
PSKPP Hulu Selangor 2008
Dari kiri : Pian Maurinho (manager), Khairil, ....... , Rashid, Fauzi (kapitan), Zainudin, Judin, Md Nor, Aziz, Ustaz Wan, Eddy.Dari kiri (Barisan depan) : Lan, Nizam, Halim, Nazimi, Rahman, Wan, Malek, aku la tu...
Hampir 7 tahun menyertai Team Bola Sepak PSKPP Hulu Selangor. PSKPP Tahun 2008 adalah penyertaan yang terakhir bersama rakan seperjuangan di Hulu Selangor. Semoga Pasukan Bola Sepak PSKPP Hulu Selangor terus maju.
Sekolah Kebangsaan Nami
Hari terakhir berkhidmat di SK Kg Kuantan
Mula berkhidmat di SK Kg Kuantan pada 16.06.2001 hingga kini selama hampir 7 tahun setengah. Terima Kasih kepada rakan guru di SKKK kerana di SKKK seperti sebuah keluarga yang amat rapat. Dan berat hati untuk meninggalkan Keluarga SKKK. Jasa dan kenangan rakan guru takkan dilupakan. Terima Kasih kepada rakan guru & PIBG SKKK kerana bersusah payah untuk mendadakan jamuan perpisahan dan ianya merupakan satu penghormatan yang amat besar buat saya.
Sepuluh jari dipohon memohon kemaafan seandainya terdapat salah dan silap selama perkhidmatan di SK Kg. Kuantan.
Terima Kasih SK Kg Kuantan!
Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Kalau ada umur panjang
Bolehlah kita berjumpa lagi….
Gambar Family Aidilfitri 2008

KEDAH Juara "Double Treble".
Pasukan Bola Sepak Kedah terus melakar sejarah baru dalam arena bola sepak tempatan di mana berjaya mempertahankan koleksi tiga gelaran iaitu Juara liga Super, Piala FA dan Piala Penjaga Gol Terbaik :- Mohd Helmi Eliza Elias (Kedah)
Pemain Pertahanan Terbaik :- Victor Andrag (Kedah)
Pemain Tengah Terbaik:- Mohd Khyril Muhymeen Zambri (Kedah)
Penyerang Terbaik :- Liew Kit Kong (Kuala Muda NAZA)
Pemain Import Terbaik :- Marlon Alex James (Kedah)
Pemain Harapan Terbaik :- Mohd Fadly Baharom (Kedah)
Pemain Paling Bernilai :- Helmi Eliza Elias (Kedah)
Kelab Penyokong Terbaik :- Kelab Penyokong Perak.
Persatuan Bolasepak Terbaik :- Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan.
Jurulatih Terbaik :- Mohd Azraai Khor Abdullah (Kedah)
TAHNIAH kepada Pemain Kedah, Persatuan Bola Sepak Kedah serta seluruh peminat Hijau Kuning yang sentiasa menyokong Pasukan Kedah. Kejayaan ini merupakan satu Hadiah kepada kepada peminat nombor satu iaitu Tuanku Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang menyambut Jubli Emas 50 tahun pemerintahan baginda, dan juga kepada Allahyarham Dato’ Paduka Haji Ahmad Basri serta seluruh Peminat Hijau Kuning yang tidak jemu-jemu memenuhi setiap pelusuk stadium bagi menyokong Pasukan Kedah.
Jubli Emas Pemerintahan Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
15 Julai 2008 maka genaplah 50 pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman. Baginda ditabalkan menjadi Sultan Negeri Kedah Darul Aman pada hari selasa 15 Julai 1958 selepas kemangkatan Almarhum Sultan Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid.
Tuanku Sultan Kedah juga ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Agong Yang Ke-5 pada 21 September 1970 sehingga 20 September 1975. Tuanku Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah juga sebagai seorang Raja berjiwa rakyat, Tuanku Sultan cukup disayangi oleh segenap lapisan masyarakat Negeri Kedah. Baginda juga dikenali sebagai seorang Sultan yang begitu menghargai ulama-ulama sesuai dengan peranan baginda sebagai ketua Agama Islam Negeri Kedah.
Daulat Tuanku!
Jimat Minyak Petrol Hingga 45% Dengan STR2020
(untuk 2 botol), anda boleh jimat sehingga RM900.00. Bukankah ia pelaburan yang menarik & menguntungkan? Dan dengan program affiliate RebetMinyak.com, anda juga berpeluang untuk meraih komisyen/pendapatan sampingan bilamana anda mempromosikannya kepada rakan-rakan yang lain. Pendaftaran Percuma dan Akaun anda akan diaktifkan selepas anda membuat pembelian secara online Pakej A RM60.00 (2 botol) atau Pakej B RM360 (12 botol + percuma 2 botol) . Anda juga akan diberikan laman web untuk tujuan Promosi bagi mendapatkan downline secara online.
http://www.rebetminyak.com/oxoPenjimat Minyak STR2020 dikeluarkan oleh SUPER TOP RESOURCES. Produk ini diinsurankan bernilai sehingga RM 2,500,000.00 (product liability). Sila rujuk laman web syarikat untuk laporan ujian dan insuran.
www.F12020.com
FA Cup - History
Since its inception in 1990, Selangor has had the distinction of lifting the Cup on four occasions. For the 2007/08 season, 30 teams will vie for the Cup. All teams from the Super League and the Premier League, in addition to the four teams from the FAM Cup.
Past Champions
2008 Kedah - Selangor 3-2
2007 Kedah - Perlis 0-0 (4-2 penalties)
2006 Pahang - Perlis 0-0(4-2 penalties)
2005 Selangor - Perak 4-2
2004 Perak - Terengganu 3-0
2003 Negeri Sembilan - Perlis 2-1
2002 Penang - Perak 1-0
2001 Selangor - Sarawak 1-0
2000 Terengganu - Penang FA 1-1(4-3 penalties)
1999 Kuala Lumpur - Terengganu 0-0(5-3 penalties)
1998 Johor - Sabah 1-0
1997 Selangor - Penang 1-0
1996 Kedah - Sarawak 1-0
1995 Sabah - Pahang 3-1
1994 Kuala Lumpur - Sabah 3-1
1993 Kuala Lumpur - Sabah 2-1
1992 Sarawak - Kuala Lumpur 2-1
1991 Selangor - Perak 1-0
1990 PerakSelangor4-2
Best performing teams
1. Selangor (4)
2. Kuala Lumpur (3)
3. Kedah (3)
4. Perak (2)
5. Sabah (1)
6. Sarawak (1)
7. Terengganu (1)
8. Penang (1)
9. Pahang (1)
10. Johor (1)
11. Negeri Sembilan (1)
Sumber : FAM (www.fam.org.my)
LIRIK LAGU KERAMAT PASUKAN BOLA SEPAK KEDAH
Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati
Demi sukan mengharung negeri
Biar jasa jadi kenangan
Hijau Kuning lambang kemegahan
Jelapang Padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman
Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah
Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau kuning darahku
Negeri Kedah negeriku
Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah
Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau Kuning darahku
Negeri Kedah negeriku
Negeri Kedah negeriku
Download Lagu
KEDAH Juara Piala FA 2008

TAHNIAH kepada Pasukan Bola sepak NEGERI KEDAH DARUL AMAN kerana berjaya mempertahankan kejuaraan Piala FA apabila menewaskan Selangor 3-2 pada perlawanan akhir penuh dramatik di Stadium Shah Alam malam tadi untuk muncul pasukan pertama mempertahankan kejuaraan sejak Kuala Lumpur pada 1993 dan 1994. TAHNIAH Juga kepada seluruh peminat HIJAU KUNING yang sentiasa menyokong Pasukan KEDAH.TIPS-TIPS DEMI PENJIMATAN BIL ELEKTRIK ANDA.
Mungkinkah anda sering keberatan untuk melihat bil elektrik setiap kali bil baru sampai ke pintu rumah? Ini kerana tentu anda tidak mahu memeningkan kepala dengan memikirkan beban bil elektrik yang terpaksa di bayar. Oleh itu, biarlah saya kongsikan beberapa tips di bawah supaya anda dapat menjimatkan bil eletrik bulanan rumah anda.
Baiklah, kita mulakan dengan penjimatan di ruang tamu yang selalunya kerap kita gunakan samada untuk menonton tv atau membaca
-Tutup suis elektrik yang tidak digunakan.
- Tutupkan suis peralatan di atas jika tidak digunakan. Sekiranya dibiarkan pada keadaan 'tunggu sedia', tenaga elektrik masih digunakan.
-Tutup bidai dan langsir bagi menghalang cahaya matahari masuk ke ruang yang ingin didinginkan.
-Cuci penapis udara sekerap yang mungkin. Penapis udara yang kotor menyebabkan penghawa dingin menggunakan lebih tenaga elektrik.
-Tetapkan suhu di antara 22C - 26Celcius untuk keselesaan suhu yang optimum.
-Jangan halang unit luar (compressor) daripada mendapat kitaran udara yang maksimum.
-Padam lampu apabila tidak digunakan.
-Sebaik mungkin yang boleh gunakanlah cahaya semulajadi.
-Gunakanlah mentol 'energy saving'. Ia bukan sahaja menjimatkan elektrik malah tahan lebih lama.
- Masak air mengikut sukatan air yang diperlukan.
-Gunakan mesin basuh dengan sepenuh muatan tanpa melebihi had.
-Pilih saiz mesin basuh yang bersesuaian dengan saiz keperluan keluarga anda.
-Pastikan muatan peti sejuk adalah berpatutan. Muatan yang berlebihan akan menggunakan tenaga elektrik lebih daripada yang sepatutnya.
-Sejukkan makanan terlebih dahulu sebelum menyimpannya di dalam peti sejuk.
-Pastikan pintu peti sejuk ditutup rapat dan dibuka apabila perlu.
-Tempatkan peti sejuk sekurang-kurangnya 4 inci daripada dinding supaya motor peti sejuk tidak terlebih beban.








