Showing posts with label Perjalanan Hidup. Show all posts
Showing posts with label Perjalanan Hidup. Show all posts

Sentiasa Redho dengan Takdir Ilahi

Setiap daripada kita pasti akan diuji den ujian yang berbeza-beza. Allah dah beritahu bahawa kita semua diuji berdasarkan apa yang kita mampu. Dalam hidup ini, Allah akan berikan setiap ujian berdasarkan kapasiti kemampuan kita. 

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al Baqarah 2:286)

Sebagai hambanya kita harus redho dengan setiap ujian yang Allah tentukan. InsyaAllah

Sesiapa yang ditimpa sesuatu musibah perlu diingatkan supaya bersangka baik dengan Allah, memperbanyakkan doa, berikhtiar, bertawakal dan bersabar. Rasulullah SAW mengingatkan kepada kita semua supaya sentiasa bersabar, berusaha mengubati penyakit dan bertawakal selepas segala ikhtiar dilaksanakan.

Nasihat untuk diri sendiri : 
You never know how strong you are, until being strong is the ONLY choice you have

Sebagai hambanya kita harus redho dengan setiap ujian yang Allah tentukan .... InsyaAllah

Dunia Hal Ehwal Murid (HEM) 2020

Tanggal 17 Oktober 2019 hadir ke Pejabat Pendidikan Daerah Paang Terap untuk menerima memo pertukaran jawatan iaitu bertukar ke jawatan ke Penolong Kanan HEM di Sekolah yang sama iaitu SK Padang Terap. Sepanjang perkhidmatan sebagai guru dari tahun 1998, banyak melibatkan diri dan menceburi dalam bidang dunia sukan & kokurikulum, dan jarang-jarang sekali terlibat dalam pengurusan HEM di sekolah. 
Untuk Tahun 2020 ini, adalah satu cabaran baru dalam perjalanan hidup seorang guru. Dunia HEM amat berbeza dengan Dunia Sukan & Kokurikulum, di mana dunia HEM banyak melibatkan pengurusan Murid, Guru dan Pengurusan Sekolah. Kehadiran Murid, RMT, Guru Bertugas, Disiplin & Pengawas, Bantuan & Kebajikan dan lain-lain lagi, adalah tugas-tugas utama bidang HEM. Bak kata pepatah,,,di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung... InsyaAllah

Kepuasan seorang Jurulatih Sukan

Syukur Alhamdulillah.. Tahun 2019 memberi beberapa kejayaan Cemerlang untuk Bidang Kokurikulum SK Padang Terap.  Rasa kepuasan yang tak terhingga sebagai salah seorang yang bertanggungjawab dalam bidang sukan dan sebagai seorang Jurulatih kerana setiap kejayaan adalah hasil penglibatan kita sendiri dalam merangka dan melaksana sendiri program pembangunan ini yang dibantu oleh beberapa Guru & Jurulatih lain yang sentiasa memberi komitmen yang tinggi.

Program pembangunan yang dilaksanakan ini memberi kesan yang baik dalam melahirkan murid yang berdaya saing dan mempunyai semangat juang yang tinggi dalam bidang sukan. Program Akademi bola sepak yang mula di adakan pada Ogos 2017 lalu banyak menghimpun pemain berbakat dan pelari-pelari yang pantas untuk dilatih secara berterusan sebagai persedian menghadapi beberapa kejohanan MSSD Padang Terap.
Kejayaan Cemerlang dimulai dengan Pencapain Cemerlang mendapat Tempat KETIGA KEBANGSAAN di Kejohanan Bola Sepak B11 Sekolah Kluster Peringakat Kebangsaan di SK Mahkota Sari, Grik Perah pada tahun 2018.

Pada Kejohanan Olahraga MSSD Padang Terap. Kontijen Olahraga SKPT Berjaya muncul NAIB JOHAN KESELURUAN dengan mengumpul 5 Emas, 1 Perak & 3 Ganggsa.

Skuad Bola Baling Lelaki SKPT juga telah muncul JOHAN Bola Baling MSSD Padang Terap 2019, di mana semua pemain bola baling adalah pelatih-pelatih dalam Program Akademi Bola Sepak SKPT.

Alhamdulillah pada 18 April 2019, bertempat di Bumi SK Padang Terap, Pasukan Bola Sepek B12 berjaya dinobatkan sebagai JOHAN BOLA SEPAK B12 MSSD Padang Terap buat kali pertama dalam sejarah bola sepak SKPT. Kejayaan Johan Bola Sepak b12 MSSD ini telah mencapai Sasaran yang ditetapkan setelah 3 tahun melaksanakan program ini.

Terima Kasih kepada Semua Pihak yang membantu dan menyokong setiap program pembangunan  sukan yang diwujudkan di SK Padang Terap

PSKPPK 2017 : Bola Sepak Veteran Padang Terap

Tahun 2017 berkesempatan untuk bermain Bola Sepak Veteran dalam Pesta Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Kedah 2017. Alhamdulillah Pasukan Bola Sepak Veteran Padang Terap berjaya mendapat tempat ketiga setelah tewas kepada Kota Setar di peringkat separuh akhir.



Pasukan Bola Sepak PSKPPK Padang Terap 2016


Pesta Sukan dan Kebudayaan Pegawai Pelajaran Peringkat Negeri Kedah 2016 (PSKPPK) telah diadakan di Daerah Kota Setar pada 22 - 24 September 2016 lalu. Tahun ini masih berpeluang bermain untuk pasukan Bola Sepak Veteren Padang Terap.

Pada Peringkat kumpulan Pasukan Padang Terap berjaya mengutip 9 mata dan muncul Johan kumpulan setelah menang 3 kali. Pada peringkat separuh akhir, Pasukan Bola Sepak Veteren Padang Terap tewas kepada Baling Sik 3-1 selepas masa tambahan. Agak kecewa dengan kekalahan pada kali ini, walaupun Pasukan Padang Terap berjaya menguasai keseluruhan permainan serta gagal menyudahkan peluang-peluang terhidang. Dah menjadi adat permainan bola sepak, pasukan yang berjaya menjaringkan gol akan menang. Tahniah buat rakan sepasukan yang berjuang habis-habisan hingga tiupan wisel penamat. 



Sekolah Kebangsaan Padang Terap


Sekolah Kebangsaan Padang Terap adalah sekolah yang keempat dalam kareir perkhidmatan sebagai seorang guru. Mula bertugas di SK Padang Terap sebagai Penonolong Kanan Ko-kurikulum pada 17 Mac 2016. SK Padang Terap mempunyai murid seramai 526 orang dan bilangan guru seramai 47 orang.


Hari Terakhir bertugas di SK Nami

21 Mac 2016 adalah hari terakir bertugas di Sekolah Kebangsaan Nami sebelum memulakan tugas baru sebagai Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum di Sekolah Kebangsaan Padang Terap. Pada Januari 2009 yang lalu, mula bertugas di SK Nami setelah pulang dari SK Kg Kuantan, Selangor. Bertugas selama 7 Tahun 3 Bulan dan banyak kenangan terpahat di SK Nami.

Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih buat semua Sahabat dan seluruh Warga SK Nami atas jasa baik, sokongan dan kerjasama sepanjang bertugas di SK Nami. Semoga Allah membalas jasa baik sahahabat-sahabat semua. dan Terima kasih lagi sekali kerana sudi menjadi sahabat saya untuk abdikan kenangan indah dalam lipatan diari kamus kehidupan saya.

Kata Al-Ghazali :  yang jauh itu WAKTU, yang dekat itu MATI,  yang besar itu NAFSU,  yang berat itu AMANAH,  yang mudah itu BERBUAT DOSA,  yang panjang itu AMAL SOLEH,  yang indah itu SALING MEMAAFKAN,.... Saya dengan ini mohon maaf seandai saya melakukan kesilapan dan kesalahan sepanjang bertugas di SK Nami. 



Bola Sepak (Veteren) PSKPP Padang Terap 2015

Tahun 2015, usia pun dah mencecah angka 40-an. Untuk tahun 2015 lalu terpilih untuk beraksi kembali dalam permainan bola sepak mewakili Pasukan Bola Sepak Veteren PSKPP Padang Terap ke Pesta Sukan Dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (PSKPPK) peringkat Negeri Kedah 2015. PSKPPK 2015 telah diadakan pada 22 - 24 Oktober 2015 lalu dan PPD Padang Terap telah diberi tanggungjawab sebagai tuan rumah untuk kejohanan kali ini.






Design Buku Program hasil tangan sendiri untuk Majlis Penutup PSKPPK 2015

Debaran Penantian di Luar Dewan Bedah

Bila dimaklumkan oleh Doktor apabila ahli keluarga terdekat perlu menjalani pembedahan, seribu satu perasaan & pelbagai persoalan timbul. Perasaan takut risau mula muncul dalam hati ini.

Hari ni 18 April 2015 Jam 8.45 pagi di Dewan Bedah Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, anakanda kesayangan Ammar Hakim terpaksa menjalani pembedahan. Doktor suspek Apendix Pecah dan pembedahan terpaksa di segerakan.

Perasaan takut, risau, susah hati dan pelbagai persoalan menyelubungi diri setiap kali penantian di luar Dewan Bedah. Tetapi penantian di Dewan Bedah Hospital Sultanah Bahiyah kali ini ditemani isteri tersayang. Persaan takut, risau dan sedih di kongsi bersama. Apatah lagi zaman sekarang kita masing-masing di temani gajet (Telefon Pintar) masing-masing. Perasaan takut & risau kadang kala hilang buat seketika apabila asyik melayani gajet kita. Melalui pelbagai perisian medium komunikasi, kita boleh berkongsi masalah di alam maya. Doa, sokongan & perhatian dari sanak saudara serta rakan sentiasa menemani serta memberi  sokongan moral buat kita.

Penantian di Luar Dewan Bedah di Hospital Sultanah Bahiyah ini adalah kali ke-6. Sebelum ini 5 kali penantian di Dewan Bedah yang sama, menunggu isteri menjalani beberapa pembedahan. Kadang kala menunggu keseorangan luar dewan bedah amat menakutkan seribu satu perasaan & pelbagai persoalan timbul dalam diri.

Sebagai seorang lelaki kita perlu kuat dalam menghadapi segala ujian Allah. Kita perlu yakin & Redo dengan ketentuan Allah. Yakinlah bahawa Allah yang Maha Adil pasti tidak akan menzalimi hamba-Nya. Mugkin apa yang berlaku ada hikmahnya, InsyaAllah. Kita perlu kuat & tabah walaupun kadang kala di satu sudut hati kecil ini berkata " Sometimes, I am really tired to be strong".

Selagi hayat dikandung badan, hidup perlu di teruskan. Setap ujian yang Allah berikan kepada hamba-Nya tidak sama. Setiap ujian beza-beza bagi setiap hamba-Nya. Kita perlu berfikiran positif, mungkin kita antara insan yang terpilih oleh Allah swt untuk menerima ujiannya. 

Konvokesyen ke-8 Open University Malaysia

Konvokesyen ini yang dibuka secara rasminya oleh Canselor OUM iaitu YAB Tun Jeanne Abdullah telah bermula pada 19 Jun hingga 22 Jun 2010. Konvo ini telah dijalankan di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur. Lebih dari 5,800 graduan telah menerima masing-masing.


Berjalan di atas pentas menerima segulung ijazah sambil disaksikan oleh keluarga tersayang adalah saat yang paling indah dan menyeronokkan bagi seseorang yang bergelar siswa. Alhamdulillah, akhirnya berajaya juga menamatkan pengajian di Open University Malaysia dalam bidang Sarjana Muda Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik) Dengan Kepujian.




Potret MPTB Dalam Kenangan

Kenangan MPTB 95/97


Sebahagian dari rakan seperjuangan MPTB 95/97, yang kini hanya tinggal kenangan.

PSKPP Hulu Selangor 2008

Dari kiri : Pian Maurinho (manager), Khairil, ....... , Rashid, Fauzi (kapitan), Zainudin, Judin, Md Nor, Aziz, Ustaz Wan, Eddy.
Dari kiri (Barisan depan) : Lan, Nizam, Halim, Nazimi, Rahman, Wan, Malek, aku la tu...

Hampir 7 tahun menyertai Team Bola Sepak PSKPP Hulu Selangor. PSKPP Tahun 2008 adalah penyertaan yang terakhir bersama rakan seperjuangan di Hulu Selangor. Semoga Pasukan Bola Sepak PSKPP Hulu Selangor terus maju.

"Biar bola lepas, tapi orang jangan lepas"

Sekolah Kebangsaan Nami


Sekolah Kebangsaan Nami, Wakil Pos Naka, 06350 Naka, Kedah Darul Aman. Sebuah sekolah di bawah Pejabat Pelajaran Daerah Padang Terap yang mempunyai bilangan murid tahun 2009 seramai 311 orang murid dan 28 orang guru. Mula berkhidmat di SK Nami pada 1 Januari 2009.



Hari terakhir berkhidmat di SK Kg Kuantan

Mula berkhidmat di SK Kg Kuantan pada 16.06.2001 hingga kini selama hampir 7 tahun setengah. Terima Kasih kepada rakan guru di SKKK kerana di SKKK seperti sebuah keluarga yang amat rapat. Dan berat hati untuk meninggalkan Keluarga SKKK. Jasa dan kenangan rakan guru takkan dilupakan. Terima Kasih kepada rakan guru & PIBG SKKK kerana bersusah payah untuk mendadakan jamuan perpisahan dan ianya merupakan satu penghormatan yang amat besar buat saya.

Sepuluh jari dipohon memohon kemaafan seandainya terdapat salah dan silap selama perkhidmatan di SK Kg. Kuantan.


Terima Kasih SK Kg Kuantan!


Kalau ada sumur di ladang

Bolehlah hamba menumpang mandi

Kalau ada umur panjang

Bolehlah kita berjumpa lagi….


Keratan Akhbar Metro

Sek. Keb. Kg. Kuantan

(Gambar Guru-guru & Staff Sekolah tahun 2004)

Duduk dari kanan :
Wan Narihan, Norbaini, Abdullah Ismail, Sakrani (GPK kO-ku), En Abu Bakar (GB), Noraini (HEM), Rofishah, Hariani & Kamsiah.
Berdiri belakang kanan :
Zakiah, Rodiah, Zaleha, Norlela, Mohamed Faisal, Ustaz Nurisham, Razak, Ajmaain, Abdullah, Amir, Haji Ismail & Ahmad Bohari, serta rahiman (berkursus).


Mula berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan pada 16 Jun 2001 sehingga sekarang.

SK Brickfields (1), Kuala Lumpur.

Sekolah Kebangsaan Brickfield (1), Jalan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Tanggal 3 Ogos 1998 bermulanya karier perguruan sebagai Guru Terlatih di SK Brickfields (1). Berkhidmat hampir 3 tahun di SK Brickfield (1) pernah memegang tanggungjawab sebagai Guru kelas, Setiausaha Ko-kurikulum, Naib Setiausaha PIBG, Ketua Panitia Sains.
Antara rakan seperjuangan di SK Brickfields 1 ialah Mohd. Zamri, Izani, Azmi (wak), Kamarul, Nazri (karim), Wan Zuhaimi, Puvaneswaren, Hayati, Prema, Suhaimi, Allahyarham Fauzi, En. Razlan (GB), Puan Manjit (GPK 1), En Yong (GPK HEM), Ustaz (GPK Ku-ko).
Pada 16 Jun 2001, permohonan pertukaran diluluskan ke Selangor di Sekolah Kebangsaan Kg. Kuantan, Hulu Selangor.


Biro Peralatan & Kelengkapan PGP 96/97

(Ahli Jawatan Kuasa Biro Peralatan PGP 96/97)

Duduk kanan :
Anuar Osman, Sobri Rejab, Azhari (N.Pengerusi), Mohamed Faisal (Pengerusi), Masri Mat Som, Ahmad Embong.
Barisan Belakang :
Ita & Nazariah (Yang lain dah terlupa nama...)