Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

Akademi Bola Sepak B12 Padang Terap

Dalam sejarah bola sepak moden, terdapat beberapa faktor utama yang menjadi pemangkin kepada kejayaan program pembangunan bola sepak di sesebuah negara. Antaranya ialah persekitaran semula jadi sukan (natural sport surrounding) yang wujud dalam satu masyarakat yang kemudiannya dioptimumkan melalui program pembangunan bola sepak yang rapi. Ada juga negara yang telah berjaya mewujudkan satu ekosistem tersusun yang dilaksanakan dengan berkesan. Pokok pangkalnya, pendekatan yang diguna pakai oleh kuasakuasa besar bola sepak di dunia adalah pelan jangka panjang yang memakan masa agak lama untuk membuahkan hasil. 

Menyedari hakikat itu, hasil inisiatif guru-guru yang sangat berminat dan berkemahiran dalam bidang bola sepak, berusaha membantu membentuk satu ekosistem pembangunan bola sepak akar umbi yang lebih sistematik dan menyeluruh. Maka cadangan mewujudkan sebuah Akademi Bola Sepak Bawah 12 Tahun Padang Terap telah dihasilkan pada November 2015. 

Objektif utama Akademi Bola Sepak Bawah 12 Tahun ini adalah untuk melahirkan bakat muda bawah 12 tahun yang berkualiti dan konsisten untuk diketengahkan diperingkat yang lebih tinggi dalam membantu sukan bola sepak negara dalam melahirkan pemain bertaraf dunia, seterusnya menjadikan Daerah Padang Terap sebuah daerah yang mempunyai bakat pemain bola sepak yang berkualiti.


DANA PEMBANGUNAN BOLA SEPAK

Pihak Akademi berharap program pembangunan yang telah dilaksanakan ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dalm tempoh masa yang panjang. Pihak kami berharap semua pihak yang bermurah hati untuk memberi sumbangan dan sokongan dalam menjayakan program pembangunan ini, 

Bagi NGO, syarikat-syarikat swasta serta individu yang bermurah hati ingin menyumbang sila hubungi pihak Akademi. Setiap sumbangan yang diberikan oleh semua pihak, kami akan senaraikan setiap nama penyumbang di Laman Web Akademi (www.akademib12pt.blogspot.my) & di Laman Facebook Akademi (www.facebook.com/bolasepaku12) sebagai tanda penghargaan dari pihak kami. 

Kerjasama & Sokongan dari semua pihak amat di harapkan dalam membantu Akademi Bola Sepak B12 Padang Terap, seterusnya dapat melahirkan bakat muda bawah 12 tahun yang berkualiti dan konsisten untuk diketengahkan diperingkat yang lebih tinggi dalam membantu sukan bola sepak negara dalam melahirkan pemain bertaraf dunia.

Sekiranya ada pihak yang bermurah hati ingin membantu Akademi Bola Sepak B12 Padang Terap, anda boleh hubungi 013-5336302.

Laman Blog Akademi Bola Sepak B12 Padang Terap
(www.akademib12pt.blogspot.my)

Laman Facebook Akademi B12 Padang Terap
www.facebook.com/bolasepaku12




Rumah Penginapan Persekutuan - Penginapan Murah bagi Kakitangan Kerajaan

Sebenarnya bagi kakitangan kerajaan terdapat satu keistimewaan apabila kita bercuti kita akan mendapat satu keistimewaan iaitu kadar penginapan yang murah. Rasanya tidak ramai yang tahu akan keistimewaan ini dan tidak tahu bagaimana hendak membuat tempahan. Kadar penginapan yang murah itu adalah serendah RM 25 untuk bilik standard. Harga ini memang amat berbaloi sekali. Bagi penginapan sebuah apartment 3 bilik pula kadar penginapan termurah adalah serendah RM 50.00. Namun begitu kadar penginapan ini berbeza antara sesuatu tempat dan juga jenis penginapan. 

Rumah Peranginan Persekutuan ini diuruskan oleh Seksyen Pengurusan Rumah Peranginan, Bahagian Pengurusan Hartanah, JPM. Untuk memohon Rumah Penginapan ini kita perlu membuat tempahan & pembayaran secara online di Laman Web Rumah Peranginan Persekutuan (http://peranginan.bph.gov.my/)


ANTARA RUMAH PENGINAPAN YANG TERDAPAT DI NEGARA KITA INI ADALAH SEPERTI DI BAWAH :-

Rumah Peranginan Persekutuan Port Dickson
Rumah Peranginan Persekutuan Morib
Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser
Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands
Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Langkawi - Federal Villa
Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir
Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pinang



RUMAH PENGINAPAN PERSEKUTUAN (RP) PULA TERLETAK DI 8 LOKASI IAITU :

Rumah Penginapan Tanjung Tuan
Rumah Penginapan Cameron Highlands
Rumah Penginapan Bukit Fraser (The Lodge)
Rumah Penginapan Labuan
Rumah Penginapan Singapura
Rumah Penginapan London (York House)
Rumah Penginapan London (Hyde Park Gate)
Rumah Penginapan London (Transit House)


RUMAH TRANSIT 1 LOKASI IAITU :
Rumah Transit Putrajaya
KKKA, Jln Duta, Kuala Lumpur
KKKA, Jln U-Than, Kuala Lumpur
KKKA, KIK Tnjng Kupang, Johor
Transit RP Labuan

Rumah peranginan dan penginapan ini seperti goreng pisang panas, menjadi rebutan dan sentiasa penuh dan kita perlu menempah lebih awal dari tarikh percutian yang dirancang.

Selamat bercuti sambil melancong bersama keluarga....

Laman Web Peta Minda Sains

Laman Web Peta Minda Sains ini sedikit sebanyak dapat membantu para guru serta murid bagi lebih memahami Sains Sekolah Rendah. Semua peta minda ini berbentuk E-Book. "E-Book" atau buku elektronik bukanlah satu buku berbentuk fizikal. Buku elektronik adalah buku dalam bentuk digital atau fail komputer dalam format PDF. Ia hanya boleh dibuka dan dicetak oleh program Acrobat Reader.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peta minda telah diakui sangat berkesan digunakan dalam bilik darjah. Ini adalah kerana peta minda yang telah disediakan oleh guru sendiri dan diedarkan kepada murid dengan sendirinya menjadi nota mereka tanpa perlu mereka membuat nota sendiri. Penggunaan LCD serta perisian komputer yang boleh membesarkan paparan di skrin dengan kemudahan "zoom" memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.

Peta minda juga lebih memudahkan anak-anak murid serta anak-anak anda mempelajari, menghafal dan menyemak pelajaran sains sebagai persedian sebelum menduduki peperiksaan UPSR.

Sila klik ke Peta Minda Sains

Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan

Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan bagi Kakitangan Kerajaan
(Cara Nak Print Penyata Gaji Kakitangan Kerajaan)

Sistem ini dilaksanakan selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2010. Perisian yang diperlukan adalah Web browser seperti Internet Explorer (IE) atau FireFox adalah digunakan untuk akses Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan. Untuk memaparkan maklumat penyata gaji bulanan dan penyata gaji tahunan, perisian PDF reader seperti Adobe Reader adalah digunakan.
Capaian masuk ke sistem e-Penyata Gaji & Laporan adalah melalui laman web rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia iaitu www.anm.gov.my. Untuk mengakses, klik laman web Jabatan Akauntan Negara.


Bagi pengguna kali pertama sila klik pada "Pertama Kali Mendaftar" untuk mendaftarkan diri anda terlebih dahulu. Pastikan password anda dingati bagi digunakan pada masa akan datang.




Pencapaian UPSR 2010 SK Nami, Kedah.

Seramai 43 calon menduduki Peperiksaan UPSR Sekolah Kebangsaan Nami 2010 . Peratus Keseluruhan UPSR Sekolah Kebangsaan Nami Tahun 2010 ialah 46.5% iaitu menurun sebanyak 1.4% berbanding tahun 2009 iaitu 47.9%. Agak malang tahun 2010 ini kerana tiada murid yang memperolehi pencapaian 5A, hanya 2 orang murid mendapat keputusan 4A, 1B dan seorang murid mendapat 4A 1C.
Bagi peratus lulus mata pelajaran adalah seperti berikut :-
* Mata Pelajaran Sains masih mengekalkan pencapaian tertinggi sebanyak 90.7% iaitu Meningkat sebanyak 1.1% berbanding 89.6% pada tahun 2009 .
* Mata Pelajaran Matematik mencatat peratus lulus sebanyak 86% iaitu meningkat sebanyak 36% berbanding pencapaian tahun 2009 iaitu 50%.
* Mata pelajaran Bahasa Melayu (Pemahaman) mendapat 83.1% iaitu meningkat sebanyak 10.2% berbanding 72.9% pada tahun 2009.
* Mata pelajaran Bahasa Melayu (Penulisan) mendapat 74.4% iaitu menurun sebanyak 0.6% berbanding 75% pada tahun 2009.
* Mata pelajaran Bahasa Inggeris mendapat 58.1% iaitu menurun sebanyak 21.1% berbanding 79.2% pada tahun 2009.

Selaku Guru Sains Tahun 6 & Ketua Panitia Sains, pencapaian peratus kelulusan mata pelajaran sains ini sungguh amat membanggakan dan memberi kepuasan tak terhingga.

Broken English

Jadual Peperiksaan UPSR/PMR/SPM 2010

Muat turun Jadual Peperiksaan 2010 (UPSR/PMR/SPM)

Laman Blog Sains Sekolah Rendah

Laman Blog Sains Sekolah Rendah ini diwujudkan Khusus untuk guru-guru Sains Sekolah Rendah. Semua Guru Sains Sekolah Rendah dipelawa untuk berkongsi apa-apa bahan dan pautan yang berkaitan dengan P&P Sains Sekolah Rendah. Guru-Guru Sains Juga boleh berkongsi pendapat atau cadangan bagi penambahbaikan dalam P&P Sains sekolah rendah. Oleh itu sekiranya Guru-guru yang mempunyai apa-apa bahan berkaitan Mata Pelajaran Sains atau Panitia Sains, sptr ;- Bahan P&P, Rancangan Tahunan, Sukatan Pelajaran, PEKA, Soalan Peperiksaan, Soalan Ujian bulanan dan sebagainya bolehlah dikumpulkan di laman blog ini. Semoga blog ini menjadi tumpuan guru-guru sains bagi memuat turun pelbagai bahan sains & berkongsi pandangan bersama-sama. Sekiranya anda mempunyai bahan Sains yang ingin dikongsi bersama Sila emailkan bahan tersebut ataupun emaikan URL (4shared dan lain-lain) ke primaryscience@ymail.com. Guru Sains Sekolah rendah juga dijemput untuk menyertai Facebook Group 'SAINS SEKOLAH RENDAH'.

Sila klik link di bawah :-

Pencapaian UPSR 2009 SK Nami

Tahun 2009 seramai 48 calon menduduki Peperiksaan UPSR. Peratus Keseluruhan UPSR Sekolah Kebangsaan Nami tahun 2009 ialah 47.9%, iaitu meningkat sebanyak 0.4% berbanding tahun 2008 iaitu 47.5%. Seramai 2 orang murid mendapat 5A, manakala mata Pelajaran Sains memperolehi peratus kelulusan yang paling tinggi iaitu 89.6%.