau sebelum ini, baginda pernah diisytihar menjadi Yang Dipertuan Agong ke 5 antara tahun 1970 hingga 1975. Cuma disebabkan panjang usia Baginda, tercipta satu sejarah pelantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sejak kewujudannya pada tahun 1957, Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim menaiki singgahsana takhta negara untuk kali yang kedua.

Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!