Debaran Penantian di Luar Dewan Bedah

Bila dimaklumkan oleh Doktor apabila ahli keluarga terdekat perlu menjalani pembedahan, seribu satu perasaan & pelbagai persoalan timbul. Perasaan takut risau mula muncul dalam hati ini.

Hari ni 18 April 2015 Jam 8.45 pagi di Dewan Bedah Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, anakanda kesayangan Ammar Hakim terpaksa menjalani pembedahan. Doktor suspek Apendix Pecah dan pembedahan terpaksa di segerakan.

Perasaan takut, risau, susah hati dan pelbagai persoalan menyelubungi diri setiap kali penantian di luar Dewan Bedah. Tetapi penantian di Dewan Bedah Hospital Sultanah Bahiyah kali ini ditemani isteri tersayang. Persaan takut, risau dan sedih di kongsi bersama. Apatah lagi zaman sekarang kita masing-masing di temani gajet (Telefon Pintar) masing-masing. Perasaan takut & risau kadang kala hilang buat seketika apabila asyik melayani gajet kita. Melalui pelbagai perisian medium komunikasi, kita boleh berkongsi masalah di alam maya. Doa, sokongan & perhatian dari sanak saudara serta rakan sentiasa menemani serta memberi  sokongan moral buat kita.

Penantian di Luar Dewan Bedah di Hospital Sultanah Bahiyah ini adalah kali ke-6. Sebelum ini 5 kali penantian di Dewan Bedah yang sama, menunggu isteri menjalani beberapa pembedahan. Kadang kala menunggu keseorangan luar dewan bedah amat menakutkan seribu satu perasaan & pelbagai persoalan timbul dalam diri.

Sebagai seorang lelaki kita perlu kuat dalam menghadapi segala ujian Allah. Kita perlu yakin & Redo dengan ketentuan Allah. Yakinlah bahawa Allah yang Maha Adil pasti tidak akan menzalimi hamba-Nya. Mugkin apa yang berlaku ada hikmahnya, InsyaAllah. Kita perlu kuat & tabah walaupun kadang kala di satu sudut hati kecil ini berkata " Sometimes, I am really tired to be strong".

Selagi hayat dikandung badan, hidup perlu di teruskan. Setap ujian yang Allah berikan kepada hamba-Nya tidak sama. Setiap ujian beza-beza bagi setiap hamba-Nya. Kita perlu berfikiran positif, mungkin kita antara insan yang terpilih oleh Allah swt untuk menerima ujiannya. 

0 comments: