Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Padang Terap 2016


Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Padang Terap 2016 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih buat Haji Ahmad Kamel bin Abdul Munin (Setiausaha Politik Menteri Pendidikan Malaysia) kerana sudi hadir bagi merasmikan majlis pada tahun ini. Tahniah dan terima kasih juga buat semua guru & staf serta semua pihak atas kerjasama yang baik serta komitmen yang tinggi dalam menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2016 ini.






Pasukan Bola Sepak Kedah Juara TM Piala Malaysia 2016

Kedah menjulang trofi Piala Malaysia 2016 selepas menundukkan Selangor 6-5 menerusi penentuan penalti pada aksi final di Stadium Shah Alam, pada 30 Oktober 2016 (Ahad).

Mohd Rizal Ghazali diangkat sebagai wira skuad Helang Merah itu selepas menjaringkan penalti kemenangan susulan sepakan pemain Selangor, Rizal Fahmi terkena palang.

Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa perlawanan sebenar sekali gus mengheret permainan ke masa tambahan. Namun kedua-dua pasukan masih menemui jalan buntu untuk menambah jaringan sehingga tamat perlawanan di masa tambahan.

Terdahulu, Mohd Rizal juga membawa Kedah mendahului Selangor 1-0 pada separuh masa kedua hasil jaringannya pada minit ke-51. Namun pemain Selangor Ahmad Hazwan Bakri berjaya mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-60.

Ini merupakan kali kelima Kedah berjaya menjulang Piala Malaysia.




Salam Maal Hijrah 1438H / 2016


Salam Maah Hijrah 1438. Mohon jutaan ampun dan maaf atas segala salah dan silap sepanjang 1437H. Yang Baik dari ALLAH dan yang buruk kelemahan diri ku. Semuga ALLAH bantu untuk tahun 1438H yang lebih berganda manafaat pada seluruh alam.


Resepi Abah : Sup Ayam


Anak-anak selalu suka makan lauk berkuah. Sup Ayam antara menu yang digemari oleh anak-anak. Selalunya anak-anak saya tidak suka sangat terlalu banyak bahan di dalam sup. Resepi Sup Ayam ini adalah resepi ringkas dan pantas.

Bahan-bahan Sup Ayam
- 6 Ketul Ayam
- Halia (saiz 2 inci)
- Sup bunjut
- Kentang 2 Biji
- Kiub Ayam (1 ketul)
- Cili Api 6 biji
- Tomato 2 biji
- Daun sup

Cara Memasak
- Rebus ayam, halia, sedikit garam
- Masukan Sup Bunjut tunģgu sampai hampir mendidih dan masukkan ubi kentang.
- Masukkan 1 ketul kiub ayam tunggu smpai kentang masak
- Masukan 6@7 biji cili api yang ditumbuk sikit
- Masukkan tomato, taburkan sedikit daun sup dan siap.....   

Untuk lebih banyak bahan, anda boleh masukkan batang saderi dan carot .
  
                

Resepi Abah : Sup Belut


Kadang-kadang bila berkelapangan masa dan bila isteri tidak sihat Abah mestilah masuk dapur. Bila abah masuk dapur sekurang-kurangnya dapat menjimatkan perbelanjaan harian. Hari ini saya berkongsi menu ringkas sup belut ala thai.

Bahan-Bahan yang diperlukan.
Belut 2 ekor (saiz sederhana) - 400 gram, bawang putih, bawang besar, halia, minyak masak, cili api, air lemon @ limau nipis, kiub ayam, perencah meggi cukup rasa, batang saderi, tomato, daun ketumbar, daun sup dan garam.


Untuk memudahkan masak, saya kelaskan bahan kepada 3 kumpulan :-

Bahan A
Bawang putih 2 biji
Bawang besar 1 biji
Halia 2 inci
(Tumbuk lumat)
Cili Api 5 biji (Tumbuk bagi pecah shj)


Bahan B
Minyak masak 2 sudu
Air secukupnya
Air lemon botol 1 sudu @ 1/2 biji limau nipis
Kiub ayam
Belut
Perencah Meggi cukup rasa

Bahan C
Batang saderi
Tomato
Daun ketumbar
Daun Sup
Garam


Cara-cara masak
1- Masukkan minyak masak 2 sudu dan tumis bahan A sampai naik bau. 
2- Masukkan air, sedikit air lemon, kiub ayam, belut dan tunggu smpai air mendidih..
3- Last sekali masuk bahan-bahan C, satu persatu dan perasakan dengan sedikit garam dan siap..



Pembedahan Adhesion Colic (Isteri)

Pada 17 September 2016 (Sabtu) jam 2.00 petang isteri menjalani pembedahan  di Hospital Sultanah Bahiyah (Laparoscopic Adhesiolysis + Appendicectomy). Pembedahan di Dewan Bedah Hospital Sultanah Bahiyah ini adalah pembedahan kali ke-6 dan hampir 4 Jam 15 minit penantian yang mendebarkan diluar dewan bedah pada kali ini. Pembedahan kali ini dibuat untuk memisahkan lekatan antara usus dan lekatan pada dinding dalaman kulit (annterior abdominal wall) dengan organ dalaman. 

Pembedahan ini juga dimaklumkan oleh pihak doktor adalah pembedahan apendik kali ke-2 (resembling the stump of the appendix). Agak terkejut juga saya kerana pembedahan apendik sebanyak 2 kali pada seorang manusia. Mungkin ketidaksempurnaan pembedahan apendik Pecah (Appendicectomy - peritonitis) pada 31 Disember 2009 yang lalu menyebabkan bahagian tersebut sentiasa sakit hingga ke hari ini. Pada bahagian tersebut juga mengalami bengkak dan berlaku lekatan pada usus dan dinding kulit.
Alhamdulillah, terima kasih buat doktor dan pihak hospital HSB kerana pembedahan tersebut telah membantu mengurangkan kesakitan pada bahagian badan dan isteri saya dapat membuang najis & kentut seperti biasa di mana sebelum ini beliau amat susah untuk membuang najis & kentut, kadang-kadang berlarutan sehingga 2 minggu.

Tetapi selepas pembedahan isteri saya berasa sangat sakit pada bahagian dan mengalami sesak nafas (kesukaran untuk bernafas). Dan sehingga kini selepas 15 hari pembedahan beliau masih sakit dibahagian dada dan sering kali perlukan bantuan oksigen, di mana kadar oksigen (spO2) dalam badan sentiasa berkurangan (spO2 sekitar 78 hingga 88 shj).


Ukuran Padang Bola Sepak & Trek Olahraga 200M


Kemudahan padang serta keluasan padang adalah satu kemudahan yang perlu ada di sekolah bagi kegunaan pelbagai aktiviti sukan & kokurikulum. Bagi guru-guru sukan keluasan padang yang sesuai serta keadaan padang yang rata, merupakan suatu yang amat teruja bagi mereka kerana pelbagai aktiviti sukan dan kokurikulum dapat dilaksanakan dengan selesa.

Sekolah Kebangsaan Padang Terap (SKPT) adalah antara sekolah yang mempunyai keluasan padang yang agak luas. Saiz padang SKPT dianggarkan lebih kurang 140 meter panjang dan 80 meter lebar. Keluasan Padang SKPT mampu untuk mewujudkan saiz padang yang sesuai untuk bola sepak bawah 12 tahun, iaitu bersaiz 75 meter  x 55 meter serta trek olahraga 200 Meter. Kemudahan Padang SKPT  luas mampu menampung dan mempunyai 2 gelanggang padang Bola Baling & 2 gelanggang Bola Jaring, serta 1 gelanggang sepak takraw.




Sambutan Aidilfitri 2016 di SK Padang Terap

Tahun 2016 menyambut Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah bersama rakan-rakan guru di SK Padang Terap. Majlis diadakan dengan meriahnya pada hari Selasa, 12 Julai 2016 bersamaan 7 Syawal 1437H. Antara tetamu yang turut dijemput hadir adalah Tuan Guru Pak Teh Mat dan beberapa Pegawai PPD Padang Terap.


Salam Aidilfitri

Kesempurnaan dan kebahagian yang begitu indah di saat hangatnya suasana lebaran yang kian terasa oleh segenap umat islam. Dengan saling memaafkan berjabat tangan dan saling menghulurkan kedua belah tapak tangan dengan hati yang tulus yang dihadirkan bersama untaian kata hati dan perasaan, menyemarakkan keindahan dan kebahagian di hari lebaran. 

Yang jauh itu WAKTU... 
Yang dekat itu MATI...
Yang besar itu NAFSU... 
Yang berat itu AMANAH...
Yang mudah itu BERBUAT DOSA...
Yang panjang itu AMAL SOLEH...
Yang indah itu SALING MEMAAFKAN...

”Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin” 


Ikhlas Daripada :
Mohamed Faisal bin Haji Abdullah dan Keluarga

Akademi Bola Sepak B12 Padang Terap

Dalam sejarah bola sepak moden, terdapat beberapa faktor utama yang menjadi pemangkin kepada kejayaan program pembangunan bola sepak di sesebuah negara. Antaranya ialah persekitaran semula jadi sukan (natural sport surrounding) yang wujud dalam satu masyarakat yang kemudiannya dioptimumkan melalui program pembangunan bola sepak yang rapi. Ada juga negara yang telah berjaya mewujudkan satu ekosistem tersusun yang dilaksanakan dengan berkesan. Pokok pangkalnya, pendekatan yang diguna pakai oleh kuasakuasa besar bola sepak di dunia adalah pelan jangka panjang yang memakan masa agak lama untuk membuahkan hasil. 

Menyedari hakikat itu, hasil inisiatif guru-guru yang sangat berminat dan berkemahiran dalam bidang bola sepak, berusaha membantu membentuk satu ekosistem pembangunan bola sepak akar umbi yang lebih sistematik dan menyeluruh. Maka cadangan mewujudkan sebuah Akademi Bola Sepak Bawah 12 Tahun Padang Terap telah dihasilkan pada November 2015. 

Objektif utama Akademi Bola Sepak Bawah 12 Tahun ini adalah untuk melahirkan bakat muda bawah 12 tahun yang berkualiti dan konsisten untuk diketengahkan diperingkat yang lebih tinggi dalam membantu sukan bola sepak negara dalam melahirkan pemain bertaraf dunia, seterusnya menjadikan Daerah Padang Terap sebuah daerah yang mempunyai bakat pemain bola sepak yang berkualiti.


DANA PEMBANGUNAN BOLA SEPAK

Pihak Akademi berharap program pembangunan yang telah dilaksanakan ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dalm tempoh masa yang panjang. Pihak kami berharap semua pihak yang bermurah hati untuk memberi sumbangan dan sokongan dalam menjayakan program pembangunan ini, 

Bagi NGO, syarikat-syarikat swasta serta individu yang bermurah hati ingin menyumbang sila hubungi pihak Akademi. Setiap sumbangan yang diberikan oleh semua pihak, kami akan senaraikan setiap nama penyumbang di Laman Web Akademi (www.akademib12pt.blogspot.my) & di Laman Facebook Akademi (www.facebook.com/bolasepaku12) sebagai tanda penghargaan dari pihak kami. 

Kerjasama & Sokongan dari semua pihak amat di harapkan dalam membantu Akademi Bola Sepak B12 Padang Terap, seterusnya dapat melahirkan bakat muda bawah 12 tahun yang berkualiti dan konsisten untuk diketengahkan diperingkat yang lebih tinggi dalam membantu sukan bola sepak negara dalam melahirkan pemain bertaraf dunia.

Sekiranya ada pihak yang bermurah hati ingin membantu Akademi Bola Sepak B12 Padang Terap, anda boleh hubungi 013-5336302.

Laman Blog Akademi Bola Sepak B12 Padang Terap
(www.akademib12pt.blogspot.my)

Laman Facebook Akademi B12 Padang Terap
www.facebook.com/bolasepaku12




Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Padang Terap & Unit Koku SKPT


Untuk melayari Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Padang Terap
sila klik ke

Portal Unit Ko-kurikulum SK Padang Terap

Persembahan Silat Hari Guru SKPT 2016

Sekali sekala merapu atas pentas, sempena Hari Guru SKPT 2016


Sambutan Hari Guru 2016 ini disambut di Sekolah Kebangsaan Padang Terap. Dah lama tak naik pentas, tahun ni naik semangat Hang Jebat mengamok atas pentas bagi memeriahkan Sambutan Hari Guru SKPT 2016.

Selamat Hari Guru buat semua rakan-rakan guru di Seluruh Malaysia. Terima kasih & Tahniah buat semua rakan-rakan guru di SK Padang Terap & Semua Warga SKPT atas kerjasama & komitmen yang cukup tinggi dalam menjayakan & memeriahkan Sambutan Hari Guru 2016.




Sekolah Kebangsaan Padang Terap


Sekolah Kebangsaan Padang Terap adalah sekolah yang keempat dalam kareir perkhidmatan sebagai seorang guru. Mula bertugas di SK Padang Terap sebagai Penonolong Kanan Ko-kurikulum pada 17 Mac 2016. SK Padang Terap mempunyai murid seramai 526 orang dan bilangan guru seramai 47 orang.


Hari Terakhir bertugas di SK Nami

21 Mac 2016 adalah hari terakir bertugas di Sekolah Kebangsaan Nami sebelum memulakan tugas baru sebagai Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum di Sekolah Kebangsaan Padang Terap. Pada Januari 2009 yang lalu, mula bertugas di SK Nami setelah pulang dari SK Kg Kuantan, Selangor. Bertugas selama 7 Tahun 3 Bulan dan banyak kenangan terpahat di SK Nami.

Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih buat semua Sahabat dan seluruh Warga SK Nami atas jasa baik, sokongan dan kerjasama sepanjang bertugas di SK Nami. Semoga Allah membalas jasa baik sahahabat-sahabat semua. dan Terima kasih lagi sekali kerana sudi menjadi sahabat saya untuk abdikan kenangan indah dalam lipatan diari kamus kehidupan saya.

Kata Al-Ghazali :  yang jauh itu WAKTU, yang dekat itu MATI,  yang besar itu NAFSU,  yang berat itu AMANAH,  yang mudah itu BERBUAT DOSA,  yang panjang itu AMAL SOLEH,  yang indah itu SALING MEMAAFKAN,.... Saya dengan ini mohon maaf seandai saya melakukan kesilapan dan kesalahan sepanjang bertugas di SK Nami.