Blog Alumni MPTB 1995/97
Blog Alumni MPTB 9597 "Menggamit Kenangan Lalu" diwujudkan bertujuan untuk menyambung & merapatkan semula hubungan persahabatan yang telah lama terputus khususnya dikalangan bekas Guru Pelatih Maktab Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang ambilan 1995/1997. Oleh itu rakan perguruan dari MPTB 1995/97 khususnya dialu-alukan bagi memeriahkan blog ini. Sila klik url di bawah.FBA Explorer Enterprise
Internet kini menjadi satu keperluan yang amat penting kepada golongan generasi baru khususnya. Di mana internet memudahkan segala urusan serta untuk mendapatkan pelbagai maklumat hanya dihujung jari sahaja. Internet juga merupakan satu alat komunikasi global di seluruh dunia. Oleh itu generasi akan datang akan menjadikan internet satu keperluan yang amat penting dalam kehidupan mereka. Sebagai langkah menghadapi masa akan datang FBA Explorer Enterprise menawarkan perkhidmatan internet untuk semua golongan masyarakat. Kemudahan internet yang ditawarkan adalah berkelajuan tinggi ,
menyediakan ruang tempat yang luas dan selesa, berhawadingin, serta LCD monitor yang lebih besar. Seterusnya bersama-sama membantu pihak kerajaan bagi melahirkan masyarakat yang celik IT. Selain itu terdapat pelbagai perkhidmatan lain seperti Menjual komputer & aksesori, Fax, Print, Scan, Liminating, Binding dan Upah menaip.Untuk maklumat lanjut sila Layari Blog FBA Explorer Enterprise. http://fbaexplorer.blogspot.com
No. 1-8, Kompleks Pekan Selasa,
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman.
Tel / Fax : 04-7864341
Hari Guru 2009 : Guru Pembina Negara Bangsa
Tema Hari Guru 2009 : "Guru Pembina Negara Bangsa"
Objektif Hari Guru Malaysia
Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
IKRAR HARI GURU
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
LAGU TEMA HARI GURU 2009
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Download Lagu :
Lagu Guru Pembina Negara Bangsa
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi
PSKPP Hulu Selangor 2008
Dari kiri : Pian Maurinho (manager), Khairil, ....... , Rashid, Fauzi (kapitan), Zainudin, Judin, Md Nor, Aziz, Ustaz Wan, Eddy.Dari kiri (Barisan depan) : Lan, Nizam, Halim, Nazimi, Rahman, Wan, Malek, aku la tu...
Hampir 7 tahun menyertai Team Bola Sepak PSKPP Hulu Selangor. PSKPP Tahun 2008 adalah penyertaan yang terakhir bersama rakan seperjuangan di Hulu Selangor. Semoga Pasukan Bola Sepak PSKPP Hulu Selangor terus maju.
Sekolah Kebangsaan Nami
Hari terakhir berkhidmat di SK Kg Kuantan
Mula berkhidmat di SK Kg Kuantan pada 16.06.2001 hingga kini selama hampir 7 tahun setengah. Terima Kasih kepada rakan guru di SKKK kerana di SKKK seperti sebuah keluarga yang amat rapat. Dan berat hati untuk meninggalkan Keluarga SKKK. Jasa dan kenangan rakan guru takkan dilupakan. Terima Kasih kepada rakan guru & PIBG SKKK kerana bersusah payah untuk mendadakan jamuan perpisahan dan ianya merupakan satu penghormatan yang amat besar buat saya.
Sepuluh jari dipohon memohon kemaafan seandainya terdapat salah dan silap selama perkhidmatan di SK Kg. Kuantan.
Terima Kasih SK Kg Kuantan!
Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Kalau ada umur panjang
Bolehlah kita berjumpa lagi….
Gambar Family Aidilfitri 2008

KEDAH Juara "Double Treble".
Pasukan Bola Sepak Kedah terus melakar sejarah baru dalam arena bola sepak tempatan di mana berjaya mempertahankan koleksi tiga gelaran iaitu Juara liga Super, Piala FA dan Piala Penjaga Gol Terbaik :- Mohd Helmi Eliza Elias (Kedah)
Pemain Pertahanan Terbaik :- Victor Andrag (Kedah)
Pemain Tengah Terbaik:- Mohd Khyril Muhymeen Zambri (Kedah)
Penyerang Terbaik :- Liew Kit Kong (Kuala Muda NAZA)
Pemain Import Terbaik :- Marlon Alex James (Kedah)
Pemain Harapan Terbaik :- Mohd Fadly Baharom (Kedah)
Pemain Paling Bernilai :- Helmi Eliza Elias (Kedah)
Kelab Penyokong Terbaik :- Kelab Penyokong Perak.
Persatuan Bolasepak Terbaik :- Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan.
Jurulatih Terbaik :- Mohd Azraai Khor Abdullah (Kedah)
TAHNIAH kepada Pemain Kedah, Persatuan Bola Sepak Kedah serta seluruh peminat Hijau Kuning yang sentiasa menyokong Pasukan Kedah. Kejayaan ini merupakan satu Hadiah kepada kepada peminat nombor satu iaitu Tuanku Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang menyambut Jubli Emas 50 tahun pemerintahan baginda, dan juga kepada Allahyarham Dato’ Paduka Haji Ahmad Basri serta seluruh Peminat Hijau Kuning yang tidak jemu-jemu memenuhi setiap pelusuk stadium bagi menyokong Pasukan Kedah.
Jubli Emas Pemerintahan Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
15 Julai 2008 maka genaplah 50 pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman. Baginda ditabalkan menjadi Sultan Negeri Kedah Darul Aman pada hari selasa 15 Julai 1958 selepas kemangkatan Almarhum Sultan Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid.
Tuanku Sultan Kedah juga ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Agong Yang Ke-5 pada 21 September 1970 sehingga 20 September 1975. Tuanku Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah juga sebagai seorang Raja berjiwa rakyat, Tuanku Sultan cukup disayangi oleh segenap lapisan masyarakat Negeri Kedah. Baginda juga dikenali sebagai seorang Sultan yang begitu menghargai ulama-ulama sesuai dengan peranan baginda sebagai ketua Agama Islam Negeri Kedah.
Daulat Tuanku!
Jimat Minyak Petrol Hingga 45% Dengan STR2020
(untuk 2 botol), anda boleh jimat sehingga RM900.00. Bukankah ia pelaburan yang menarik & menguntungkan? Dan dengan program affiliate RebetMinyak.com, anda juga berpeluang untuk meraih komisyen/pendapatan sampingan bilamana anda mempromosikannya kepada rakan-rakan yang lain. Pendaftaran Percuma dan Akaun anda akan diaktifkan selepas anda membuat pembelian secara online Pakej A RM60.00 (2 botol) atau Pakej B RM360 (12 botol + percuma 2 botol) . Anda juga akan diberikan laman web untuk tujuan Promosi bagi mendapatkan downline secara online.
http://www.rebetminyak.com/oxoPenjimat Minyak STR2020 dikeluarkan oleh SUPER TOP RESOURCES. Produk ini diinsurankan bernilai sehingga RM 2,500,000.00 (product liability). Sila rujuk laman web syarikat untuk laporan ujian dan insuran.
www.F12020.com
FA Cup - History
Since its inception in 1990, Selangor has had the distinction of lifting the Cup on four occasions. For the 2007/08 season, 30 teams will vie for the Cup. All teams from the Super League and the Premier League, in addition to the four teams from the FAM Cup.
Past Champions
2008 Kedah - Selangor 3-2
2007 Kedah - Perlis 0-0 (4-2 penalties)
2006 Pahang - Perlis 0-0(4-2 penalties)
2005 Selangor - Perak 4-2
2004 Perak - Terengganu 3-0
2003 Negeri Sembilan - Perlis 2-1
2002 Penang - Perak 1-0
2001 Selangor - Sarawak 1-0
2000 Terengganu - Penang FA 1-1(4-3 penalties)
1999 Kuala Lumpur - Terengganu 0-0(5-3 penalties)
1998 Johor - Sabah 1-0
1997 Selangor - Penang 1-0
1996 Kedah - Sarawak 1-0
1995 Sabah - Pahang 3-1
1994 Kuala Lumpur - Sabah 3-1
1993 Kuala Lumpur - Sabah 2-1
1992 Sarawak - Kuala Lumpur 2-1
1991 Selangor - Perak 1-0
1990 PerakSelangor4-2
Best performing teams
1. Selangor (4)
2. Kuala Lumpur (3)
3. Kedah (3)
4. Perak (2)
5. Sabah (1)
6. Sarawak (1)
7. Terengganu (1)
8. Penang (1)
9. Pahang (1)
10. Johor (1)
11. Negeri Sembilan (1)
Sumber : FAM (www.fam.org.my)








