Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia Ke-55.




Alhamdulillah, hari ini 31 Ogos 2012 kita menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-55. Peristiwa bersejarah yang begitu bermakna bagi kita ini seharusnya disambut dengan penuh kesyukuran dan pengertian untuk kebaikan kita dan generasi mendatang.

Dalam kegembiraan kita menyambut ulangtahun kemerdekaan ini haruslah kita ingat dan sedar bahawa negara kita Malaysia ada maruah dan kedaulatan sebuah negara yang perlu dipertahankan. Menjaga kedaulatan negara bukanlah hanya terletak pada bahu seorang askar, anggota polis atau ahli politik. Tanggungjawab ini harus dipikul oleh setiap insan yang mengaku diri kita rakyat Malaysia.

Marilah kita sama-sama menghayati erti kemerdekaan ini kerana sejarah telah membuktikan yang keharmonian & Kemakmuran hanya dapat dicapai dengan persefahaman dan pengertian akan erti hidup bermasyarakat.


"Janji Ditepati"

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Doktor Umun : Memoir Tun Dr. Mahathir Mohamad

Buku "A Doctor In The House" versi Bahasa Melayu dilancarkan pada 30 April lalu selepas hampir setahun dua bulan versi bahasa Inggeris dipasarkan. 

Bertajuk "Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad", buku tulisan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, itu boleh didapati di pasaran dengan harga RM59.90. Bagi kawasan Alor Setar Buku ini boleh di beli Popular Books sekitar Alor Setar. Walaupun agak lambat membeli, perasaan tetap teruja ketika membeli buku ini di Popular Books Tesco Mergong Alor Setar dengan potongan harga 20% bagi Ahli Popular Books. 

Memoir setebal 996 muka surat tersebut diterbitkan MPH Group Publishing mengandungi catatan cukup terperinci dan menyeluruh, menyelusuri sejarah hidup Dr Mahathir daripada kecil sehinggalah kepada kejayaannya membangunkan negara.


Tajuk : Doktor Umum : Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad
Penulis : Tun Dr Mahathir Mohamad
Harga : RM59.90

Sinopsis
Barat menyifatkannya sebagai seorang yang keras kepala, perkauman, anti-Yahudi dan angkuh. Negara membangun bagaimanapun, memandang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai juara wawasan dan pemimpin luar biasa yang menyuntik semangat kepada setiap individu Dunia Ketiga untuk berdiri megah. Bahkan pengkritik beliau yang paling lantang pun tidak dapat menafikan bahawa di sebalik semua ini, Tun Dr Mahathir memberikan negara-negara yang terpinggir keberanian dan menunjukkan jalan ke arah masa depan yang penuh harapan.

Sungguhpun demikian, beliau tidak terlepas daripada kontroversi. Selama 22 tahun memimpin negara, beliau digambarkan sebagai seorang diktator dan juga perangsang. Tidak ramai pemimpin yang berjaya mengubah keseluruhan negara daripada ekonomi agraria kepada kuasa perindustrian dalam tempoh singkat selama dua dekad.

Di sini, dengan ketepatan pembedahan, Dr Mahathir menjejaki susur galur sejarah dan menghalusi peranan beliau sendiri dalam membentuk Malaysia moden.


BIODATA PENULIS
Dalam masa 22 tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad mengubah negaranya daripada sebuah negara pertanian yang mundur kepada sebuah kuasa perindustrian dan negara perdagangan ke-17 terbesar di dunia.

Pencapaian yang mengagumkan itu bagaimanapun, membawa bersamanya kontroversi. Wawasan Dr Mahathir yang luar biasa dan cengkaman kuat beliau ke atas pentadbiran melahirkan musuh dan peminat tegar di dalam dan luar Malaysia. Beliau dilabelkan, sama ada secara tipikal atau paradoksikal, sebagai diktator yang zalim dan ditakuti mahupun sebagai pembela yang memberi ilham, berani dan lantang kepada Dunia Ketiga, Muslim sederhana serta golongan tertindas.

Di setiap persimpangan yang dilaluinya, Dr Mahathir menulis semula hukum dan peraturan. Autobiografi ini menjadi jendela bagi mengintai cara luar biasa beliau berfikir dan bagaimana pemikiran beliau dipengaruhi oleh peristiwa-peristiwa besar dalam sejarah Malaysia, daripada Perang Dunia Kedua dan Perjanjian MacMichael kepada kemerdekaan, perindustrian serta pembentukan Malaysia moden, krisis politik dan kewangan pada akhir 1990-an, serta cabaran abad baru.

Buku ini mendedahkan ciri-ciri yang sebelum ini tidak diketahui mengenai seorang insan yang tidak suka menonjolkan diri, tetapi akhirnya menjadi negarawan yang berani. Buku ini menceritakan politik Malaysia moden melalui kaca mata salah seorang daripada pengukirnya yang agung. Ia bukan untuk meminta pengampunan atau percubaan mempertahankan diri, tetapi pengisahan yang tegas, menambat perhatian dan menarik mengenai bagaimana serta mengapa Dr Mahathir mencatat begitu banyak kejayaan dalam masa yang singkat. Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat dari 1981 hingga 2003. Beliau kini menetap di Kuala Lumpur.



Pertabalan Yang Dipertuan Agong ke 14 Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah





Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah telah ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Agong yang ke 14 pada 11 April 2012. Istiadat pertabalan yang buat julung kalinya diadakan di Istana Negara baru, Jalan Duta, yang berdiri megah sebagai lambang pemerintahan Raja Berperlembagaan di Malaysia.
Pertabalan kali ini turut melakar sejarah kerana buat pertama kali Sultan yang sama dilantik semula sebagai Ketua Negara sejak sistem giliran memegang jawatan di kalangan sembilan Sultan dan Raja dipraktikkan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.

Tuanku Abdul Halim pertama kali ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 1970 semasa berusia 42 tahun, dan kini empat dekad kemudian, baginda ditabalkan sekali lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84.
Upacara pertabalan ini yang disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut dirakamkan oleh National Geographic Channel dengan kerjasama Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk penerbitan dokumentari bagi siaran di persada antarabangsa.

Dokumentari pertabalan kali ini menumpukan kepada keunikan dan keistimewaan pelantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk kedua kalinya.

Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku

Yang Di Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam telah diisytihar oleh Majlis Raja-raja sebagai Yang Dipertuan Agong yang baru. Ini bermakna baginda adalah sultan pertama diisytihar sebagai Yang Dipertuan Agong buat kali yang kedua sekaligus sebagai Yang Dipertuan Agong yang ke-14. Sebagai Rakyat Kedah kami amat berbangga atas pengistiharan ini dan sembah tahniah buat Tuanku Sultan.

Walaupun Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim sudah berumur 83 tahun, tapi Tuanku masih sihat lagi. Kalau sebelum ini, baginda pernah diisytihar menjadi Yang Dipertuan Agong ke 5 antara tahun 1970 hingga 1975. Cuma disebabkan panjang usia Baginda, tercipta satu sejarah pelantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sejak kewujudannya pada tahun 1957, Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim menaiki singgahsana takhta negara untuk kali yang kedua.

Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!

Soalan Percubaan Sains UPSR 2011


Soalan Percubaan Sains UPSR 2011
JPN Kedah Darul Aman.

Untuk download sila klik link di bawah :-

Skema Jawapan

Untuk memuat turun
Soalan Jawapan (Power Point) Sains Bahagian B,
sila klik ke





A Doctor in The House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad

Buku yang setebal 844 mukasurat ini mengisahkan perjalanan hidup Tun Mahathir sejak usia mudanya sehinggalah beliau bersara daripada menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Pelbagai kisah peribadi, kontroversi, politik dan cerita kehidupan beliau diabadikan di dalam buku ini.

Daulat Tuanku


Semoga Allah Lanjutkan Usia


SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG
AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN
IBNI AL-MARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH

Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda
Pada 4 Jun 2011 bersamaan 2 Rejab 1432H


Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru
buat Seluruh Guru Di Malaysia


Masjid HDR Time Lapse

Bank Soalan SPM

BankSoalanSPM.com menyediakan banyak soalan & skema jawapan SPM untuk dijadikan sebagai bahan rujukan penting kepada guru-guru, ibubapa dan terutama para pelajar yang akan menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Ia juga merupakan persediaan awal kepada pelajar Tingkatan 3, 4 & 5.

Sehingga kini BankSoalanSPM.com telah menyediakan lebih 790 set soalan SPM dari pelbagai negeri-negeri di Malaysia. Sebuah laman web yang mengandungi koleksi terbesar di Malaysia yang seumpamanya. BankSoalanSPM.com sentiasa berusaha meningkatkan kualiti & kuantiti set soalan & skema jawapan SPM dari masa ke masa bagi memberi seberapa banyak pendedahan kepada pelajar berhubung dengan gaya soalan SPM sebenar. Semua koleksi soalan tersebut dapat dimuat turun secara PERCUMA.

Bagi mendapatkan skema jawapan anda perlu membeli Kad Akses bagi memuat turun Skema Jawapan dari laman Web Banksoalan.com. Kad Akses tersebut berharga RM15. Bagi membeli kad akses tersebut sila klik ke PEMBELIAN & PEMBAYARAN

BankSoalanSPM juga memberi peluang bagi menjana pendapatan sampingan. Agen Daerah di sekitar Negeri Kedah diperlukan, sekiranya berminat untuk menjadi Agen Negeri Kedah sila hubungi di Web Bank Soalan SPM. Sila Klik ke AGEN BANK SOALAN SPM

Komuniti Cyber Kuala Nerang


Laman Blog Komuniti Cyber Kuala Nerang adalah satu laman blog yang memberi sumbangan informasi kepada masyarakat setempat khususnya di sekitar Pekan Kuala Nerang dan Daerah Padang Terap. Blog Komuniti Cyber Kuala Nerang ini dapat memberi info bagi mendapatkan maklumat berkaitan perniagaan di Sekitar Kuala Nerang. Blog Komuniti Cyber Kuala Nerang ini juga dapat memberi peluang kepada para peniaga untuk mempromosi perniagaan masing-masing. Ianya juga secara tidak langsung dapat memperkenalkan Kuala Nerang di mata masyarakat Malaysia.

Laman Web Peta Minda Sains

Laman Web Peta Minda Sains ini sedikit sebanyak dapat membantu para guru serta murid bagi lebih memahami Sains Sekolah Rendah. Semua peta minda ini berbentuk E-Book. "E-Book" atau buku elektronik bukanlah satu buku berbentuk fizikal. Buku elektronik adalah buku dalam bentuk digital atau fail komputer dalam format PDF. Ia hanya boleh dibuka dan dicetak oleh program Acrobat Reader.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peta minda telah diakui sangat berkesan digunakan dalam bilik darjah. Ini adalah kerana peta minda yang telah disediakan oleh guru sendiri dan diedarkan kepada murid dengan sendirinya menjadi nota mereka tanpa perlu mereka membuat nota sendiri. Penggunaan LCD serta perisian komputer yang boleh membesarkan paparan di skrin dengan kemudahan "zoom" memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.

Peta minda juga lebih memudahkan anak-anak murid serta anak-anak anda mempelajari, menghafal dan menyemak pelajaran sains sebagai persedian sebelum menduduki peperiksaan UPSR.

Sila klik ke Peta Minda Sains

Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan

Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan bagi Kakitangan Kerajaan
(Cara Nak Print Penyata Gaji Kakitangan Kerajaan)

Sistem ini dilaksanakan selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2010. Perisian yang diperlukan adalah Web browser seperti Internet Explorer (IE) atau FireFox adalah digunakan untuk akses Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan. Untuk memaparkan maklumat penyata gaji bulanan dan penyata gaji tahunan, perisian PDF reader seperti Adobe Reader adalah digunakan.
Capaian masuk ke sistem e-Penyata Gaji & Laporan adalah melalui laman web rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia iaitu www.anm.gov.my. Untuk mengakses, klik laman web Jabatan Akauntan Negara.


Bagi pengguna kali pertama sila klik pada "Pertama Kali Mendaftar" untuk mendaftarkan diri anda terlebih dahulu. Pastikan password anda dingati bagi digunakan pada masa akan datang.




Download Rancangan Pengajaran Tahunan KSSR Tahun 1


Reunion MPTB 9597 - 25 Disember 2010

Reunion Bekas Guru Pelatih Maktab Perguruan Tuanku Bainun Batch 1995/97 buat kali pertama telah berjaya dilaksanakan pada 25 Disember 2010 di Dewan Kirkby, IPG Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Terima kasih buat rakan guru yang sudi hadir bagi memeriahkan Reunion MPTB 9597 kali pertama ini. Terima kasih dan penghargaan kepada Pensyarah Penasihat iaitu En Wan Kamarudin & En Shafie (Abah Pie) kerana sudi hadir ke Reunion MPTB 9597. Meskipun penyertaan dari Ahli Alumni agak kecil tetapi Reunion MPTB batch 1995-97 yang julung kali diadakan ini amat bermakna sekali, ditambah lagi menginap 2 malam di Asrama MPTB, mandi di bilik Air Asrama & Lepak-lepak di Asrama Blok A MPTB. Semoga perhubungan persahabatan sesama Rakan Guru MPTB 9597 berkekalan hingga akhir hayat. InsyaAllah