Showing posts with label Pengetahuan Am. Show all posts
Showing posts with label Pengetahuan Am. Show all posts

Pembedahan Adhesion Colic (Isteri)

Pada 17 September 2016 (Sabtu) jam 2.00 petang isteri menjalani pembedahan  di Hospital Sultanah Bahiyah (Laparoscopic Adhesiolysis + Appendicectomy). Pembedahan di Dewan Bedah Hospital Sultanah Bahiyah ini adalah pembedahan kali ke-6 dan hampir 4 Jam 15 minit penantian yang mendebarkan diluar dewan bedah pada kali ini. Pembedahan kali ini dibuat untuk memisahkan lekatan antara usus dan lekatan pada dinding dalaman kulit (annterior abdominal wall) dengan organ dalaman. 

Pembedahan ini juga dimaklumkan oleh pihak doktor adalah pembedahan apendik kali ke-2 (resembling the stump of the appendix). Agak terkejut juga saya kerana pembedahan apendik sebanyak 2 kali pada seorang manusia. Mungkin ketidaksempurnaan pembedahan apendik Pecah (Appendicectomy - peritonitis) pada 31 Disember 2009 yang lalu menyebabkan bahagian tersebut sentiasa sakit hingga ke hari ini. Pada bahagian tersebut juga mengalami bengkak dan berlaku lekatan pada usus dan dinding kulit.
Alhamdulillah, terima kasih buat doktor dan pihak hospital HSB kerana pembedahan tersebut telah membantu mengurangkan kesakitan pada bahagian badan dan isteri saya dapat membuang najis & kentut seperti biasa di mana sebelum ini beliau amat susah untuk membuang najis & kentut, kadang-kadang berlarutan sehingga 2 minggu.

Tetapi selepas pembedahan isteri saya berasa sangat sakit pada bahagian dan mengalami sesak nafas (kesukaran untuk bernafas). Dan sehingga kini selepas 15 hari pembedahan beliau masih sakit dibahagian dada dan sering kali perlukan bantuan oksigen, di mana kadar oksigen (spO2) dalam badan sentiasa berkurangan (spO2 sekitar 78 hingga 88 shj).


Kesakitan Adhesion Colic

Orang yang mengalami adhesion colic ni akan rasa sakit perut (cramp-like pain) disebabkan kelekatan yang berlaku melibatkan saraf. Simptomnya, perut akan rasa kembung disebabkan oleh small bowel obstruction, rasa loya atau muntah, tidak boleh buang air besar akibat usus tersumbat (intestinal obstruction), jika lebih kritikal najis akan terkeluar dari mulut. Dan yang paling serius jika usus pecah (perforation). Ada juga pesakit yang mengalami semua symptom tersebut diatas secara serentak iaitu muntah, kesakitan dan abdomen menjadi kembung berterusan melebihi 12 jam, maka seharusnya membuat pemeriksaan doktor kerana dikhuatiri mengalami usus tersumbat tanpa disedari. Dalam kes ini usus bukan lagi menyempit tetapi tersumbat sepenuhnya, sehinggakan gas dan makanan tidak boleh bergerak langsung. Ini sudah dikira sebagai musibah kecemasan yang perlu dibawa ke hospital segera dan kemungkinan memerlukan pembedahan segera. Jika tidak, usus boleh pecah atau necrosis dan membusuk di dalam abdomen. Ramai yang terpaksa dihantar ke Jabatan Kecemasan kerana kesakitan yang tidak tertanggung. Setelah didiagnosakan sebagai adhesion colic, doktor akan memberikan suntikan penahan sakit yang agak kuat kesannya spt tramadol, morphine atau pethedine.  Untuk mereka yang masih tidak pasti atau masih disyaki sebagai Adhesion Colic , adalah lebih baik untuk melakukan pemeriksaan sehingga kombinasi lengkap ultrasound , ct scan dan juga abdominoscopy ( scop ) untuk membantu mendiagnosis masalah dengan lebih cepat.

 Walaubagaimanapun, punca terjadinya adhesion colic adalah disebabkan oleh faktor kesan / komplikasi akibat pembedahan organ dalaman terdahulu. Semakin banyak pembedahan terdahulu di bahagian Abdomen semakin mudah untuk terjadinya kesakitan Adhesion Colic. Contohnya pembedahan di bahagian Abdomen adalah appendicectomy (buang appendix) ataupun Appendicectomy – Peritonitis (Appendix Pecah), Caesarean (Pembedahan Bersalin)  dan sebagainya.  Masalah yang timbul berlaku apabila tubuh kita memberikan respon yang berlebihan kepada tisu yang luka. Ia adalah proses di luar kawalan. Tiada siapa yang dapat mengawal dan menghalangnya. Sama ada pesakit atau doktor, sama-sama mengharapkan penyembuhan luka berlaku secara natural dan sederhana. Dalam proses penyembuhan (healing proses) yang normal, parut (scar) terbentuk untuk menyambungkan bahagian tisu yang terluka. Parut ini dibentuk dari tisu fibrous. Ia tidak bersifat elastik seperti tisu usus. Maka secara tak langsung ia akan mengganggu fungsi usus itu sendiri. Bahagian yang dipulihkan sebagai parut tidak boleh mengembang ketika makanan bergerak melaluinya. Jika pembentukan parut keterlaluan, ini akan menyebabkan usus itu mengecil atau ‘mencekik’. Ini mengakibatkan makanan dan gas tidak dapat bergerak melalui usus itu. Makanan dan gas yang tidak bergerak akan mengembang dan menyebabkan kesakitan. Abdomen akan menjadi kembung dan menyebabkan muntah dan pesakit tidak boleh kentut lalu menyebabkan usus tersumbat. Pembentukan parut ini juga akan menyebabkan usus akan melekat sesama sendiri. Kedua-dua keadaan ini juga menyebabkan kesakitan melampau yang turut dinamakan sebagai Adhesion Colic.

Selain itu punca terjadinya Adhesion Colic ini juga disebabkan oleh amalan minum pati haruan / gamat. Statistik hasil kajian perubatan ada membuktikan bahawa wanita yang bersalin secara caesarean ni paling berisiko tinggi untuk dapat 'adhesion colic' jika mengamalkan pati haruan atau gamat. 'Adhesion colic' ialah keadaan dimana usus-usus melekat antara satu sama lain akibat daripada pembedahan. Tidak terkecuali bahagian rahim yang melekat dengan organ-organ dalaman. Rahim (uterus) wanita yang mengandung, lalu bersalin (caesarean) lazimnya mengembang membawa kandungan bayi. Selepas bersalin, pastinya rahim itu akan melalui proses penguncupan ke saiz asal dalam tempoh masa semulajadinya sendiri. Dalam proses penguncupan itulah, ramai wanita mengambil pati haruan/gamat di mana yang terlalu awal melangkaui healing proess pada luka akibat dibedah kerana ingin sembuh dalam masa singkat. Banyak terjadi kes-kes admitted ward adalah di kalangan mereka yang asalnya dulu pernah czer tapi ada masalah lain pula untuk di bedah semula seperti dinding rahim dan isi perut melekat antara satu sama lain. Yang paling sedih bila rahim terpaksa dibuang pada usia yang baru 30 tahun sebab rahim rosak teruk. Rosak teruk tu bermaksud organ dalam badan melekat-lekat antara isi dan dinding sampai bersilang-silang. Ada juga yang masih boleh mengandung walaupun dalam keadaan rahim melekat-lekat, tetapi menghadapi komplikasi lain apabila kandungan makin membesar kerana rahim telah hilang sifat elastiknya. Setelah disoal rata-rata mereka mengamalkan minum pati haruan/gamat.

Pengalaman Kisah "Adhesion Colic".
Ini adalah pengalaman pembedahan terdahulu seorang wanita tabah, yang telah melalui pembedahan lebih dari 5 kali pembedahan di bahagian Abdomen. Antara pembedahan tersebut adalah :
1. Pembedahan Bersalin (Caesarean) 27 Disember 2007
2. Pembedahan Batu Hempedu (Open Cholecystectomy + on table cholangiogram + choledocoscope) pada 23 Disember 2009
3. Pembedahan Appendic Pecah (Appendicectomy - peritonitis) pada 31 Disember 2009.
4. Pembedahan Adhesion Colic (Laparotomy and adhesion for adhesion colic secondry to multiple surgery) - ketika mengandung 31 minggu pada - Januari 2013
5. Pembedahan Bersalin (Caesarean) 10 Mac 2013

Disebabkan kesan pembedahan terdahulu ini, Wanita ini sering kali terpaksa menanggung kesakitan disebabkan Adhesion Colic. Wad Kecemasan adalah tempat terpaksa dicari tatkala mengalami kesakitan. Kadang kala terlintas perasaan malu di hati terhadap kakitangan hospital kerana terlalu kerap mengunjungi Wad Kecemasan. Tatkala berada di hospital amat mengharap Doktor, Pembantu Perubatan, Jururawat memahami & mengetahui masalah pesakit secara lebih terperinci. Sehingga kini Pihak Hospital Pakar masih belum memberi keputusan untuk penyelesaian masalah Adhesion Colic.

Amat sedih sekali apabila Doktor Pakar sendiri memberitahu kepada pesakit "Noting much we can do to help you". Pihak Hospital Pakar hanya mencadangkan untuk menguruskan kesakitan  (Pain Managment) Adhesion Colic dengan memberi ubat penahan sakit. Hanya kesabaran, kekuatan dan ketabahan yang diperlukan untuk menanggung kesakitan ini. Mungkin wanita ini adalah antara insan terpilih untuk oleh Allah swt untuk menerima ujian Allah terhadap hambanya. Wanita ini yang dimaksudkan adalah isteri saya sendiri. Saya sentiasa berdoa dan mengharapkan agar isteri saya dapat sembuh dan sihat seperti biasa. InsyaAllah....
Sumber : 
* www.sumarz.com
* Pengalaman Hidup

Life Begins at 40


Tarikh 25 Mac 2015 adalah tarikh genapnya umur 40 tahun. Usia kian meningkat dan kini tergolong dalam kumpulan orang-orang veteren. Ada ungkapan dalam bahasa Inggeris yang menyatakan bahawa “life begins at 40”. Yang membawa maksud life begins to be better in one’s middle age. Benarkah demikian?  Dalam ajaran Islam sememangnya ada ungkapan usia 40 tahun ini. Ramai tidak sedar dalam Al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini . Dalam surah al-Ahqaf ayat 15 Allah SWT berfirman :

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

 
Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.

Pada ayat yang lain, firman Allah;

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ

Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)

Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.

Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.

Mengapa umur 40 tahun begitu penting.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.

Marilah kita menggunakan umur kita yg semakin berkurangan ini untuk memdekatkan diri kpd Allah SWT. Maut boleh datang pada bila-bila masa. Apabila sampai kematian kita, ribuan penyesalan tidak akan berguna lagi.

Semuga Allah mengurniakan taufik dan hidayah kpd kita untuk beramal yang terbaik.

Dipetik : fb - Redha Allah Maksud Hidup Kita

25 Mac 2015.... Genap Umur 40 Tahun

Daun Ketum

Ketum adalah pokok yang berasal dari kawasan Asia Tenggara. Ia tergolong di dalam keluarga pokok kopi. Daun ketum lazim digunakan sebagai perangsang, sebagai ubat penenang, untuk rileks atau rehat, sebagai ubat penahan sakit, ubat mengatasi cirit birit dan rawatan untuk penagihan heroin. Ia boleh dikunyah dalam bentuk daun segar atau serbuk. Ia juga boleh direbus seperti teh, ataupun dihisap. Serbuk daun ketum boleh diperah dan dicampur dengan jus buah-buahan untuk mengurangkan rasa pahitnya.Ketum telah diharamkan penggunaannya oleh kerajaan Malaysia, Australia, Thailand dan Myanmar.

Tanda-tanda dan gejala
Kekerapan penggunaan daun ketum boleh menjadi satu tabiat. Penyalahgunaan daun ketum juga boleh menimbulkan gejala-gejala seperti keganasan, permusuhan, pengeluaran air mata yang kerap, sakit lenguh-lenguh di otot dan sendi, kerap membuang air kecil dan boleh menghadapi sembelit. (najis selalunya kelihatan gelap, keras dan kecil). Penggunaan daun ketum dalam jangka masa yang panjang boleh menghasilkan gejala tarikan/gian fizikal sepertimana yang dihasilkan dari penggunaan heroin, seperti merasa seram sejuk, muntah, cirit-birit, mudah marah dan sering menjadi letih-lesu. Gejala-gejala tarikan ini akan berakhir dalam jangka masa 4 @ 5 hari.

Kesan dan akibat Penggunaan daun ketum secara jangka panjang boleh menyebabkan kulit pipi menjadi gelap.Penagihan ketum juga boleh menyebabkan mereka mendapat sawan dan menjadi hilang akal (psikosis ketum).

TIPS-TIPS DEMI PENJIMATAN BIL ELEKTRIK ANDA.

Mungkinkah anda sering keberatan untuk melihat bil elektrik setiap kali bil baru sampai ke pintu rumah? Ini kerana tentu anda tidak mahu memeningkan kepala dengan memikirkan beban bil elektrik yang terpaksa di bayar. Oleh itu, biarlah saya kongsikan beberapa tips di bawah supaya anda dapat menjimatkan bil eletrik bulanan rumah anda.

Baiklah, kita mulakan dengan penjimatan di ruang tamu yang selalunya kerap kita gunakan samada untuk menonton tv atau membaca surat khabar atau sambil bersantai bersama-sama keluarga.

Suis.
-Tutup suis elektrik yang tidak digunakan.

TV, Pemain VCD/DVD, Video Game, HiFi
- Tutupkan suis peralatan di atas jika tidak digunakan. Sekiranya dibiarkan pada keadaan 'tunggu sedia', tenaga elektrik masih digunakan.

Penghawa Dingin.
-Tutup bidai dan langsir bagi menghalang cahaya matahari masuk ke ruang yang ingin didinginkan.
-Cuci penapis udara sekerap yang mungkin. Penapis udara yang kotor menyebabkan penghawa dingin menggunakan lebih tenaga elektrik.
-Tetapkan suhu di antara 22C - 26Celcius untuk keselesaan suhu yang optimum.
-Jangan halang unit luar (compressor) daripada mendapat kitaran udara yang maksimum.

Lampu
-Padam lampu apabila tidak digunakan.
-Sebaik mungkin yang boleh gunakanlah cahaya semulajadi.
-Gunakanlah mentol 'energy saving'. Ia bukan sahaja menjimatkan elektrik malah tahan lebih lama.


Ramai para suri menghabiskan masa di dapur dan banyak menggunakan alat-alat elektrik seperti mesin basuh dan peralatan elektrik lain. Apa kata anda cuba tips-tips ini demi penjimatan bil elektrik di dapur.

Cerek letrik
-
Masak air mengikut sukatan air yang diperlukan.

Mesin basuh
-Gunakan mesin basuh dengan sepenuh muatan tanpa melebihi had.
-Pilih saiz mesin basuh yang bersesuaian dengan saiz keperluan keluarga anda.

Peti sejuk
-Pastikan muatan peti sejuk adalah berpatutan. Muatan yang berlebihan akan menggunakan tenaga elektrik lebih daripada yang sepatutnya.
-Sejukkan makanan terlebih dahulu sebelum menyimpannya di dalam peti sejuk.
-Pastikan pintu peti sejuk ditutup rapat dan dibuka apabila perlu.
-Tempatkan peti sejuk sekurang-kurangnya 4 inci daripada dinding supaya motor peti sejuk tidak terlebih beban
.