Ukuran Padang Bola Sepak & Trek Olahraga 200M


Kemudahan padang serta keluasan padang adalah satu kemudahan yang perlu ada di sekolah bagi kegunaan pelbagai aktiviti sukan & kokurikulum. Bagi guru-guru sukan keluasan padang yang sesuai serta keadaan padang yang rata, merupakan suatu yang amat teruja bagi mereka kerana pelbagai aktiviti sukan dan kokurikulum dapat dilaksanakan dengan selesa.

Sekolah Kebangsaan Padang Terap (SKPT) adalah antara sekolah yang mempunyai keluasan padang yang agak luas. Saiz padang SKPT dianggarkan lebih kurang 140 meter panjang dan 80 meter lebar. Keluasan Padang SKPT mampu untuk mewujudkan saiz padang yang sesuai untuk bola sepak bawah 12 tahun, iaitu bersaiz 75 meter  x 55 meter serta trek olahraga 200 Meter. Kemudahan Padang SKPT  luas mampu menampung dan mempunyai 2 gelanggang padang Bola Baling & 2 gelanggang Bola Jaring, serta 1 gelanggang sepak takraw.