Sek. Keb. Kg. Kuantan
(Gambar Guru-guru & Staff Sekolah tahun 2004)Duduk dari kanan :
Wan Narihan, Norbaini, Abdullah Ismail, Sakrani (GPK kO-ku), En Abu Bakar (GB), Noraini (HEM), Rofishah, Hariani & Kamsiah.
Berdiri belakang kanan :
Zakiah, Rodiah, Zaleha, Norlela, Mohamed Faisal, Ustaz Nurisham, Razak, Ajmaain, Abdullah, Amir, Haji Ismail & Ahmad Bohari, serta rahiman (berkursus).

Iklan : Proton Advertisement...
Oleh itu, pakailah tali pinggang keledar untuk keselamatan semua pihak, walaupun anda 'Hantu dijalanraya'......
SK Brickfields (1), Kuala Lumpur.

Sekolah Kebangsaan Brickfield (1), Jalan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Tanggal 3 Ogos 1998 bermulanya karier perguruan sebagai Guru Terlatih di SK Brickfields (1). Berkhidmat hampir 3 tahun di SK Brickfield (1) pernah memegang tanggungjawab sebagai Guru kelas, Setiausaha Ko-kurikulum, Naib Setiausaha PIBG, Ketua Panitia Sains.Antara rakan seperjuangan di SK Brickfields 1 ialah Mohd. Zamri, Izani, Azmi (wak), Kamarul, Nazri (karim), Wan Zuhaimi, Puvaneswaren, Hayati, Prema, Suhaimi, Allahyarham Fauzi, En. Razlan (GB), Puan Manjit (GPK 1), En Yong (GPK HEM), Ustaz (GPK Ku-ko).
Pada 16 Jun 2001, permohonan pertukaran diluluskan ke Selangor di Sekolah Kebangsaan Kg. Kuantan, Hulu Selangor.
Biro Peralatan & Kelengkapan PGP 96/97
(Ahli Jawatan Kuasa Biro Peralatan PGP 96/97)Duduk kanan :
Anuar Osman, Sobri Rejab, Azhari (N.Pengerusi), Mohamed Faisal (Pengerusi), Masri Mat Som, Ahmad Embong.
Barisan Belakang :
Ita & Nazariah (Yang lain dah terlupa nama...)
Persatuan Guru Pelatih 96/97
Antara rakan-rakan Ahli Majlis Guru Pelatih ialah Ahmad Sharafi (YDP) Fuad (NYDP), Munirah (SU), Sakinah (N.Su), Khairul Imran (B.Penerbitan), Husaini & Che Wan (B.Sukan), Anuar & Hasnurliza (B.Pengankutan), Fauzi (B.Kebajikan), Mohamed Faisal & Azhari (B.Perlatan), Zamri (B.Ekonomi), Azamudim (Biro Asrama), Rosli (Biro Luar Asrama), Khairul Nizam (khuajaq), Saiful, Nik Ali Hanafiah, dan lain-lain..... (Sebahagian rakan AMGP saya kurang ingat nama dan jawatan).Opsyen Sains & Matematik MPTB 95/97
Duduk dari Kanan : Vijayamalar, ....., Tillay Yadi, Fauziah, Sapawi, Abdul Razak, Mohamed Faisal, Rahizan, Chris & ........
Barisan Tengah kanan :
Nafishah, Wahida, Nasnurliza, Juliana, ........., Salina, Hayati Syahid, Mashitah, Mazlina & Hafizah
Barisan Belakang kanan :
Chua, Zarina, Hayati, Atariah, Maznah, Noraini, Hasnah & .....
(Minta maaf ada beberapa rakan kurang ingat nama)

Pengajian Sains & Matematik Ambilan 95/97 adalah antara beberapa kelas yang hampir pupus kaum lelakinya. Hanya 3 orang lelaki melayu terakhir dan 26 orang perempuan.
Maktab Perguruan Tuanku Bainun
Maktab Perguruan Tuanku Bainun,14000 Mengkuang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Maktab Perguruan Tuanku Bainun Mengkuang, Bukit Mertajam, yang kini bergelar Institut Perguruan Tuanku Bainun. Maktab ini siap sepenuhnya pada awal tahun 1993 dengan Keluasan kampus ini adalah 66.38 ekar. Kampus maktab ini merupakan kampus yang termoden dan dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan bagi kakitangan dan guru pelatih.Ambilan pertama seramai 376 orang guru pelatih telah melaporkan diri pada 1 disember 1992. Pengkhususan yang ditawarkan bagi pengambilan pertama ini ialah Pengajian Melayu, Pengajian Inggeris, Pengajian Cina, Pengajian Matematik dan Pengajian Muzik. Kumpulan ini merupakan kumpulan pertama menerima sijil perguruan mereka dan anak sulung serta perintis maktab ini. Pengambilan kedua guru pelatih seramai 459 orang dalam 14 unit telah mendaftar diri di maktab ini pada Julai 1993.
Kursus yang ditawarkan ialah Pengajian Melayu, Pengajian Inggeris, Pengajian Cina, Pengajian Matematik, Pengajian Muzik Pengajian Agama Islam dan Pengajian Tamil & Pengajian Sains dan Matematik.
HARI GURU
- Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
- Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
- Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
- Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
- Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
- Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
Tema Hari Guru
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri
KEDAH JUARA
Tahniah kepada pasukan bola sepak Negeri Kedah Darul Aman di atas kejayaan merangkul kejuaraan bola sepak Piala Malaysia musim 2006/2007. Keunggulan Kedah mejuarai Piala Malaysia merupakan kejayaan ketiga musim ini sesudah bergelar juara Liga Super dan juara Piala FA, kini kemarau 14 tahun ditamatkan.Tahniah juga kepada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan seluruh peminat Hijau Kuning dalam membantu memartabatkan Negeri Kedah sebagai sebuah negeri yang gemilang.
Kisah dan Teladan : Berkat di sebalik membaca Bismillah.
"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."
MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA
Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 50 tahun. Sebagai rakyat Malaysia Merdeka kita harus bersyukur dan berbangga kerana dilahirkan di bumi Malaysia. Oleh itu sebagai rakyat Malaysia yang Merdeka kita seharusnya menghayati erti sebuah kemerdekaan. Seperti yang dikatakan oleh sebuah iklan Petronas "Adakah apa yang kita bina hari ini mampu membawa kita ke hadapan...?" Sesungguhnya perjuangan itu belum selesai....... Panduan Imam Al- Ghazali
Mohamed Faisal bin Haji Abdullah
NAMA : Mohamed Faisal bin Haji AbdullahASAL : Kg. Sireh, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.
ALAMAT : Taman Jati, 06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.
OPSYEN : KPA - Pengajian Sains dan Matematik
KELULUSAN :
Kursus Perguruan Asas - Pengajian Sains & Matematik
Maktab Perguruan Tuanku Bainun (1995 - 1997).
Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian
Open University Malaysia (2005-2009)
EMAIL : faisal_jai@yahoo.com, kasturi59@ymail.com
BLOG : http://faisal59.blogspot.com, http://science018.blogspot.com
SEJARAH PERKHIDMATAN :-
Sekolah Kebangsaan Brickfields (1),
Jalan Sultan Abdul Samad
Kuala Lumpur.
(03.08.1998 hingga 15.06.2001)
Sekolah Kebangsaan Kg. Kuantan
44300 Batang Kali, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan
(16.06.2001 hingga 31.12.2008)
Sekolah Kebangsaan Nami
06350 Naka, Kedah Darul Aman.
(01.01.2009 hingga kini)
